Tips Menjaga Keselamatan Barang Kemas

Ramai yang terlupa untuk menjaga keselamatan barang kemas mereka.

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini

Ramai yang suka menyimpan barang kemas di rumah seperti di dalam almari, bekas tin, bantal dan sebagainya. Walaupun kita berjaya menyorokkan barang kemas namun pencuri boleh masuk ke dalam rumah dan menyelongkar seluruh rumah untuk mencari barang kemas.

Pencuri ini pandai, kita sangka mereka tak akan jumpa barang kemas yang kita simpan namun sebenarnya mereka ini seperti ada hidung yang boleh mencium ‘bau’ emas dan dapat mencarinya.

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda

Barang kemas menjadi sasaran utama pencuri selain duit kerana barang kemas kecil dan mudah untuk mereka membawanya. Bagi mereka, kalau tak dapat duit, dapat barang kemas pun sudah cukup baik.

Biasanya kaum Melayu tidak suka menyimpan atau tidak tahu bagaimana hendak menyimpan barang kemas di dalam peti keselamatan di bank. Jika seseorang itu mempunyai akaun di bank, mereka boleh memohon bagi mendapatkan sebuah peti keselamatan bagi simpanan barang kemas.

Terdapat juga mereka yang mempunyai tabiat menyimpan barang kemas dalam kertas tisu. Tabiat tersebut tidak baik kerana kemungkinan seseorang itu terlupa lalu membuang barang kemas yang disimpan di dalam kertas tisu itu.

Selain itu, barang kemas yang bercampur-campur dengan batu permata lain seperti berlian dalam satu bungkusan akan menyebabkan berlian bercalar dan tidak berkilat. Begitu juga jika hendak menyimpan perhiasan diri daripada mutiara. Masukkan mutiara di dalam kertas tisu dan gulung. Mutiara ini sensitif, ia tidak boleh terkena air atau bahan asing kerana ia boleh ‘beranak’, iaitu timbul satu bintik di atas mutiara.

Cara yang paling baik ialah dengan mengasing-asingkan jenis barang kemas, iaitu emas putih sahaja, emas kuning, berlian, mutiara atau batu permata lain. Contohnya, emas kuning tidak boleh bercampur dengan emas putih kerana akan menyebabkan emas putih tidak berkilat lagi.

Barang kemas yang dibuat daripada emas 10 ini lembut. Kadang-kadang kita tidak sedar kancingnya dah haus dan mudah tercabut. Kadang-kadang ia akan terbuka sendiri dan kita tak perasan ia tercicir. Jadi sebelum memakai barang kemas, periksa dahulu keadaan kancing atau cangkuk agar barang kemas tidak tercicir.

Tips berguna:

1. Simpan barang kemas yang tidak mahu dipakai dalam peti keselamatan bank.
2. Asingkan jenis-jenis barang kemas semasa menyimpan.
3. Jangan simpan semua barang kemas dalam beg tangan semasa pergi beraya kerana takut tertinggal atau dicuri semasa orang ramai.
4. Cara membersihkan barang kemas – campurkan sabun dalam air panas dan masukkan barang kemas. Angkat bila air suam dan berus perlahan dengan berus gigi. Bilas dengan air sejuk dan biar kering.
5. Jika sorok barang kemas, jangan lupa di mana tempatnya.
6. Jangan pakaikan anak dengan barang kemas semasa hendak pergi membeli-belah kerana kemungkinan akan diragut.
7. Bila ke kedai emas, cari tempat letak kereta yang paling hampir.
8. Jangan pakai terlalu banyak barang kemas pada satu masa kerana rekaannya tidak jelas dan tidak cantik.
9. Barang kemas asas yang mesti ada – rantai, gelang, cincin dan kerongsang. Beli yang boleh dipakai dengan semua baju.
10. Bagi yang belum ada barang kemas, beli satu rantai tangan pintal kerana rekaannya evergreen, sesuai dengan semua baju dan cangkuknya selamat.

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN SENARAI SUPPLIER KILANG
Learn More

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *