update 10 april 2013
Pengumuman SPR : PRU 13
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini1) Tarikh penamaan Calon : 20 April 2013 (Sabtu)
2) Tarikh Pengundian Awal : 30 April 2013 (Selasa)
3) Tarikh Pembuangan Undi : 05 Mei 2013 (Ahad)
Tarikh Mengundi Pilihan Raya Umum Ke-13 PRU13 | PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh-tarikh penting berkaitan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di sini hari ini.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaPengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, pengumuman itu dibuat selepas ahli-ahli Panel SPR selesai mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan dan memutuskan perkara berkaitan hari penamaan calon, hari pengundian awal, pengundian biasa dan daftar pemilih yang akan digunakan pada PRU-13.
“Kita perlu memikirkan banyak faktor sebelum memilih tarikh yang sesuai. Kita tidak mahu tarikh itu nanti bertembung dengan hari perayaan agama tertentu kerana Malaysia mempunyai banyak komuniti yang berbeza.
“Kita juga perlu dapatkan ramalan cuaca daripada Jabatan Meteorologi, ini semua perlu diambil kira,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis taklimat kepada 116 perwakilan asing mengenai sistem pilihan raya di Malaysia di sini semalam.
Abdul Aziz turut menjelaskan, hari pengundian bagi PRU-13 nanti berkemungkinan diadakan pada hari bekerja walaupun kelazimannya diadakan pada hujung minggu.
Katanya, pengundian boleh diadakan pada mana-mana hari, tetapi SPR perlu menimbangkan banyak faktor sebelum memutuskan tarikhnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, daftar pemilih untuk PRU-13 adalah yang paling bersih dan tiada siapa dapat menghalang pemilih berdaftar untuk menjalankan kewajipan mereka sebagai pengundi.
“Saya sangat berpuas hati dan daftar pemilih kita bersih, tidak ada pengundi bukan warganegara, pendaftaran berganda, pengundi berusia bawah 21 tahun atau yang telah meninggal dunia. Ia dibuat dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara dan polis.
“Bagi yang masih mengatakan daftar pengundi masih kotor, kita minta mereka datang ke pejabat SPR untuk semak dan lihat peruntukan undang-undang yang digunakan bagi menukar atau membuang nama seseorang pemilih,” ujarnya.
selamat berkempen !! selamat mengundi !!
Leave a Reply