Tag: shopee coin

  • 10 Sebab Beli Emas Lebih Murah di Shopee

    10 Sebab Beli Emas Lebih Murah di Shopee

    Shopee merupakan laman web dan apps marketplace yang semakin popular di Malaysia. Admin sendiri telah kehabisan ribuan ringgit membeli belah online di Shopee kerana banyak barang dijual dengan harga murah serta mendapat points untuk setiap pembelian yg boleh digunakan untuk membeli barang yang lain.

    Setiap minggu, banyak ‘kedai-kedai’ baru yang dibuka di Shopee termasuklah Kedai Emas popular seperti Tomei, Pohkong, Aurora Italia dan sesiapa sahaja boleh membuka kedai emas online di shopee secara PERCUMA

    Membeli barang kemas secara online mungkin agak baru di Malaysia, mungkin masih ramai yang takut dan ragu-ragu berkenaan keselamatan pembayaran dan sebagainya. Tetapi mengenangkan terdapat banyak pilihan barang kemas di Shopee dan harga nya jauh lebih murah dari membeli di kedai emas, sedikit sebanyak Apps Shopee memberi pilihan yang baik kepada pengguna.

    1. Membeli barang kemas di Shopee adalah selamat

    Sebenarnya membeli barang kemas di Shopee adalah selamat, pertamanya kerana pembayaran tidak terus kepada akaun seller, apabila buyer membeli emas di shopee, payment berkenaan akan dipegang dahulu payment gateway shopee sehinggalah item tersebut dihantar kepada seller, apabila item diterima, buyer bolehlah release payment kepada seller (payment tetap akan auto release pada tempoh tertentu jika tiada complaint dari buyer)

    2. Penghantaran berinsuran semakin bertambah

    Semakin banyak permintaan penghantaran menggunakan postage yang berinsuran, walaupun kosnya mungkin agak tinggi berbanding penghantaran biasa, ada beberapa syarikat insurance yang menawarkan postage berinsurance menggunakan gdex, easyparcel, dhl dan sebagainya

    3a. Lebih banyak pilihan dan mudah untuk browsing experience

    Oleh kerana di Shopee terdapat juga barang kemas bukan dibuat dari emas, cara paling mudah adalah meletakkan filter harga minimum RM150 apabila mencari barang kemas, keyword yang paling senang adalah karat emas itu sendiri contohnya “916” atau “rantai tangan 916”, cincin belah rotan atau sebagainya dan secara automatiknya barang2 kemas korea, sadur, palsu telah terfilter keluar dari carian buyer.

    filter untuk barang kemas shopee

    3b. Melihat review dan lokasi seller.

    Buyer juga boleh membaca review-review dari pelanggan-pelanggan seller untuk meningkatkan keyakinan pembelian, lokasi seller juga boleh dicari jika buyer hanya berminat untuk COD di lokasi terdekat tanpa perlu membuat pembayaran online.


    7 Langkah keselamatan membeli barang kemas online


    4. Membayar menggunakan shopee atau secara terus kepada seller?

    Adalah lebih baik buyer membayar menggunakan payment gateway shopee berbanding transfer terus ke akaun seller, kerana selagi item tidak diterima buyer, payment tidak akan direleasekan, risiko buyer adalah minimum.

    5. Cara memastikan emas yang diterima adalah tulen.

    Untuk memastikan ketulenan emas, buyer boleh meminta seller menyediakan resit belian surat emas, bukannya resit cetak yang boleh dibeli di kedai-kedai buku, bagi peniaga yang genuine, mereka pastinya mempunyai syarikat berdaftar ataupun boleh menggunakan resit supplier mereka. Kesalahan menjual emas palsu adalah kesalahan yang amat serius dan tidak ramai yang berani mengambil risiko menjual emas palsu terang terangan.

    6. Kenapa harga emas di Shopee lebih rendah

    Kos peniaga emas online di shopee sangat rendah berbanding kos yang perlu ditanggung pemilik kedai emas, selain insuran yang bernilai puluhan ribu ringgit, kos sewa, gaji pekerja, dan sebagainya, menyebabkan kedai emas mengenakan harga yang cukup premium menyebabkan biasanya pembeli emas jarang sangat untung apabila menyimpan emas emas. Biasanya 95% pemilik emas akan rugi apabila menjual balik emas kerana telah membeli pada harga premium.

    Peniaga emas online pula boleh menjual pada harga yang lebih kompetitif, kebanyakan kedai emas meletakkan harga emas segram yang murah, tetapi mengenakan caj upah berlipat kali ganda, ada sehingga upah yang tidak logik seperti ketika raya 2018 tahun ini.. (8gram 916 RM165/gram kos upah sehingga RM600 .. ibarat sembelih peminat emas pelanggan sendiri.

    7. Cara penentuan harga emas pasaran.

    Pembeli juga boleh membandingkan harga-harga yang dijual di shopee dengan lebih mudah, senang untuk mencari kedai yang menjual harga paling murah, dan banyak pilihan yang mana jika dilakukan dari kedai ke kedai akan mengambil masa yang lama. Pembeli juga boleh melihat harga emas sebenar di www.hrg.ms untuk membandingkan berapa jumlah yang mereka boleh jimatkan

    8. Membeli emas di shopee lebih selamat dari facebook

    Tidak dinafikan sebelum ini ramai yang membeli emas di facebook, tetapi di facebook terlalu ramai scammer-scammer yang mencari peluang memerangkap buyer, ini biasa berlaku apabila payment dibayar direct ke akaun seller, apabila scammer mendapati duit telah masuk ke akaun mereka, facebook akan ditutup, whatsapp tidak akan dibalas dan sebagainya, disebabkan itu pembayaran yang selamat menggunakan payment gateway shopeee sangat membantu buyer.

    9. Meminimumkan risiko penghantaran ditanggung pembeli.

    Jika sebelum ini biasanya seller akan menetapkan risiko ditanggung pembeli apabila item dipostage, menyebabkan ada seller yang tidak tidak berhati-hati mengepos item buyer menyebabkan lambakan kehilangan item didalam proses postage menyebabkan buyer terpaksa berputih mata apabila barang hilang, dengan membeli melalui shopee, seller akan lebih berhati-hati menghantar barang dan akan menggunakan penghantaran yang diinsurankan dengan lebih selamat.

    10. Trend lebih terkini dan lebih baru dari item di kedai.

    Kebiasanya barang-barang kemas yang design terlalu cantik sukar untuk dijual, hanya yang design evergreen sahaja yang sangat laku, jadi sesetengah design yg nampak cantik di kedai mungkin design 3 tahun, 5 tahun malah mungkin 10 tahun dulu yang tidak dapat dijual.

    Klik untuk ke applikasi shopee dan search “Rantai Tangan Emas 916” untuk mula membeli.