Tag: mas kahwin

  • Mas Kahwin Kena GST?

    Mas Kahwin Kena GST?

    mas-kahwin

    Lebih kurang dua minggu lagi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan di negara ini, cakap-cakap mengenainya menjadi bualan kerana ramai yang tidak pasti mengenai pelaksanaannya.

    Ada yang kata menguntungkan dan ada yang kata sebaliknya.

    Kegusaran itu menyebabkan ramai yang tidak ‘duduk diam’, tambah-tambah bila disentuh mengenai pelaksanaan GST dalam bab perkahwinan.

    Bagi yang bujang sudah semestinya ‘mulai pening’ kepala kerana mula  fikirkan mengenai bajet perkahwinan selepas GST dilaksanakan.

    Namun ada berita gembira buat  mereka yang hendak berkahwin selepas GST dilaksanakan ini kerana GST tidak dikenakan terhadap bayaran mas kahwin.

    Penolong Pengarah Unit Komunikasi Korporat Jabatan Agama  Islam Selangor, Nurhamizah Othman berkata, harga Mas Kahwin kekal sepertimana yang termaktub dalam Undang-undang keluarga Islam di bawah kuasa Sultan.

    “Di Selangor kita sudah putuskan pada 12 Mei 2009, iaitu sebanyak RM300 kadar mas kahwin bagi anak dara dan janda tanpa had maksimun.

    “Ia kekal, GST tidak dikenakan,” katanya. Katanya lagi, anak muda yang hendak berkahwin tidak perlu gusar mengenai perkara tersebut.

    “Tiada kenaikan, ia kekal sepertimana yang termaktub,” katanya. GST akan dilaksanakan pada 1 April 2015 ini, sebanyak 160 buah negara telah melaksanakannya.

    Comment:

    Mujurlah kerajaan tidak bercadang nak kenakan GST untuk mas kahwin, tak boleh difikir dek akal kalau semua benda kerajaan nak caj. Apapun cincin kahwin, cincin tunang, gelang batal air sembahyang dan sebagainya insyallah akan diGSTkan.

  • Menggunakan emas sebagai mas kahwin

    Menggunakan emas sebagai mas kahwin

    Perkahwinan merupakan satu fitrah dan keperluan manusia sejak berzaman lamanya dan sebaiknya ia dilakukan dengan adat serta berlandaskan ajaran agama. Hampir di serata dunia….Kaum Hawa sentiasa di puja oleh kaum Adam dan sudah tentunya di dalam agama Islam kaum Hawa sentiasa dimuliakan dan dihormati serta diletakkan di tempat sepatutnya…

    Maka apabila lamaran dibuat dan disusuli dengan adat pertunangan serta akhirnya majlis pernikahan/perkahwinan berlangsung….semuanya dibuat dengan penuh adat dan disinari cahaya kegembiraan. Maka di sini lah kami terus memartabatkan kaum Hawa dengan produk yang bernama DINAR MAS KAHWIN. Produk DINAR EMAS yang bercirikan lambang kasih sayang dan perkahwinan yang perlu diabadikan secara unik dan peribadi. Khusus untuk dibudayakan di dalam masyarakat Nusantara di dalam pernikahan dan pastinya ianya yang PERTAMA di Malaysia.

    Video footage:

    Laman web dinarmaskahwin.com