Tag: perniagaan emas

  • Kursus Industri Emas & SOP Kedai Emas

    Kursus Industri Emas & SOP Kedai Emas

    Pada ahad lalu (dah lebih seminggu baru nak tulis) kami dan beberapa rakan partner syarikat hargaemas telah mengikuti kursus Industri & SOP kedai emas yang dianjurkan oleh GSR bertempat di De Palma Hotel, Shah Alam SS21.
    image

    Terima kasih kepada saudagar emas online www.shahdinar.com diatas jemputan secara viral, lagipun niat nak bertemu dengan teman-teman perniagaan emas untuk berkongsi maklumat (terkini) dan meluaskan network perniagaan, alhamdulilah, rasanya semua yang hadir berpuas hati dengan maklumat yang disampaikan (tp tak taulah jika ada yang minta refund).

    Secara asasnya kursus ini khusus untuk mereka yang ingin membuka kedai emas, atau yang mahu berniaga emas dengan serius, atau peniaga yang perlukan idea2 fresh dalam perniagaan emas.

    Dalam kebanjiran program2 emas sekarang kelihatan banyak syarikat-syarikat lama seperti tenggelam, syarikat yang dulu gah kini seperti hening, player-player baru yang muncul terus naik keatas.

    seolah cara perniagaan emas lama sudah tidak sesuai dalam keadaan sekarang, rahsia emas yang dulu disorok kini mudah dicari di laman2 web, menyorok dibelakang bukan lagi pilihan, rasanya player2 lama kena keluar dari kepompong network rahsia mereka dan adaptasi dengan persekitaran emas sekarang

    Peniaga emas lama biasanya takut pada risiko, mereka akan cuba mengelak dari sebarang risiko rugi, dan lebih berminat dengan jual beli yang dijamin untung semata2, pada masa yang sama…

    Peniaga emas baru pula berani mengambil risiko dan ada masanya risiko yang diambil seperti tidak munasabah dengan keuntungan yang diperolehi. Bagaimanapun cara mereka lebih berjaya dari peniaga emas lama yang sedang tenggelam sedikit demi sedikit..

    Apapun at the end of the day, pelabur, peniaga, ataupun peminat emas itu sendiri kena bezakan yang mana program kaca atau yang mana permata, seperti kata pujangga, hanya.manikam mengenal permata, ada yang terang dan ada yang.malap sinarnya..

    Jadi kepada.mereka.yang baru tercebur, tersontot, tersepak dalam dunia perniagaan dan pelaburan emas, jangan berputus asa, rugi dalam emas.sekejap sahaja.boleh cover sbnrnya, hadirlah kekelas2 .seminar2 kursus2 emas alang3 anda dah melangkah kesini..

    Daftar Seminar disini

    [contact-form to=’admin@terkini.hargaemas.com.my’ subject='[name mendaftar kursus SOP kedai emas’][contact-field label=’Name’ type=’name’ required=’1’/][contact-field label=’Email’ type=’email’ required=’1’/][contact-field label=’No Tel’ type=’text’/][contact-field label=’No IC’ type=’text’/][/contact-form]

    KURSUS INDUSTRI EMAS PERAK & SOP KEDAI EMAS MALAYSIA 2014 SIRI 2 (1 DAY)
    Tarikh : 6/12/2014 ( Sabtu)
    Lokasi : Grand Ballroom – De Palma Shah Alam
    Masa : 7.00 Pagi – 7.00 Malam
    Masa Pendaftaran : 7.00 Am -7.30 Am
    Masa Mula Program : 8.00 Pagi
    Yuran: RM350 seorang / RM550 berpasangan
    Sila buat pembayaran ke CIMB Hargaemas Trading 14470000619107

    Tempat adalah TERHAD, hanya 300 seats sahaja, lebih separuh sudah sold

    p.s: jika nak tahu kursus mana.yang patut pergi jika serius untuk.berniaga, kami boleh rekomenkan, pm kami di fb.me/hargaemas

    p.s: jika nak mulakan perniagaan.emas, just bagi kami pamp.dan.kami.bagi barang kemas utk mulakan trading

    Apapun
    Semoga permata terus bersinar di bulan disember dan januari ini

    Shahrul emas www.hrg.ms
    sms/whatsapp: 0122301015

  • Hasad Dengki : Peniaga Emas Disimbah Asid

    Hasad Dengki : Peniaga Emas Disimbah Asid

    emas-hasad-dengki

    PASIR MAS – Setiap kali memandang cermin, rasa sakit, pedih dan panas akibat disimbah asid masih lagi terasa. Apatah lagi bila melihatkan wajah ini yang telah pun banyak berubah. Hati mana yang tidak sakit.

    Sesungguhnya setiap perubahan yang berlaku pada wajah ini turut membawa perubahan dalam hidup. Saya malu untuk berhadapan dengan masyarakat. Cemuhan mereka yang tidak tahu kisah sebenar membuatkan saya hilang sabar untuk melalui hidup.

    Disebabkan itulah saya langsung tidak keluar rumah dan terus mengasingkan diri daripada dunia luar selama lima tahun. Dan kini, berkat kesabaran dan doa yang tidak pernah putus akhirnya kebenaran berada di pihak diri ini. Keputusan mahkamah memberikan sinar baru dalam hidup saya.

    Bagai mati hidup semula

    Apa yang dilalui oleh saya adalah bagaikan mati hidup semula. Bertahun-tahun melawan kes saman yang saya failkan terhadap pihak yang melakukan perbuatan keji ini di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, akhirnya kemenangan di pihak saya.

    Selain menanggung derita dan tekanan emosi saya juga perlu menanggung kos perubatan bagi merawat kulit yang tercedera sehingga mencecah RM30,000. Siapa sangka, kejadian ngeri yang dilakukan penyimbah asid upahan itu rupa-rupanya dilakukan kenalan perniagaan juga. Memang hati berat untuk menerima, tetapi, inilah yang dikatakan asam garam perniagaan.

    Saya tidak menyangka perniagaan emas yang saya jalankan bersama-sama keluarga dipandang serong oleh ahli perniagaan lain yang tidak boleh menerima persaingan. Saya tidak tahu apa puncanya tetapi di dalam mahkamah akhirnya mendapat jawapan. Puncanya biarlah kami sahaja yang tahu.

    Apa yang penting saya dapat meneruskan kehidupan seperti sediakala dan masyarakat menerima saya semula dengan melupakan kisah silam dan pandangan serong terhadap saya sebelum ini. Ketahuilah saya terlalu menderita untuk sekian lama. Cuba anda sendiri merasainya, bagaimana? Bayangkan juga jika sesuatu terjadi kepada saya, bagaimana kehidupan dan masa depan anak-anak saya?

    Saya bukan sahaja menanggung kesakitan akibat disimbah asid di bahagian muka dan dada tetapi perlu berdepan dengan tuduhan masyarakat yang tidak mengetahui cerita sebenar tentang kejadian tersebut.

    Kini nama saya sudah bersih dan saya tidak bersalah, bagaimanapun kejadian itu amat sukar untuk dilupakan kerana wajah saya sudah tidak seperti dahulu lagi.

    Jadikan iktibar

    Apa yang berlaku kepada diri saya ini diharap dapat dijadikan pengajaran kepada orang lain. Setelah lima tahun tersisih dari orang ramai kini saya dapat meneruskan kehidupan seharian seperti biasa. Sekarang saya menunggu masa untuk melakukan pembedahan pada kulit wajah.

    Selepas pembedahan ini saya akan berasa lebih yakin untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna di samping anak-anak.

    Saya mahu melupakan segala mimpi ngeri tersebut dan memulakan hidup baharu dengan lebih baik. Saya kini semakin bersemangat untuk meneruskan kehidupan tersebut bersama dengan keluarga tercinta di sisi.

    Syukur saya mempunyai suami dan anak-anak yang menjaga dan memberikan sokongan terhadap saya. Kini perniagaan juga semakin pulih seperti sediakala. Saya berharap kepada masyarakat di luar sana agar tidak melakukan sesuatu yang buruk terhadap orang lain hanya kerana sakit hati. Janganlah terburu-buru dalam membuat keputusan sehingga merosakkan kehidupan orang lain. Negara kita ada undang-undang. Bertindaklah dengan rasional.

    Bagi saya pula, kejadian itu mempunyai hikmah yang terindah. Yang baik saya jadikan sandaran, yang buruk saya jadikan pedoman. Saya menderita kerana terlalu sakit. Wajah juga sudah tidak sesempurna dahulu, tapi ALLAH itu maha adil. Sesiapa yang bersalah pasti menerima pengajaran.

  • Genneva: Konsultan Didakwa Terima Deposit Emas RM5.5b

    Genneva: Konsultan Didakwa Terima Deposit Emas RM5.5b

    joseph-gennevaKUALA LUMPUR – Seorang konsultan syarikat pelaburan jongkong emas Genneva (M) Sdn Bhd, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menerima deposit tanpa lesen membabitkan RM5.5 bilion, dua tahun lepas.

    Datuk Joseph Kow Hock Beng, 55, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan Genneva untuk menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen melalui satu skim yang melibatkan transaksi emas menerusi dua akaun semasa CIMB Islamic Bank Berhad.

    Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Kuchai Maju 6, Off Jalan Kuchai Lama di sini antara 10 Jan 2011 hingga 1 Oktober 2012.

    Kow didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10 juta atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya dari Bank Negara Fahmi Abd Moin tidak menawarkan sebarang jaminan, bagaimanapun, sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, beliau menawarkan jaminan sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin.

    Peguam Datuk Ghazi Ishak yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM50,000 kerana segala aset anak guamnya telah dibekukan.

    Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

    Mahkamah menetapkan 27 November untuk pengurusan kes dan 7 April hingga 24 April tahun depan untuk perbicaraan dan kes itu akan dibicarakan bersama kes yang dihadapinya di Pulau Pinang selepas kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini.

    Pada 30 Oktober lepas, di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang, Kow dan isterinya Veronica Tan, 51, yang merupakan pengarah beberapa syarikat, didakwa terhadap 81 pertuduhan melakukan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah lebih RM15 juta dalam bentuk wang tunai, cek dan jongkong emas. – Bernama

  • Pelaburan emas sebagai mata wang

    Pelaburan Emas? Pasti anda semua tahu emas adalah satu komoditi yang amat berharga dan ianya telah terkenal sejak zaman datuk nenek moyang kita lagi.

    Tapi kenapa pelaburan emas? Emas merupakan satu komoditi yang unik dan paling berharga di dunia serta diterima di semua negara di dunia. Dan dari trend kenaikan emas sebanyak 250% dalam tempoh 5 tahun menunjukkan emas merupakan salah satu cabang pelaburan yang amat-amat menguntungkan. Ini dibuktikan oleh pakar dalam bidang saham dan pelaburan di Malaysia.

    Pelaburan Emas atau Emas sebagai mata wang Islam?

    Pelaburan Emas
    Emas merupakan pelaburan sebenar dalam islam. Emas dan perak telah digunakan sebagai matawang sejak 6000 tahun dulu lagi ketika zaman Mesir purba.

    Ramai yang tahu akan nilai emas dan perak namun mereka hanya gunakan emas dan perak sebagai barang perhiasan semata-mata. Sedangkan rahsia kekayaan ada pada emas dan perak dan mampu membawa mereka kepada kebebasan kewangan.

    Emas dan perak amat bernilai selama-lamanya. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW. Hadis Riwayat Imam Ahmad Ibn Hanbal;Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullullah SAW telah bersabda, ” Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar & dirham (untuk digunakan)”

    Emas dan Perak digunakan untuk tujuan perdagangan. Maka tidak timbul kemerosotan nilainya malah ianya semakin meningkat Semasa di zaman Rasullullah SAW harga seekor kambing adalah 1 dinar namun kini harga seekor kambing masih lagi 1 dinar. Namun nilai 1 dinar dalam nilai matawang kertas berubah-ubah malah semakin meningkat.

    Kalau Tahun 2002, nilai 1 dinar bersamaan RM140. Pada Tahun 2005, nilai 1 dinar bersamaan RM242. Pada Tahun 2008, 1 dinar bersamaan dengan RM418. Pada tahun 2010, 1 dinar bersamaan dengan RM587. Pada Tahun ini 2011, 1 dinar sudah naik ke paras RM820.

    Hakikatnya emas dan perak adalah aset yang terbaik untuk dimiliki. Dengan hanya menyimpan pun dah beri pulangan yang amat lumayan. Tetapi jika simpan duit nilainya semakin susut.

    Mari Renungkan Ayat ini. . .

    “Orang yang bijaksana menyimpan duit kertas sekadar untuk kegunaan seharian sebaliknya mereka bertindak menukarkan sebahagian besarnya kepada aset kerana aset mampu memberi mereka pulangan dan keuntungan yang berterusan seterusnya akan menambah kekayaan”

  • Ikhlas, jujur dalam perniagaan emas

    Ikhlas, jujur dalam perniagaan emas

    cara meniaga emas

    HANYA jauhari mengenal manikam dan ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi dua pepatah lama yang tepat menggambarkan generasi kedua keluarga Habib yang sinonim dengan perniagaan emas Habib Jewels.

    Bermula sebagai sebuah kedai emas kecil di Pitt Street, Pulau Pinang yang diasaskan Habib Mohamed Abdul Latif pada 1958 sebagai perniagaan keluarga, persaingan ketika itu dengan deretan kedai emas lain sememangnya bukan sesuatu yang mudah.

    Foto

    MEWAH…antara koleksi barang kemas terkini Habib.
    Foto

    OPTIMIS…mementingkan kualiti dan menjual emas pada harga berpatutan.

    Boleh dikatakan setiap kedai mempunyai kelebihan tersendiri, namun perniagaan dengan nama Haji MA Habib Mohamed Sdn Bhd ini mempunyai aura tersendiri.

    Benarlah kata orang, keikhlasan serta kejujuran penting dalam sesebuah perniagaann. Daripada perniagaan kecil, syarikat ini berkembang menjadi Habib Corporation Berhad – petukang barang kemas Malaysia pertama disenaraikan di bursa saham pada 1998 di bawah kelolaan anak lelaki tunggal keluarga Habib.

    Kini selepas 25 tahun meneruskan legasi bapanya, Pengarah Urusan Habib Jewels Sdn Bhd, Datuk Meer Sadik Habib boleh berbangga dengan pencapaian luar biasa produk emas keluaran syarikatnya.

    Bermula dengan pembukaan cawangan pertama di Semua House, Kuala Lumpur pada 1987, Habib kini menjadi antara pelopor perniagaan barangan kemas dengan 24 cawangan seluruh negara, dua kilang di samping lebih 600 kakitangan terlatih dan profesional.

    Mengakui bukan mudah berada pada tahap sekarang, Meer menjelaskan, paling penting dalam perniagaan adalah ikhlas dan jujur iaitu prinsip bapanya yang dipegang hingga kini.

    “Dalam perniagaan, kami bukan hanya menjual barang tetapi pada masa sama menjadi perunding kepada pelanggan mengenai emas, permata dan berlian yang terbaik untuk mereka.

    “Pada saya, jika mahu berniaga, kita harus melengkapkan diri dengan pengetahuan supaya mudah menjadi rujukan kepada pelanggan apabila mereka memerlukan perkhidmatan tertentu,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat Habib di Ampang Point, Kuala Lumpur.

    Mungkin juga reka bentuk terkini dan motif flora khas untuk wanita menyebabkan ia sering dikunjungi dan menjadi pilihan biarpun ada deretan kedai emas yang tidak kurang hebatnya.

    Selain itu, layanan baik dan ikhlas menyebabkan jenama Habib kekal utuh hingga kini dengan pelanggannya daripada pelbagai peringkat usia dan latar belakang.

    “Ramai beranggapan produk Habib hanya untuk golongan kaya dan ternama. Sebenarnya produk Habib untuk semua. Kami menjual emas, permata dan berlian dengan kualiti antarabangsa berserta harga berpatutan.

    “Habib Jewels mementingkan kualiti dan rekaan berlian terkini dalam usaha memastikan ia memperoleh pengiktirafan antarabangsa.

    “Melalui pengiktirafan antarabangsa, Habib Jewels menjadi entiti perniagaan yang dipercayai pelanggan, termasuk di Eropah, Amerika Syarikat, Singapura, Brunei dan Indonesia,” katanya.

    Semangat kerja profesional dan mementingkan mutu rekaan serta kajian pasaran yang berterusan menjadikan syarikat itu bertahan dan pesaing yang kompetitif dalam industri ini hingga disenaraikan sebagai perniagaan berasaskan hiasan berlian terbesar Malaysia.

    Bagi terus memperkukuhkan jenama dan memperkembangkan rantaian perniagaan, Habib Jewels turut menjalin kerjasama dengan pengeluar berlian hiasan antarabangsa seperti koleksi Queen’s Heart dan Hearts on Fire daripada Amerika Syarikat di samping menyertai pameran perdagangan, termasuk di Asia Barat dan Eropah.

    Ditanya mengenai persaingan yang semakin sengit serta kewujudan banyak kedai emas seperti cendawan tumbuh lepas hujan, Meer mempunyai pandangan dan cara tersendiri menangani isu berkenaan.

    “Tidak dinafikan, untuk mencapai tahap seperti sekarang, kerja keras sangat diperlukan selain kejujuran. Yang membezakan Habib dengan jenama lain adalah kami tidak sekadar menjual, sebaliknya memberi rundingan kepada pelanggan.

    “Disebabkan itu, tidak hairan kami mempunyai pelanggan setia kerana yakin mutu dan kualiti ditawarkan terhadap mereka.

    “Kami juga akan cuba membantu apa yang termampu untuk pelanggan mencapai kepuasan apabila membeli barangan Habib,” katanya.

    Sebagai syarikat terkemuka dalam industri barang kemas di Malaysia dan bidang kepakaran merangkumi pemborongan, jualan, pengeluaran, pemasaran serta francais, Habib komited dan mampu menawarkan berlian kualiti bertaraf antarabangsa pada harga berpatutan.

    Selain menjual barang kemas dan berlian, Habib menubuhkan pajak gadai berteraskan syariah bercagarkan emas dan berlian, Ar-Rahnu Time Zone Sdn Bhd, (Ar-Rahnu).

    Pajak gadai ini diharap dapat membantu masyarakat yang memerlukan kewangan selain membeli balik barangan kemas yang mungkin tidak ditawarkan di tempat lain. Ia diwujudkan khas bagi memberi kemudahan kepada pelanggan, terutama yang terdesak memerlukan wang.

    Ar-Rahnu Time Zone adalah 100 peratus milik Habib Jewels dan beroperasi di bawah pengawasan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan cawangan di Ampang.

    Lumrah berniaga pasti ada pasang surutnya. Syarikat itu tidak terkecuali menghadapi situasi berkenaan, namun dapat diatasi sebaik mungkin.

    Menurut Meer, pekerja di Habib Jewels tidak hanya tertumpu kepada satu bidang bagi memastikan mereka menjadi pekerja serba boleh.

    “Misalnya, pekerja bahagian perakaunan tidak hanya mengira keuntungan syarikat tetapi turut sama turun padang membuat jualan. Seperti saya, meskipun bergelar Pengarah Urusan, tetapi masih turun padang membuat jualan.

    “Cara seperti ini bukan saja inisiatif terbaik menambah ilmu, tetapi juga dapat mengetahui keluhan atau bertukar-tukar pendapat dengan pelanggan mengenai produk yang mahu dibeli selain mendekatkan diri kepada mereka,” katanya.

    Demi kepuasan pelanggan, Habib memberi 100 peratus komitmen meneruskan usaha penyelidikan dan pembangunan bagi mengenal pasti kehendak pasaran dan berusaha bekerjasama dengan pereka antarabangsa mengeluarkan barang kemas bertaraf dunia khusus untuk pasaran domestik dan luar negara.