Tag: hibah emas

  • 10 Mouse termahal di dunia berlapis emas

    Tetikus atau lebih dikenali dengan nama mouse menjadi salah satu gajet wajib bagi setiap pemilik komputer. Ia digunakan untuk memberikan arahan dalam sistem seperti membuka fail, menyimpan fail dan sebagainya. Pada masa yang sama juga, terdapat syarikat yang mencipta mouse secara kreatif.Mouse tersebut dinilai paling mahal di dunia kerana mempunyai emas dan rekaan yang menarik.

  • Apakah hibah dalam emas ? (video)

    Apakah hibah dalam emas ? (video)

    3. PENGENALAN HIBAH

    Hibah merupakan permasalahan lama yang baru diwar-warkan. Kalimah ini tidak ada dalam fikiran dan ingatan masyarakat Islam sekian lama Di serata dunia. Untuk kefahaman masyarakat, istilah yang jarang kedengaran perlulah disebut-sebut dalam majlis rasmi dan tidak rasmi sehinggalah istilah tersebut basah di setiap bibir anggota masyarakat. Tetapi pendekatan yang paling berkesan ialah ‘pelaksanaan’ program hibah ini dan istilah yang belum difahami. Namun, kefahaman yang didahulukan dengan penjelasan yang bersistem yang kemudiannya disusuli dengan tindakan, tentu akan benar-benar berakar umbi ke dalam benak dan minda bawah sedar anggota masyarakat Islam.

    Hibah yang akan dibicarakan nanti adalah sebahagian daripada sistem ekonomi masyarakat Islam yang terlalu jauh daripada pandangan dan amalan masyarakat Islam itu sendiri, berbanding dengan zakat (fardhu), sedekah (sunat), hadiah (sunat), wakaf (sunat), wasiat (sunat – pelaksanaan wajib satu pertiga harta) dan sumbangan lain. Lantaran itu, adalah wajar perbicaraan tentang Hibah ini diketengahkan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam untuk difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan.

    4. HIBAH DI SUDUT BAHASA
    Hibah merupakan kalimah Arab yang memberi maksud ‘pemberian’. Di sudut bahasa, Hibah adalah pemberian yang tidak didahului oleh tuntutan hak, dan padanya (barang yang diberikan itu) ada kegunaan bagi orang yang diberikan. Mengikut pengertian ini, Hibah boleh jadi pada zat yang tertentu dan bukan zat tertentu.(1) Contoh ada ‘ain/ zat tertentu ialah mengurniakan/ memberi anak lelaki atau perempuan (lihat : surah al-Syuura/ 49), manakala contoh tiada ‘ain/ zat tertentu ialah mengurniakan rahmat (lihat : surah Aali ‘Imran/ 8). Disebut kepada pemberi hibah sebagai ‘Waahib’ (واهب), penerima hibah sebagai ‘Mauhuub lahu’(موهوب له) dan harta yang diberikan sebagai ‘Mauhub’ (موهوب) dan ‘Mauhabah’ (موهَبة).(2)

    5. HIBAH DI SUDUT ISTILAH
    Hibah di sudut istilah syara’ ialah : Memberi milik benda tanpa ganjaran/ gantian (al-Jurjaani). Atau :Hibah adalah memberi milik harta kepada orang lain tanpa ganjaran/ gantian (al-Majallah).(3)

    Penulis kitab al-Fiqh al-Manhajiy menyatakan : ‘Akad yang memberi faedah pemilikan ‘ain tanpa gantian, semasa hidup, secara sukarela.(4)

    Kata Imam al-Raghib al-Ishfihani dalam bukunya ‘Mu’jam Mufradat Alfaz al-Qur’an’ : “الهبة أن تجعل ملكك لغيرك بغيرعوض ” yang bermaksud : “Hibah ialah anda menjadikan harta milik anda kepada orang lain tanpa gantian/ganjaran.” Sekian dipetik. Jika pemberi mengatakan, aku berikan kain ini dengan ganti beras itu, lalu dipersetujui oleh penerima, maka ini bukan hibah tetapi menjadi jual beli, meskipun disebut ‘beri/ hibah’.

    6. PERUNDANGAN HIBAH DALAM ISLAM
    Hibah dengan maksud umum itu adalah disukai, disaran dan digalakkan melalui al-Qur’an, al-Sunnah dan al-Ijma’.

    (dipetik dari : http://monoja68.wordpress.com/2008/12/11/memahami-hibah-dan-hikmahnya/ )

    BAGAIMANA PULA HIBAH DALAM EMAS?

    Jadi didalam perniagaan emas ini,  hibah yang dimaksudkan adalah ‘pemberian secara ikhlas”, contohnya  jika pembeli membeli emas pada sekian harga, pihak penjual akan memberikan hibah (pemberian) kepada pelabur mengikut perjanjian yang dipersetujui samada setiap bulan ataupun sehingga tempoh tertentu. Saya tidak mahu bercakap banyak tentang hukum, lebih rujuk mereka yang lebih arif seperti laman web ust zaharuddin atau ustaz azhar sperti video dibawah. Agak susah untuk mencari maksud sebenar hibah emas ini kerana di google cuma penuh dengan promosi hibah tanpa penerangan lanjut, moga pembaca yang arif dan faham boleh meneruskan perbincangan dibawah.

    Emas Hibah
    Adakah simpan emas dan perak itu sunnah?


    Hukum beli emas dengan duit pinjaman bank?