Tag: jongkong emas

  • (Video) Proses Penghasilan & Penulenan Bar Emas 24 Karat

    (Video) Proses Penghasilan & Penulenan Bar Emas 24 Karat

    Untuk menerangkan proses menghasilkan jongkong emas tulen 24 karat, Wartawan Business Insider telah pergi ke kilang Baird & Co Bullion Ltd di London, satu satunya kilang penulenan emas di UK untuk merakam proses sebenar menghasilkan jongkong emas tulen 24 Karat 999.9%.

    Video Proses Penulenan Emas

    emas mentah lombong

    Sumber Asal Emas

    Menurut Baird & Co, mereka memperolehi bahan mentah untuk menghasilkan jongkong emas dari lonbong emas dengan ketulenan sekitar 90% emas manakala sumber kedua pula adalah dari scrap gold barang kemas yang biasanya berketulenan 37% emas.

    proses penulenan emas

    Miller Process

    Emas-emas mentah dan scrap yang diterima akan dileburkan dan ditambah dengan bahan kimia chlorine untuk mengekstrak logam-logam lain.

    proses penulenan emas 2

    proses ini dapat menghasilkan emas dengan ketulenan 95% atau maksimum 99.5% emas dalam bentuk cornflakes

    Aqua Regia

    Aqua Regia adalah campuran diantara Nitric dan Hydrochloric asid kemudiannya dicampurkan ke produk diatas untuk melarutkan base metal dan mengasingkan emas dan silver.

    Proses penghasilan emas

    Pada proses ini ketulenan maksimum emas 99.99% terhasil dalam bentuk molekul halus seperti pasir.

    proses penulenan emas

    Casting Bar

    Emas dalam bentuk pasir seperti proses diatas kemudiannya dicairkan pada suhu melebihi 1200 celsius dan kemudiannya di dituangkan kedalam acuan casting mengikut berat dan bentuk.

    proses penulenan emas
    Maka terhasilah jongkong emas dengan ketulenan 24 Karat.

    proses penulenan emas

    Minting Bar

    Produk dari proses diatas kemudiannya boleh dicairkn lagi dan dibentuk ke kemasan yang lebih baik untuk menghasilkan jongkong emas yang lebih kecil, bar tersebut kemudian dihantar kepada quality assayer untuk pengesahan ketulenan sebelum dijual

    Berminat untuk belajar lebih terperinci perniagaan emas, boleh dapatkan ebook kami bertajuk Ilmu Asas Emas.

  • Jongkong Emas, Perak dan Platinum tiada GST

    Jongkong Emas, Perak dan Platinum tiada GST

    gambarposPelaburan untuk logam berharga (IPM) yang terdiri daripada jongkong emas, perak dan platinum adalah di bawah pembekalan yang dikecualikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

    Presiden Persatuan Emas Malaysia (MGA) Abd Razak Mohd A Kadir berkata, jongkong emas terutamanya yang diperluaskan kepada pembekalan dikecualikan GST adalah yang mendapat akreditasi London Bullion Market Association (LBMA).

    “Di Malaysia, nilai dagangan pasaran IPM ialah RM10 bilion setahun dan 90 peratus daripadanya adalah jongkong yang diakreditasi LBMA manakala hanya 10 peratus yang ditempa tempatan,” katanya selepas mesyuarat agung tahunan pertama persatuan itu di sini, semalam.

    Bagaimanapun, hanya 10 peratus daripada dagangan emas di Malaysia dalam bentuk IPM manakala 90 peratus dalam bentuk barang kemas yang tertakluk kepada GST pada kadar enam peratus mulai 1 April ini.

    MGA ialah sebuah persatuan baru ditubuhkan untuk mewakili organisasi dan persatuan berkaitan industri logam berharga termasuk perlombongan, penapisan, penempaan, perdagangan, tukang barang kemas, pajak gadai, logistik berkaitan industri, kewangan dan institut penyelidikan.

    Setiausaha MGA, Datuk Louis Ng Chun Hau berkata, persatuan itu mengadakan beberapa sesi dialog dengan kerajaan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia berhubung isu GST yang membabitkan industri.

    Beliau berkata, antara aktiviti persatuan dalam tempoh terdekat ialah membuat susulan ke atas isu GST, terutamanya membolehkan jongkong yang ditempa tempatan di bawah pembekalan dikecualikan GST dan mencadangkan kepada kerajaan model GST untuk barang kemas.

    “Bagi barang kemas, kami harap kerajaan akan mempertimbangkan model sama dengan Turki apabila GST hanya dikenakan ke atas nilai tambah seperti kos buruh, reka bentuk dan sebagainya, tetapi bukan pada nilai emas,” katanya.

    MGA – Razak (Habib, Arrahnu Pos), Louis Ng (Public Gold)

  • Warga Bangladesh Sorok Emas 1.2kg

    Warga Bangladesh Sorok Emas 1.2kg

    Seorang lelaki warga Bangladesh yang menyembunyikan jongkong emas seberat 1.2 kilogram dalam seluar dalam yang dipakainya, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

    Siasatan awal mendapati lelaki terbabit dipercayai mahu meninggalkan negara dengan melarikan emas milik rakan pemiagaannya yang dianggarkan bemilai RM163, 000.

    Suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

    Sumber: Berita Harian

    20140915_berita-hariansorok-12-kg-emas-dalam-seluar-dalam

  • Ketulan Emas Lama Di Melaka

    Ketulan Emas Lama Di Melaka

    malacca-portMELAKA – Bukan sesuatu yang mustahil sekiranya harta karun termasuk ketulan emas masih berada di Pulau Nangka, di sini seperti mana diperkatakan ketika ini.

    Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep), Prof Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin berkata, semasa Portugis menawan Melaka pada 1511, harta-harta Sultan Melaka ketika itu dipercayai disembunyikan di pulau-pulau kerana bimbang istana mereka ditawan.

    harta-karun-di-pulau-nangka

    Beliau berkata, kebanyakan harta berkenaan merupakan hasil cukai yang dikenakan terhadap pedagang luar negara memandangkan Melaka memang diketahui sebagai pelabuhan perdagangan terhebat di Asia Tenggara pada abad ke-15.
    “Dalam satu masa, sebanyak 2,000 kapal berlabuh di Melaka iaitu dari Tanjung Tuan sehingga ke Muar.

    Syiling Emas yang digunakan ketika zaman penaklukan portugis di Melaka
    Syiling Emas yang digunakan ketika zaman penaklukan portugis di Melaka

    “Jadi, Sultan Melaka merupakan sultan paling kaya antara sultan-sultan di Nusantara. Cukai yang dikenakan biasanya emas berbentuk ketulan atau jongkong. Harta itu disimpan dalam perbendaharaan iaitu memang ada satu rumah khas menyimpan harta benda seperti pinggan mangkuk, cerek yang diperbuat dari emas.

    Afonso_de_Albuquerque_(with_Santiago_cloak)

    “Bagaimanapun, semasa tahun 1511 Melaka diserang Portugis, harta-harta itu dipercayai disembunyikan di pulau kerana ditakuti istana mereka diserang dan ditawan,” katanya di Bukit Baru, semalam.

    Mohd Jamil juga percaya harta berkenaan bukan saja tersimpan di Pulau Nangka, malah di Pulau Besar dan Bukit St Paul yang dipercayai mencecah trilion ringgit. Berdasarkan sejarah, katanya, Melaka memang menjadi lokasi persinggahan pedagang khususnya dari Arab, Parsi, India dan China, selain negara barat seperti Portugis, Belanda, Inggeris dan Sepanyol.

    Malah, rujukan buku Shipwrecks & Sunken Treasure In Southeast Asia turut merekodkan sebanyak 34 daripada 450 kapal karam di perairan Selat Melaka.

    “Antaranya, Kapal Flor De La Mar dikatakan membawa pelbagai barangan berharga dan harta yang cukup melimpah ruah dianggarkan berbilion pound karam di bahagian utara Sumatera pada 1511,” katanya.

    Sementara itu, katanya, dakwaan wujudnya harta karun di Pulau Nangka sebenarnya sudah tersebar sejak 1997 dan pulau berkenaan diwartakan menjadi milik Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).

    Beliau yang menjadi Pengurus Besar Perzim ketika itu berkata, pulau itu dibeli daripada seorang wanita dan usaha pencarian harta karun sudah dilakukan sejak 1990-an lagi.

    “Bagaimanapun, pulau ini menjadi kawasan larangan dan dilarang menceroboh iaitu hanya syarikat yang dibenarkan Perzim boleh memasukinya,” katanya.

  • Arahan untuk keluarkan jongkong emas lebih 11 bulan

    Dari maklumat yang kami terima, agrobank akan mengeluarkan arahan untuk mengeluarkan jongkong emas yang melebihi tempoh 11 bulan di Ar-Rahnu tidak berapa lama lagi, berkemungkinan pihak agrobank tidak akan membenarkan penyambungan semula surat pajak ar-rahnu. bagi pelabur yang telah menyimpan jongkong emas melebihi 11 bulan anda boleh menghubungi kami di talian 012-2864232 atau pejabat 03-92264232 samada untuk trade in dengan barang kemas atau menjual jongkong emas tersebut, harga pajakan semasa jongkong emas ketika dibekukan sekitar RM157/gram awal tahun lalu. Pihak harga emas membenarkan anda  menukar jongkong emas dengan emas 999 atau emas 916, atau boleh juga membuat tempahan untuk produk barang kemas padu yang lain. Produk terbaru kami adalah emas pintal 999 dan 916 selain gajah, rotan, pasir, roda dan melur. Jika ingin trade dengan design-design lain pun boleh , tetapi harga dan upah bergantung kepada design yang anda order.

    Jongkong emas yang biasa menjadi pilihan pelabur seperti Pamp Suisse, Lady Fortuna, Public Gold, Bunga Raya, One World, Emas kijang, dinar kelantan diterima, produk yang tidak mempunyai cop assayor seperti GCP tidak dibeli dengan harga yang tinggi. Pastikan anda membeli jongkong emas yang diiktiraf sahaja.

  • Jongkong emas anti-penuaan

    KECANTIKAN merupakan perkara yang subjektif malah ia menjadi impian setiap insan yang bergelar wanita.

    Bagi mereka yang dilahirkan jelita, ia merupakan satu bonus tetapi bagi yang kurang sempurna, pelbagai produk kecantikan dan solekan menjadi pilihan untuk tampil seperti yang diimpikan.

    Maka tidak hairan hari ini sekiranya di pasaran terdapat pelbagai jenis dan jenama produk kecantikan dalam usaha merealisasikan impian setiap wanita untuk kelihatan cantik.

    Salah satu produk yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat hari ini ialah sabun ‘jongkong emas’ keluaran Zmasha Marketing Resources.

    Berfungsi sebagai antipenuaan, mencerah, melembap dan merawat, sabun ini sememangnya dicipta khas untuk menjaga kebersihan wajah yang sebenar.

    Dijadikan sebagai pencucian asas sehari dua kali dan dijadikan masker seminggu sekali selama lima minit, ia membuatkan wajah kelihatan bersih berseri dan cerah sekata.

    Menurut Pengarah Urusan ZZ Beauty Slim Healthy, Aziela Che Nor, sabun tersebut dirumus khas dan diperkaya dengan ekstrak semula jadi berupaya membersih kulit dengan lembut sambil mengekalkan lembapan asli tanpa menjejaskan struktur kulit.

    “Sabun ini mengandungi 24K emas tulen, 99.9 peratus serpihan hablur emas tulen yang padat dan bentuknya yang unik seperti ‘jongkong emas’ membuatkan ia istimewa untuk merawat dan kebersihan wajah yang sebenar.

    “Dengan formula pelbagai fungsi, ia turut melindungi sistem pemuliharaan kulit serta mengurangkan kedutan, meningkatkan kelembapan dan merangsang pemulihan kulit.

    “Insya-Allah, kulit akan sihat berseri apabila ia berada pada tahap kesihatan yang terbaik,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini pada majlis memperkenalkan duta produk Zmasha di Kuala Lumpur.

    Pada majlis tersebut, artis tanah air Emma Akma dan Jaafar Onn telah dilantik sebagai duta sabun ‘jongkong emas’ Zmasha.

    Pemilihan mereka adalah berdasarkan masalah kulit yang dihadapi selain faktor usia.

    Mengulas lanjut mengenai sabun ‘jongkong emas’ keluarannya syarikatnya, Aziela memberitahu bahawa hablur emas yang digunakan di dalam sabun tersebut diimport dari Perancis.

    Selain hablur emas, sabun ‘jongkong emas’ turut mengandungi bahan-bahan seperti lemon dan soya.

    “Teknologi ekstrak emas 24K membantu mengurangkan kedutan dan meningkatkan kolegen untuk keanjalan kulit.

    “Emas mempunyai antioksidan yang tinggi dan mampu menggalakkan penyerapan molekul oksigen ke dalam kulit dan membolehkan fungsi selular berada pada tahap paling tinggi.

    “Selain itu, bahan seperti lemon adalah untuk mencerahkan kulit, menutup pori-pori dan juga vitamin C yang diperlukan oleh kulit.

    “Sama juga seperti lemon, kacang soya turut berfungsi untuk garis-garis halus, kedut dan melembutkan kulit,” katanya lagi.

    Walaupun hanya berada di pasaran sekitar Februari lalu, sambutan yang diterima amat menggalakkan dan hingga hari ini stokis keseluruhan adalah seramai 150 orang yang meliputi seluruh negara.