Tag: jual emas

  • Harta karun & emas terbesar di Asia Tenggara

    SEBAHAGIAN daripada harta karun yang ditemui di perairan Indonesia
    merupakan barangan kemas.

     

    JAKARTA – Harta karun bernilai AS$80 juta (RM241.8 juta) yang ditemui di dalam sebuah kapal yang karam di perairan Indonesia 1,000 tahun dahulu sekali lagi akan dijual.

    Dikenali sebagai Harta Karun Cirebon, ia ditemui di dalam bangkai sebuah kapal dekat Pelabuhan Cirebon di Pulau Jawa dan mengandungi sekitar 250,000 objek berharga termasuk kristal, mutiara dan emas.

    “Harta karun ini adalah yang terbesar pernah ditemui di Asia Tenggara berdasarkan kualiti atau kuantiti,” kata Pengarah Cosmix Underwater Research Ltd., Luc Heymans dalam satu e-mel kepada agensi berita Assoicated French Press.

    Syarikat berkenaan yang beribu pejabat di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu bertanggungjawab mengangkut harta karun itu dari dasar laut.

    Harta karun itu ditemui dari bangkai sebuah kapal sedalam 57 meter oleh beberapa nelayan Indonesia.

    Kira-kira 22,000 selaman dilakukan di antara April 2004 dan Oktober 2005 yang dibiayai syarikat berkenaan selepas pihak berkuasa Indonesia memberikan kebenaran untuk mengangkut harta karun berkenaan.

    Firma berkenaan gagal mencari pembeli apabila harta karun tersebut dijual pada satu lelongan di Indonesia pada tahun 2010.

    Ia kemudian dieksport ke Singapura.

    “Harta karun itu akan dijual di Singapura,” kata Heymans.

     

     

     

     Berita Akhbar Sebelum ini

    Sebanyak 24 batu kristal berusia 1,000 tahun yang merupakan antara harta karun yang ditemui dari bangkai sebuah kapal karam di perairan utara Cirebon, Jawa Barat, Indonesia.

    Menurut Ketua Pengarah PT Paradigma Putra Sejahtera, Adi Agung Tirtamarta, batu tersebut akan dilelong bersama semua harta karun itu.

    “Di dunia, cuma terdapat 40 batu kristal. Harta karun yang ditemui di Cirebon itu cuma mempunyai 24 batu kristal,” kata Adi yang menyewa sebuah kandang kuda di Pamulang untuk dijadikan tempat simpanan harta karun itu yang ditemui oleh sekumpulan nelayan Indonesia pada 2004.

    Syarikat milik Adi itu mengendalikan lelongan harta karun itu secara pukal dan tidak satu persatu.

    Harga minimum lelongan itu ialah AS$80 juta (RM254.8 juta).

    Adi berkata, batu kristal itu dipercayai berasal dari Dinasti Fatimiyah yang merupakan keturunan keluarga anak perempuan Nabi Muhammad SAW iaitu Siti Fatimah dan suaminya, Ali bin Abi Talib.

    Siti Fatimah merupakan puteri bongsu Nabi Muhammad bersama isteri pertama baginda, Siti Khadijah.

    Harta karun itu merangkumi 271,000 batu delima, mutiara, emas, batu kristal, barangan kaca Iran dan tembikar Maharaja China berusia 976 Tahun Masihi.

    Namun, seorang pegawai di Kementerian Hal Ehwal Maritim Indonesia, Sudirman Saad berkata, pada Isnin lalu tidak ada seorang pun pembida yang telah membayar deposit sebanyak AS$16 juta (RM51.41 juta) atau 20 peratus daripada harga lelongan minimum.

    “Terdapat 20 orang yang berminat untuk menyertai lelongan itu termasuk dari luar negara.

    “Pembida yang berminat itu datang dari Singapura, Beijing, Hong Kong, Malaysia dan Jepun,” katanya.

    Menurutnya, setakat ini, tidak ada pembida yang meletakkan wang deposit tetapi lelongan itu akan tetap diadakan pada masa itu.

    “Jika tidak ada pembeli, lelongan itu akan diadakan buat kali kedua,” katanya.

    Pemerintah Indonesia akan mengambil 50 peratus hasil lelongan manakala bakinya akan dibahagikan di antara pihak yang terlibat menemuinya termasuk pemburu harta karun, Luc Heymans..

  • Patung Emas Jack Sparrow kini dijual

    Siapa yang tak kenal dengan watak Kapten Jack Sparrow dalam filem Pirates of the Caribbean yang dilakonkan oleh pelakon terkenal iaitu Johnny Depp. Terkini, sebuah patung emas watak Kapten Jack Sparrow dalam filem Pirates of the Caribbean itu dijual pada harga AS$435,000 iaitu bersamaan RM1.3 juta di Tokyo.

    Ia dijual di sebuah pusat beli-belah di sini sempena ulang tahun kelahiran ke-110 tahun Walt Disney yang merupakan pengasas bersama The Walt Disney Company. Patung emas itu seberat 1,800 gram itu dan tinggi 26 sentimeter.
    Mungkin bagi idea kepada syarikat2 pengeluar emas untuk membina emas lebih berbagai bukan hanya stick pada syiling, coin, gold bar yang biasa2..

     

  • Untung atau tidak beli emas sekarang

    Harga emas hari ini berada pada harga yang agak murah berbanding kenaikan sebelum ini(tahun lepas) yang mececah sehingga USD1900 per oz. Buat masa ini nilai emas pada harga USD 1660 per oz. Bagi penyimpan dan penggemar emas ini merupakan satu peluang untuk menambah jumlah simpanan emas anda. Pada graph 10 tahun, penurunan harga yang berlaku kini tidak lama kerana ia hampir sampai pada line support yang pernah tersentuh pada penghujung tahun lepas. Ia kemungkinan boleh turun sehingga USD 1560/oz., itu pun kalau dia boleh turun lagi lah.

    harga emasIhsan Dari Google

    Harga emas terkini public gold untuk bar 20 gram adalah pada RM182.25. 1 setengah tahun lepas aku beli 20 gram bar adalah pada nilai RM 138.25, perbezaan adalah RM 44. Ini bermakna dalam tempoh tersebut berlaku peningkatan harga sebanyak 31.8%. Jika 20 gram bermakna keuntungan adalah RM880. Tetapi anda kene tau jugak, jika nak dijual harga yang valid ialah pada harga belian bukan harga jualan,  perlu tau tentang term we sell and we buy. Bermakna harga yang anda dapat kurang sebanyak antara 8%-9%..Apapun  kita masih untung lebih kurang 24%.

    Jika anda bijak, juallah kepada individu yang mencari emas dan jangan jual balik kepada public gold atau agen public gold. Dengan cara ini kita boleh jual pada harga lebih tinggi, kerana siapa tak nak kalau agen jual RM3642+RM 20(shipping cost), tetapi kita jual 3600, pasti berebut orang nak beli. Aku pernah jual di facebook public gold untuk 1 bar 20gram pada harga lebih rendah dari public gold. Baru seminit buat post terus aku dihujani panggilan telefon dan message. Akhirnya terjual dengan aku mendapat keuntungan RM 2oo dan si pembeli dapat beli dengan harga RM 70 lebih murah dari agen public gold. Ini kira win-win situation lah.

    harga emasIhsan dari google

    Jika duit anda banyak atau anda memang teringin nak melabur tapi tak tahu bagaimana, cuba lah buat simpanan emas secara fizikal. Banyak kelebihan menyimpan emas. Salah satunya ia dapat mengatasi inflasi yang berlaku setiap tahun, sebab nilainya tidak terkesan dari peningkatan inflasi. Kelebihan lain, emas itu boleh digadai jika kita memerlukan duit. Kini telah banyak tempat yang menyediakan gadaian mengikut Islam seperti di Ar-rahn dan public gold ar-rahnu.

    Cuma yang menjadi masalah ialah keselamatan simpanan emas fizikal. Kalau dah banyak memang risau nak simpan kat rumah, bayangkan lah kalau anda dah menyimpan hingga nilai beratus ribu. Pernah seorang rakan hendak pergi berkelah terpaksa masukkan emasnya dalam poket seluar yang dibalut dengan plastik sebab nak mandi laut. Bayangkan lah emas 1kg dalam poket pastu nak mandi laut. Tapi 1 kg emas ni saiznye kecil aje.

    Itu lah sahaja coretan aku tentang emas. Sebenarnya aku tak ada idea nak tulis ape,  jadi aku cerita pasal emas berdasarkan pengalaman. Nasihat aku jika anda bijak cubalah ambil peluang ini untuk mendapatkan emas ketika harga emas masih dalam trend menurun. Sebab dia pasti akan bergerak kembali kepada harga USD 1900/oz. Tambahan pulak kini semakin hebat dengan spekulasi perang antara Iran dan Israel yang memungkinkan berlakunya kenaikan nilai emas dan minyak.

    link: http://segalabenda.com/harga-emas/

  • Syiling emas termahal didunia dipamerkan di London

    http://www.fusiondiary.com/wp-content/uploads/2010/10/1907-20-Dollar-Ultra-High-Relief-Saint-Gaudens-Double-Eagle-Gold-Coin.jpg

    Sekeping syiling emas yang dikatakan termahal didunia dipamerkan di kota London baru-baru ini, Syiling “Double Eagle” tersebut  dicetak pada zaman kemelesetan ekonomi paling teruk pernah berlaku di Amerika Syarikat.

    Syiling bernilai 20 Dolar “Double Eagle” ini dipamerkan di Goldsmith Hall, london dikatakan bernilai hampir RM166,000 sekeping ketika dihasilkan pada tahun 1929 iaitu semasa kemelesetan ekonomi melanda Amerika manakala  perang dunia pertama pula meletus di Eropah. Ketika ini dipercayai hanya wujud 13 syiling seumpamanya manakala syiling-syiling yang lain telah dileburkan atau diproses semula sebelum berakhirnya zaman kemelesetan tersebut.
    http://3.bp.blogspot.com/_AaT3vdoeE4o/Sxq1Qfe9JFI/AAAAAAAAASQ/VMiY0FAB7-Q/s400/600px-Specimen1Obv.jpg
    http://www.coinfacts.com/double_eagles/saint_gaudens_double_eagles/Double_Eagle_1912_Rev_Trompeter.jpg

    Pada tahun 2002, syiling “Double Eagle” ini dilelong pada harga yang memberansangkan,  mencecah USD7.6 juta atau RM22juta seperti dilaporkan Associate Presss (4/3/2012).

    Syiling ini bernilai bagi meperingati kesusahan hidup dizaman kemelesetan ekonomi Amerika syarikat yang bermula pada tahun 1929 sehingga bermula perang dunia pertama (1941) , Kegawatan ini dianggap krisis ekonomi paling teruk pernah berlaku pada abad ke 20, ia berpanjangan kira-kira 20 tahun. Bayangkan…….

    http://www.coin-collecting-guide-for-beginners.com/image-files/saint_gaudens_double_eagle_no-motto_lg.jpg

    Kehidupan Rakyat Amerika ketika zaman kemelesetan ekonomi 1929-1943

    Dorothea Lange's Migrant Mother depicts destitute pea pickers in California, centering on Florence Owens Thompson, age 32, a mother of seven children, in Nipomo, California, March 1936.

    Best Movie To Watch