Tag: harga emas pasir

  • Sejarah Emas di Raub Pahang

    Sejarah Emas di Raub Pahang

    Bercerita tentang daerah Raub, Pahang, amat sukar untuk memisahkan ia dengan emas kerana ia saling berkait rapat. Ada pendapat mengatakan, daerah itu wujud kerana emas, malah nama Raub itu datang daripada perbuatan meraup emas.

    SEKUMPULAN gajah mengangkut emas melintasi bangunan yang kini dijadikan Rumah Rehat Raub bagi penginapan pelancong dan tetamu kenamaan. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20141004/lk_01/Seraup-emas-sejarah-Raub#ixzz3FQaeuzWh  © Utusan Melayu (M) Bhd
    SEKUMPULAN gajah mengangkut emas melintasi bangunan yang kini dijadikan Rumah Rehat Raub bagi penginapan pelancong dan tetamu kenamaan.
    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20141004/lk_01/Seraup-emas-sejarah-Raub#ixzz3FQaeuzWh
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    Namun ada juga mengatakan nama Raub itu terbit daripada suku kata sebuah masyarakat di Indonesia, suku Rawa atau Rao yang berhijrah ke daerah itu. Terdapat banyak versi mengenai sejarah Raub termasuklah mengatakan ia dibuka oleh British.

    Tetapi, walau apapun cerita, pokok pangkalnya tidak akan lari daripada emas kerana hasil bumi itulah yang membangunkan bandar Raub sehingga ke hari ini.

    Menurut Ahmad Sabri Zainal Abidin, 75, kisah daerah Raub dengan emasnya telah bermula sejak tahun 1700an lagi.

    “Kisah mengatakan nama Raub datang daripada perbuatan meraup emas dikaitkan dengan peristiwa membabitkan Raja Impeh Raja Abdullah dan abangnya Raja Ismail Raja Abdullah datang dari Selangor dan terjumpa emas sewaktu meraup pasir di persisir sungai. Versi lagi satu pula ialah kedatangan masyarakat Rao atau Rawa yang datang dari Padang, Sumatera Barat di Indonesia,” katanya ketika ditemui S2 baru-baru ini.

    Ahmad Sabri berkata, sebahagian besar masyarakat Rawa itu lari dari tempat asalnya berikutan konflik budaya. Di Tanah Melayu mereka berdagang dan melombong.

    “Tetapi, mereka tidak terus ke Raub sebaliknya menetap di Selangor, Negeri Sembilan Perak dan Kedah. Sambil itu, mereka menjalankan aktiviti-aktiviti perdagangan termasuklah melombong bijih timah.

    “Kemudian terdapat sebilangannya meneruskan perjalanan ke kawasan lebih dalam lalu menemui daerah ini dan teraup pasir yang mempunyai emas. Justeru, mereka mengajak kaum keluarga dan membuka penempatan di sini.

    “Pada waktu itu, tumpuan adalah di Tras yang dahulu dikenali sebagai Teras kerana di sana terdapat sebatang sungai yang mempunyai emas yang banyak,” ujarnya.

    Ahmad Sabri berkata, pada masa itu teknik perlombongan menggunakan kaedah tradisional sehingga kedatangan British yang membawa teknologi baharu.

    raub-emas-1
    ada suatu ketika di bandar Raub terdapat semua bank2 saudagar cina yang tak mempunyai cawangan di kuala lumpur ini semua kerana bandar Raub ialah bandar emas

    “Dulu mereka menggunakan dulang kayu. Dikaut pasir di gigi air, kemudian diayak dan dipusing-pusingkan dulang tersebut untuk mengasingkan emas. Itulah yang dipanggil cara kampung” katanya.

    Jelasnya lagi, sebelum wujud syarikat Raub Syndicate dan Raub Australian Gold Mining (RAGM) di Bukit Koman, terdapat ramai orang mendulang emas di tepi sungai.

    “Sekitar tahun 1948, sewaktu dalam perjalanan ke rumah dari sekolah, saya nampak ramai orang melombong emas di Sungai Gali, tetapi banyak dilakukan oleh etnik Tiong Hua,” ujarnya.

    Bekas Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Muhammad Jabbar Raub itu menambah, banyak nama-nama tempat di daerah ini berkaitan dengan individu yang terbabit dalam perlombongan.

    “Bukit Koman itu dinamakan sempena nama Tengku Othman yang datang melombong di sini. Dia datang bersama kerabatnya seperti Tengku Puji, Tengku Abd Samad dan Tengku Kudin. Jadi, nama ‘oman itu diambil dari singkatan Tengku Othman iaitu ‘Ku Man’.

    “Dahulu ada tiga tapak pombongan emas utama. Selain Bukit Koman, dua lagi kawasan perlombongan ialah kawasan yang kini menjadi padang golf iaitu di hadapan Hospital Raub dan Bukit Melaka.

    “Di situ dahulu terdapat mesin yang dipanggil ‘shaft’ bertujuan membawa pekerja ke dalam lombong.

    “Menurut pekerja-pekerja lombong, terowong-terowong tersebut amat panjang, anggarannya boleh dikatakan meliputi seluruh bandar Raub. Sebab itu tidak banyak bangunan-bangunan tinggi di sini,” katanya.

    Beliau menambah pernah wujud sebatang jalan yang berfungsi sebagai landasan untuk kapal terbang kecil seperti Twin Otter di Bukit Koman.

    “Selepas emas diproses, hasil bumi tersebut akan dihantar ke Kuala Lumpur dengan kapal terbang kecil yang berlepas dari landasan tersebut sebelum dihantar ke Australia.

    “Pada waktu itu, kawasan perlombongan Bukit Koman dikawal rapi oleh satu kompeni tentera, tetapi ia tiada kaitan dengan kem askar yang ada sekarang sebab kem tersebut dahulu digunakan oleh polis.

    “Disebabkan lombong emas, banyak pembangunan telah dibuat oleh kerajaan. Besar pengaruh emas ini sebenarnya,” ujarnya.

     

  • Melombong Emas dari Air Laut

    Melombong Emas dari Air Laut

    Ketika manusia hanya mengetahui emas cuma boleh diperolehi daripada batuan yang kaya dengan unsur-unsur logam, ramai terlepas pandang tentang peluang yang satu ini.

    Sea_Gold [5]

    Kajian yang dilakukan oleh ahli kimia Inggeris, S. Sonstadt, pada tahun 1872 mendapati emas bukan saja terdapat di daratan tetapi turut terkandung dalam limpahan air laut.

    Dia menjadi orang pertama yang berjaya mengesan kewujudan emas dalam air laut. Persoalannya, berapa banyak sebenarnya emas yang terkandung di dalam air laut?

    Menurut pakar, kepekatan emas di dalam air laut ualah sebanyak 0.00005 ppm (Parts per million) atau bahagian per juta. Jika keperkatan emas di dalam air laut sebanyak itu, bermakna kandungan emas dalam setiap satu liter air laut ialah 0.00005 miligram emas.

    Jumlah tersebut dilihat memang sedikit tapi jika dihitung berapa banyak emas yang terkandung dalam satu kilometer padu air laut, jumlahnya sangat luar biasa!

    Dianggarkan dalam satu kilometer padu air laut, terdapat 50,000 gram emas atau bersamaan 50 kilogram emas!

    Nilai menguntungkan ini membuatkan banyak percubaan dilakukan untuk mengekstrak air laut menjadi emas.

    Ahli kimia dari Jerman, Fritz Haber, merupakan antara orang yang memberi tumpuan terhadap perkara ini. Dia menghabiskan seluruh usahanya mengkaji dan mencipta teknik pengekstrakan yang berdaya maju.

    Sea_Gold [4]
    Sea_Gold
    Sea_Gold [2]
    Sea_Gold [3]

    Dia berharap usahanya akan berjaya dan berhasrat supaya emas tersebut akan digunakan untuk membayar hutang negaranya ketika pasca perang dunia kedua. Namun, usahanya gagal mencapai kejayaan.

    Ramai pakar sependapat idea dan teori Sonstadt memang bagus tetapi mempunyai masalah dari segi praktikalnya. Sehingga ke hari ini, masih belum ada teknologi yang boleh digunakan untuk mengasingkan emas dari air laut.

    Keadaan itu menyebabkan usaha untuk mengaut keuntungan daripada sumber paling berharga di bumi ini terbantut.

    Sekiranya usaha itu mahu diteruskan dengan kapasiti teknologi yang ada ketika ini, saintis menjangkakan kerja-kerja memproses air laut dan menyaring emas akan memakan masa berpuluh-puluh tahun lamanya.

    Sekiranya berjaya mengekstrak emas sekalipun, ianya tidak berbaloi dengan kos yang terpaksa dikeluarkan untuk menampung usaha tersebut. Mengekstrak emas tidaklah semudah mengasingkan garam dari air laut.

    Sea_Gold [6]

    Garam merupakan satu-satunya mineral yang boleh di ekstrak dari lautan menerusi kaedah pengewapan. Malah, garam yang diasingkan dari satu mililiter kubik air laut hasilnya sangat banyak iaitu bersamaan 116,120 kilogram. Jumlah tersebut cukup untuk membekalkan garam ke seluruh dunia selama setahun.

    Namun, keadaan ini sangat jauh berbeza dengan emas. Walaupun logam kuning itu ditemui dalam larutan air laut, kandungannya tidak sebanyak garam yang telah diekstrak. Jumlah kandungan emas dalam air laut juga bergantung kepada lokasi dimana ia dilombong.

    Data yang dikumpulkan sejak tahun 1988 menunjukkan kepekatan emas paling tinggi dilaporkan telah datang dari sampel air laut yang di ambil dari Laut Bering yang merupakan sebahagian dari Lautan Pasifik.

    Jumlah emas yang banyak dalam lautan itu dikaitkan dengan aliran sungai dari Alaska dan Siberia. Sungai-sungai di dua buah negara terbabit memang terkenal memiliki emas yang banyak dan dipercayai telah mengalir masuk ke Laut Bering.

    Bering Sea Gold

    Selain itu, emas turut dikesan di lautan Nome di Alaska, California, Austria, Laut Atlantik dan Laut Pasifik.

    Kehadiran emas dalam air laut di sebahagian kawasan itu dipercayai terbentuk daripada bakteria. Bakteria seperti Chemosynthetic terbukti memiliki kebolehan dan sangat cekap menghasilkan emas, perak, tembaga, mineral dan logam berharga lain menerusi kaedah Akueus.

    Dan ketika ini, manusia hanya menunggu teknologi yang benar-benar sesuai dan cekap untuk mengaut kekayaan daripada limpahan air laut itu.