Tag: pelaburan

  • Manual QMS Quantum Metal Part 2 – Buy & Sell

    Manual QMS Quantum Metal Part 2 – Buy & Sell

    QMS Interface: Shows your current holding value in gram, ringgit and current selling/buying price

    Buy Gold

    1. Login ke akaun untuk membeli emas, klik pada menu “Deposit”

    buying gold quantum metal
    2. Masukkan jumlah deposit, jumlah deposit akan dibahagikan dengan harga selling semasa, contohnya

    RM20.00 (deposit) / RM179.44 = 0.11gram

    *0.11 gram ditambah ke akaun
    3. Klik Next, dah sahkan transaksikan, klik “confirm”.

    4. Transaksi akan berada pada “Deposit Request” dengan status “Pending Payment”.

    5. Lakukan pembayaran ke akaun QM.

    Sell Gold

    1. Login ke akaun untuk menjual emas, klik pada menu “Withdrawal”

    quantum metal sell gold
    2. Masukkan jumlah withdraw, jumlah withdraw akan dibahagikan dengan harga buying price semasa, contohnya

    RM20.00 (withdraw) / RM169.28 = 0.12gram

    *0.12 gram akan ditolak dari akaun

    3. Pilih akaun bank untuk amaun dideposit, klik “submit” dan sahkan

    4. Email akan dihantar apabila transaksi telah berjaya

    New User

    Jika belum mendaftar, klik pada button dibawah untuk maklumat lanjut. Start gold online trading now!

    OPEN QMS ACCOUNT

  • Bolehkah Pelaburan Emas Memberikan Pendapatan Bulanan ?

     

    Emas merupakan logam berharga yang diperolehi daripada sumber yang terhad dari perut bumi. Ianya memerlukan kos untuk mendapatkannya kerana melibatkan proses carigali. Kesukaran untuk mendapatkannya, ciri uniknya yang tidak boleh musnah, dan kekal lama serta kalis inflasi menjadikannya satu alat pelaburan yang menjadi permintaan serta diminati ramai.

    Namun, apabila kita membuat pelaburan kita perlu tahu terlebih dulu apakah matlamat utama pelaburan kita.

    Selepas itu barulah kita boleh pilih alat pelaburan yang sesuai untuk mencapai matlamat pelaburan kita tersebut.

    Sebagai contoh, jika kita inginkan peluang pendapatan bulanan melalui alat pelaburan seperti emas, terdapat banyak cara, kaedah dan strateginya. (Saya ada menyatakannya secara lebih terperinci dalam ebook ‘Rahsia Pelaburan Emas Yang Menguntungkan’.

    Namun secara asasnya jika kita melabur dengan membeli dan menyimpan emas, kita tidak akan berupaya untuk mendapatkan pulangan bulanan kerana emas itu sendiri tidak boleh menghasilkan sebarang pendapatan. Ini kerana ianya tidak akan berkembang dengan hanya menyimpan.

    Sebaliknya jika kita inginkan pulangan secara bulanan, emas tersebut terpaksa kita ‘gerakkan’ atau dengan kata lain menjualnya dan mengaut keuntungan hasil daripada jual beli emas. Kemudian beli lagi dan jual lagi. Inilah yang dikatakan pelaburan dalam BISNES Emas.

    Jadi jawapan kepada persoalan sama ada Emas boleh memberikan pendapatan bulanan, jawapannya hanya boleh jika kita menjalankan pelaburan dengan membeli dan menjual emas. Kita juga harus sedar dan tahu bahawa emas adalah berada dalam kelas aset ‘Capital Gain’ (Keuntungan Modal) dan bukannya ‘Cashflow’ (Aliran Tunai) yang boleh menjana pendapatan bulanan kepada kita dengan sendirinya.

     

    THINKERICH