Bagi mereka-mereka yang belum mempunyai akaun bank Hong Leong Bank terutamanya perempuan atau gadis-gadis gedik macam King_coco , anda berpeluang untuk memenangi 100gm jongkong emas Hello Kitty dengan membuka akaun baru di Hong Leong Bank dan depositkan RM1000.00 sahaja kedalam akaun.
Selain berpeluang untuk memenangi jongkong emas bernilai RM30,000 ini, anda juga akan mendapat Kad Debit Bank Hong Leong Bank Hello Kitty
Cara-caranya seperti dibawah, tamat sehingga Mei 2017 sahaja ok..
Senang je Bank nak pinjam duit anda, cuma bagi hadiah dan orang berpusu-pusu untuk menyimpan dalam bank, bank tak perlu bayar interest, tetapi jika anda ingin meminjam wang dari bank, anda akan dikenakan pelbagai interest, apapun itulah dipanggil kewangan, untuk menjadi seperti bank, anda kena ada lesen dari Bank Negara, bukan lesen MLM atau skim ponzi.