Tag: harga emas kuala pilah

  • Golongan Muda Mula Melabur Emas

    Golongan Muda Mula Melabur Emas

    Tekanan akibat peningkatan kos sara hidup ditambah pula penurunan nilai mata wang ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat ketika ini menyukarkan ramai rakyat Malaysia, dan mereka yang merasa cukup yakin, mengambil langkah menyimpan di luar negara atau membuat pelaburan emas.

    Ini termasuk seorang pelajar kolej, Muhammad Syarifuddin Mohd Jamil, 21, yang juga seorang peniaga emas sambilan.

    Pelajar kejuruteraan University of Wollongong di Australia itu mula melabur sejumlah kecil emas awal tahun lepas, selepas mengetahui mengenainya daripada satu seminar kewangan di Sydney.

    Selepas menghadiri seminar itu, Syarifuddin berkata, beliau merasakan terdapat keperluan untuk melakukan simpanan walaupun sedang belajar.

    Pelajar University of Wollongong, Australia Muhammad Syarifuddin Mohd Jamil berkata ada keperluan membuat simpanan walaupun sedang belajar. – Gambar Facebook, 13 Oktober, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/golongan-muda-giat-labur-emas-di-tengah-tengah-ketidaktentuan-ekonomi#sthash.NXRpy2HL.dpuf
    Pelajar University of Wollongong, Australia Muhammad Syarifuddin Mohd Jamil berkata ada keperluan membuat simpanan walaupun sedang belajar. – Gambar Facebook, 13 Oktober, 2015

    “Saya berminat dalam hartanah tetapi saya tidak mampu untuk membeli hartanah. Lalu saya membuat kajian dan mendapati emas dan perak pelaburan terbaik, ia lebih sesuai dan lebih mudah untuk saya perolehi” katanya dalam satu temubual.

    “Pergolakan politik di negara ini membimbangkan saya. Saya tahu tiada apa yang saya boleh lakukan sebagai seorang pelajar kecuali mula membuat perubahan kecil bagi menjamin masa depan saya.

    “Jadi, saya mula membeli emas 1 dinar (4.25g) dengan ketulenan 91.6. Ia diikuti satu lagi dinar emas dengan ketulenan 99.9,” kata Syarifuddin yang berasal dari Pulau Pinang.

    Pelajar itu pada mulanya mendapat tentangan dari keluarganya, yang bimbang dia akan menjadi mangsa kepada sindiket penipuan.

    Tetapi simpanan emasnya meningkat daripada satu dinar hingga 10 dinar.

    Dia juga bertemu dengan seorang peniaga yang kemudiannya menjadikan beliau sebagai anak murid selepas mendapat tahu beliau begitu bersemangat.

    “Dia memberi kepercayaan kepada saya dan itu membuatkan saya mahu melakukan lebih baik bagi menunjukkan orang muda seperti saya juga memikirkan tentang masa depan.

    “Bukan saja mahu mendapatkan pendidikan yang baik tetapi juga untuk memperoleh kekayaan semasa belajar,” kata Syarifuddin yang mengakui mahu menjadi jutawan sebelum umur 30 tahun.

    Beliau kini mempunyai pekerjaan sebagai peniaga emas dengan sebuah syarikat di Malaysia, sambil belajar di luar negara.

    Katanya, berniaga di luar Malaysia tidak mustahil selagi ada sambungan Internet yang baik.

    “Syarikat ini beroperasi 24 jam. Ia membolehkan orang ramai membeli emas pada bila-bila masa setiap hari. Anda boleh menyimpan dalam akaun emas yang disokong emas fizikal, atau menempah emas sebenar,” kata Syarifuddin.

    Dia masih membeli emas dan menggunakan komisen yang diperoleh daripada memperkenalkan pelanggan baharu untuk melabur semula dalam logam berharga itu.

    Dengan hampir 100 pelanggan yang membeli emas melaluinya bernilai lebih RM200,000 dalam 10 bulan lalu, Syarifuddin berkata keluarganya akhirnya memberikan sokongan selepas melihat kejayaannya.

    Beliau juga mengajar rakannya yang lain mengenai nilai membuat pelaburan dalam emas demi masa depan.

    “Kita tidak mempunyai wang yang banyak tetapi jika kita boleh mendisiplinkan diri kita membeli sekecil 1 gram sebulan sudah cukup baik,” katanya.

    Pelaburan emas di tengah ketidakpastian

    Pakar kewangan dan pelaburan Shan Saeed berkata, trend anak muda melabur dalam emas semakin berkembang ketika ramai daripada mereka sedar kepentingan membuat simpanan dalam bentuk aset selain wang tunai.

    Ketua Pakar Ekonomi IQI Holdings Shan Saeed bercakap mengenai trend anak muda melabur dalam emas ketika ditemubual, baru-baru ini
    Ketua Pakar Ekonomi IQI Holdings Shan Saeed bercakap mengenai trend anak muda melabur dalam emas ketika ditemubual, baru-baru ini

    Ketua pakar ekonomi IQI Holdings itu berkata, beliau memerhatikan peningkatan 20% dalam pelaburan emas di kalangan rakyat Malaysia dalam tempoh 4 tahun lepas, di mana anak muda dan pelajar memilih membeli emas manakala golongan dewasa yang berusia 30-an dan 40-an gemar melabur dalam sektor hartanah.

    “Jika anda mahu melindungi wang anda, emas, perak dan hartanah adalah simpanan yang dapat menyelamatkan anda ketika zaman berisiko ini,” kata Shan dalam satu wawancara.

    Pelajar kejuruteraan mekanikal Ahmad Sayuti Abu Khuzafar, 22, merupakan satu lagi contoh anak muda yang menceburi pelaburan ini.

    Pelajar Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Melaka itu berkata beliau terdorong untuk melabur dalam emas, walaupun sedang belajar, dengan harapan kehidupan selepas tamat pengajian tidak begitu membebankan.

    “Saya membeli emas beberapa bulan lalu. Saya mula berfikir tentang pelaburan emas selepas bersembang dengan kawan-kawan di kedai kopi,” kata Sayuti.

    Anak muda dari Perak itu berkata, beliau terpengaruh untuk melabur dalam emas selepas melakukan banyak penyelidikan serta atas nasihat seorang pencadang.

    “Mempunyai wang tunai adalah baik tetapi melihat bagaimana ringgit kita menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat sejak beberapa bulan lalu membuat saya merasa tidak selamat tentang masa depan saya.

    “Emas sentiasa menjadi mata wang yang sebenar, jadi saya fikir mengapa tidak. Ini bukan emas kertas. Ini fizikal dan saya membelinya dari sebuah syarikat terkemuka. Saya cuba untuk membeli sekurang-kurangnya 1 gram sebulan,” katanya.

    Ditanya sama ada beliau mempunyai matlamat khusus untuk simpanannya itu, Sayuti berkata beliau mahu mempunyai sekurang-kurangnya emas yang mencukupi supaya selepas tamat pengajian beliau mampu menggunakan simpanannya sebagai wang pendahuluan untuk memiliki kereta, atau pangsapuri, atau membayar pinjaman pelajarannya.

    Ia antara perkara yang semakin ramai graduan muda Malaysia berkata, mereka tidak mampu untuk membayarnya dengan gaji permulaan mereka.

    Menyimpan di luar negara

    Jeva dan anak saudaranya, Sree, bukan saja melabur dalam emas tetapi dalam deposit tetap dan mempunyai akaun simpanan dolar Amerika Syarikat di India dan Singapura.
    Enggan memberikan nama penuh mereka, Jeva, seorang ahli perniagaan dan Sree, seorang eksekutif syarikat minyak dan gas, berkata kebanyakan pelaburan emas mereka dibuat di India, di mana kadar faedahnya lebih baik.

    “Kadar faedah di sana lebih baik. Kami juga mempunyai harta sendiri di sana kerana kami memang sering ke India,” kata Jeva.

    Tahun lepas, keluarga mereka memutuskan untuk melabur dalam mata wang Amerika Syarikat di Singapura.

    “Ia satu akaun bersama di kalangan adik-beradik. Kami rasa kami perlu mempelbagaikan pelaburan kami,” kata Sree.

    Jeva berkata, ketidakstabilan ekonomi semasa menjadikan mereka lebih berhati-hati untuk melabur di Malaysia.

    “Kami mempunyai beberapa pelaburan di sini tetapi kami juga meletakkan wang di tempat lain. Pada usia ini, saya tidak fikir saya akan berhijrah. Malaysia masih kampung halaman kami biarpun banyak masalah berlaku.

    “Saya buat ini semua untuk anak-anak saya,” kata Jeva, bapa kepada dua anak.

    Pakar ekonomi Shan berkata, tidak mengejutkan rakyat Malaysia semakin gemar mengumpul aset dan membuat simpanan di luar negara.

    Tetapi masih ramai yang melabur di Malaysia, terutamanya dalam sektor hartanah, bon logam dan juga karya seni, katanya.

    Katanya, Malaysia masih mempunyai asas ekonomi yang kukuh, secara amnya, dan dianggarkan 95% daripada rakyat Malaysia masih mempercayai pelaburan dalam negara.

    Walaupun rakyat Malaysia berkecimpung dalam portfolio yang berbeza, sektor seni semakin menjadi satu trend baru, biarpun hartanah dan saham kekal menjadi keutamaan.

    “Tetapi oleh kerana kedudukan saham sangat tidak menentu sekarang, pelabur yang faham akan membawa keluar saham mereka dan berpindah ke pelaburan hartanah,” katanya.

    Beliau berkata, 4 tahun lalu menyaksikan peningkatan sebanyak 50% dalam pelaburan hartanah oleh rakyat Malaysia.

    Ringgit merosot kepada nilai terendah dalam tempoh 17 tahun dan merupakan mata wang paling teruk terjejas di Asia Tenggara.

    Selain harga komoditi yang tertekan dan faktor luaran lain, terdapat juga kebimbangan Malaysia kemungkinan sekali lagi terdedah kepada serangan spekulatif.

    Rakyat Malaysia kelas pekerja sekian lama bergelut dengan kos hidup yang tinggi, ditambah pula dengan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar 6%, April tahun ini

     

  • Harga Emas Naik Sebelum Raya Haji

    Harga Emas Naik Sebelum Raya Haji

    Market emas boommmm!! satu hari sebelum Hari Raya Haji 2015

    Indeks emas naik kepada 5935 selepas tukaran matawang ringgit jatuh kepada kadar paling rendah sejak berpuluh tahun lalu iaitu RM4.35/USD, untuk rekod selepas raya aidilfitri lalu indeks emas jatuh merosot kepada 5035 (mungkin mencecah bawah 5000) sebelum naik sehingga +RM23.81/gram akibat beberapa faktor seperti

    i)kejatuhan matawang/pasaran saham yuen
    ii)kekuatan US dollar meningkat
    iii)kelemahan nilai ringgit berbanding USD dan pasaran ant.
    iv)kejatuhan harga minyak dunia kepada 20/barrel
    v)skandal 2.6 itu……

    Pasaran harga emas di Malaysia ketika ini bergerak sgt drastik, dalam masa satu hari harga emas boleh jatuh sehingga plus minus RM1.98/gram pernah juga sehingga mencecah RM3-4 ringgit/gram sehari kerana pergerakan gila harga ringgit di pasaran yang tidak terkawal.

    Di pasaran antarabangsa, harga emas mengalami penurunan sepanjang 2015 (indeks 1300 -> 1120), di Malaysia pula indeks emas naik spjg tahun dari (RM127/gram -> RM157/gram ..999.9) walaupun jatuh teruk selepas hari raya puasa yang lalu.

    Update www.hrg.ms Hargaemas Trading Sdn Bhd 0392264232

    i) Jadual Harga emas hari ini 23-9-2015

     

    hargaemas 23-9-2015

    ii) Graf hargaemas 1 tahun USD/Oz

    gold_1_year_o_x_USD-23-9-2015

    iii) Graf hargaemas 1 tahun RM/gram

    gold_1_year_g_x_MYR-23-9-2015

     

     

     

  • Harga emas semasa 8-9-2015

    Harga emas semasa 8-9-2015

    hargaemas-8-9-15

    Harga emas Belian 8.9.15 Jam 10 pagi
    ULASAN: Nilai ringgit semakin parah, pada 2-3 minggu sebelum ini nilai ringgit hanya berlegar sekitar 4.2-4.3/USD sahaja,hari ini nilai ringgit jatuh menjunam kepada 4.35/usd menyebabkan kenaikan ketara emas melepasi indeks 5900, antara tertinggi tahun ini.

    Pelaburan emas Malaysia dijangka lebih kukuh minggu ini dan hadapan disebabkan pelabur akan menyimpan emas yang lebih selamat pada waktu mencabar disebabkan pasaran saham sangat tidak stabil, lebih banyak kaunter rugi berbanding untung

    Harga jualan emas scrap 916 : RM142.55/g
    Harga emas baru 916 : 146.68/g belum termasuk upah
    Harga emas bar 999.9 : RM157.37/g belum termasuk premium
    kami membeli emas terpakai, rosak, patah. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, emas lama, emas patah, bengkok, tebus surat pajak dan lain-lain lagi
    .
    whatsapp/sms/call : 012-2864232 hargaemas
    atau hubungi Ofis Hargaemas : 03-92264232
    Layari laman web kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkongsian berita-berita emas terkini.
    www.hargaemas.com.my/terkini/
    www.hargaemas.com.my
    www.hargaemas.my
    *harga emas belian yang dipaparkan adalah harga kami membeli emas tuan/puan dengan tunai segera

  • Harga emas semasa 3-9-2015

    Harga emas semasa 3-9-2015

    hargaemas-front-3-9-15

    hargaemas 3-9-15

    Harga emas Belian 3.09.15 Jam 10 pagi
    ULASAN: sejak indeks emas jatuh minggu lepas, tiada apa yang menarik berkenaan harga emas, harga emas cuma kelihatan statik sepanjang minggu ini

    Harga jualan emas scrap 916 : RM140.53/g
    Harga emas baru 916 : 144.58/g belum termasuk upah
    Harga emas bar 999.9 : RM155.13/g belum termasuk premium

    kami membeli emas terpakai, rosak, patah. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, emas lama, emas patah, bengkok, tebus surat pajak dan lain-lain lagi
    .
    whatsapp/sms/call : 012-2864232 hargaemas
    atau hubungi Ofis Hargaemas : 03-92264232
    Layari laman web kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkongsian berita-berita emas terkini.
    www.hargaemas.com.my/terkini/
    www.hargaemas.com.my
    www.hargaemas.my
    *harga emas belian yang dipaparkan adalah harga kami membeli emas tuan/puan dengan tunai segera

  • Ramai Menyerbu Kedai Emas Kuala Pilah

    Ramai Menyerbu Kedai Emas Kuala Pilah

    kedai-emas-kuala-pilah

    KUALA PILAH – Laporan harga emas murah di pekan ini yang tersiar dalam akhbar, semalam menarik minat orang ramai yang mula bercerita menerusi laman sosial.

    Sebahagian mereka masih tertanya-tanya mengenai kesahihan laporan itu, selain membuat andaian sendiri kemungkinan kualiti emas dijual adalah berbeza dengan tempat lain.

    Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-rata pengunjung di Sinar Online dan Facebook Sinar Harian teruja dengan laporan itu sehingga ada yang mengajak rakan untuk pergi ke Kuala Pilah membeli emas.

    Salah seorang pemilik Facebook yang dikenali sebagai Siti Zubaidah Mohd Shil berkata, dia dan ahli keluarganya memang pembeli setia emas di pekan ini.

    Memandangkan dia yang berasal dari daerah ini, katanya, setiap kali jika ibunya ingin membeli emas, pasti mereka akan membeli di sini kerana harga yang ditawarkan memang sangat murah, berbanding tempat lain.

    Selain itu, menurut Julia Shuadi, berita mengenai laporan itu adalah benar, kerana adiknya sendiri baru sahaja membeli emas di pekan ini.

    Begitu juga dengan Erma Watie, dia juga mengesahkan bahawa emas di situ murah berbanding di bandar Seremban.

    Menurutnya, rakannya yang bekerja di kedai emas sekitar Seremban memberitahu agar membeli emas di Kuala Pilah, kerana harga di Seremban mempunyai perbezaan sehingga mencecah RM25.

    Bagaimanapun, terdapat juga komen yang berpendapat ketulenan emas dijual di kedai-kedai emas di pekan ini meragukan, mungkin tidak berkualiti serta tidak tulen.

    Pemilik akaun FB Zaimi Abd Ghani memberitahu, emas yang dijual disitu hanya mempunyai nilai 60 peratus emas sahaja, dan bukannya emas asli.

    Namun, dakwaan itu disangkal Ramli Sharif yang menegaskan bahawa emas di Kuala Pilah adalah berkualiti, dan disahkan Ar Rahnu.

    Katanya, emas yang dijual adalah sama kualiti dengan kedai emas tempat lain, tidak wujudnya penipuan.

    Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di beberapa kedai emas di pekan ini mendapati, ia terus dipenuhi orang ramai.

    Pelanggan yang dikenali sebagai Maizura Ismail, 35, berkata, dia berkunjung ke kedai emas selepas membaca mengenai harga emas murah menerusi Sinar Harian.

    “Sebelum ini ada dengar sahaja emas murah di sini tapi tak pernah pergi. Bila tersiar dalam akhbar, barulah saya yakin dan singgah ke sini,” katanya.