Swiss refinery dari Switzerland, Valcambi SA berusaha hampir 5 hari untuk menghantar tempahan emas dari Hong Kong akhirnya kecewa apabila percubaan mereka memuat naik bagasi ke kargo kapal terbang beberapa kali akhirnya terpaksa dikosongkan balik untuk digantikan dengan kit rawatan Coronavirus.
Setelah beberapa hari mencuba dan bertikam lidah dengan petugas pesawat akhirnya kargo emas tersebut sampai ke Switzerland beberapa minggu kemudian tanpa sebarang notis. “Kami hampir berputus asa” kata CEO Valcambi, Mihael Mesaric.
Krisis Coronavirus dan Syarikat Logistik
Krisis Coronavirus yang melanda seluruh dunia hari ini menyebabkan hampir semua syarikat logistik menjadi sangat-sangat sibuk dan terpaksa menukar fokus perniagaan mereka, syarikat logistik kecil yang sebelum ini hanya menguruskan delivery untuk barangan mewah terpaksa menguruskan penghantaran untuk apa jua pesanan dan tidak lagi khas untuk industri emas dan barangan mewah semata-mata
Biasanya delivery untuk barang kemas mewah dan emas biasanya dihantar menggunakan ruang kargo khas didalam kapal terbang komersial yang terletak paling dekat dengan penumpang, sebelum dialihkan ke trak keselamatan atau peti besi.
Tetapi apabila wabak Coronavirus ini melanda, banyak pesawat komersial tidak terbang dan dialihkan ke stor simpanan atau lapangan terbang menyebabkan syarikat-syarikat emas tidak mempunyai pilihan untuk menghantar tempahan dan logistik dengan selamat dan cepat disamping pergerakan turun naik harga emas setiap hari yang besar merugikan penjual dan pembeli apabila tempahan lewat sampai.
Industri logam mewah ketika ini sedang bergelut untuk mencari jalan alternatif untuk delivery produk emas kerana semua ruang kargo pesawat yang terbang diisi dengan kit bantuan, makanan, peralatan perubatan dan sebagainya yang lebih penting.