10 Barang Kemas Dituntut Dari Rosmah Mansor

Seperti yang heboh di media sosial, Pemilik Barang Kemas Lubnan, Global Royalty Jewelry, menuntut dipulangkan 44 jenis barang kemas yang dikatakan dibawa masuk ke Malaysia tetapi belum dipulangkan bernilai hampir RM60 Juta Ringgit.

Batu Permata Dan Hari Raya

Sempena Hari raya dah dekat, mungkin ramai yang tercari-cari design barang kemas untuk digayakan hari raya nanti, kami di Hargaemas ingin tunjukkan contoh barang kemas diamond asli yang pernah menarik minat isteri bekas Perdana Menteri, Bosskuuuu.. Datin Seri Rosmah Mansor.

Bagaimana menentukan Carat batu permata?

Sebelum itu pembaca kena fahamkan apa itu carat. Carat adalah cara untuk mengira saiz Diamond, (karat untuk emas dan Carat untuk diamond adalah berbeza sama sekali)

Contoh perbezaan Carat untuk Diamond

saiz carat cincin permata

Gambar diatas merujuk saiz diamond 0.50 Carat sehingga 3 Carat berbanding saiz jari manusia

Nilai Pasaran Semasa Batu Permata

Pada pasaran semasa diamond bersaiz 0.5 carat bernilai hampir (RM6,000) sehinggalah 3 karat bernilai hampir RM350K. Jadi jangan terkejut dengan senarai harga diamond dibawah bersamaan berjuta-juta ringgit.

Senarai 10 Contoh Batu Permata yang dituntut

  1. Fancy Diamond Necklace bertatah Diamonds bersaiz 106.22 Carat 75pcs diamond dan 26.14 Carats Earing  20pcs Diamond bernilai hampir RM2.5 Juta
rantai leher emas diamond permata kuning
Contoh rantai leher emas bertatah 100 carat diamonds (Jacob n Co)

 

2. Fancy Necklace dan pendant bertahtah 223.79 carats 61 diamond dan Emerald bernilai hampir RM2.6 Juta

rantai leher permata diamond emerald
Contoh rantai leher bertatah diamond dan emerald (Graff)

 

Infotainment: hanya ada 54 biji diamond bersaiz 200 Carats keatas yang pernah ditemui didunia.

contoh permata 100 karat
Contoh saiz 100 carat diamond berbanding saiz tangan manusia.

 

3. Diamond Pear Earing 36.93 Carats 6 Diamonds bernilai hampir RM2 juta

pear cut diamond earrings
Contoh subang emas diamond pear cut earrings (Jahan)

 

4. Diamonds Emerald Rings bertahtah 42.95 Carats 5 Diamonds 21gram 18K White Gold bernilai hampir RM2.3 juta

emerald ring bulgari
Contoh cincin emas emerald bertatah diamond (Bulgari)

 

5. Diamond pearshape earrings 52.03 Carats 4 Diamond 20gram 18K White Gold bernilai hampir RM2.3 Juta ringgit

 

pear shape earrings
Contoh pearshape 50 Carats 4 diamonds earring by ( Chaumet )

 

6. Fancy Necklace 164.23 Carats 65 diamond dan Earrings 52.48 Carat 24 Diamond bernilai  hampir  RM2.8  juta.

pear shape earrings
Contoh 100+ Carat Rantai Leher Diamond dan 30+ carat diamond earrings by ( Avakian )

 

7. Diamond Oval Bracelet 65.69 Carat 26 Diamond bernilai hampir RM1.8 Juta

bracelet diamond talisman
Contoh Bracelet bertahtah berlian oval cut by ( Talisman )

 

8. Diamond Cushion Ring 16.50 carat bernilai hampir RM3.9 juta

Contoh cushion cut 20 carat diamond ring by ( Cartier )

 

9. Diamond Heart Shape Necklace 62.50 Carat 43 Diamonds bernilai hampir RM1.34 juta

Contoh rantai leher diamond 100 carat by ( Jahan )

 

10. Diamond fancy Neck Tiara 138 Carats 208 Diamond Radiant bernilai hampir RM2.41 juta

Contoh Tiara dipakai pelakon Nur Kasih 🙂 ..Sapa la yang masih beli tiara tahun 2000 ni? baik beli Duck Scarf Swaroriski, tutup aurat dan yang penting berlian palsu…xkena curi