Tag: harga emas kilang

  • Harga emas semasa 11-8-2015

    Harga emas semasa 11-8-2015

    hargaemas 11-8-2015

    Harga emas Belian 11.08.15 Jam 10 pagi
    ULASAN: Kejatuhan harga ringgit semalam sehingga 3.95-3.96 menyebabkan harga emas meningkat tinggi mencecah indeks 5305, bagaimanapun harga emas turun apabila pasaran tempatan dibuka pagi ini kepada 5280 (masih lagi tinggi), harga emas telah naik hampir +RM7.14/g selepas raya walaupun harga emas di pasaran antarabangsa sedang jatuh terburuk sejak 15 tahun,. Ketika ini value ringgit sangat lemah dan terus jatuh, manakala value emas semakin mahal ini membuktikan emas adalah komoditi yang mampu menampung kejatuhan matawang dan menjaga nilai harta anda dari terus merosot.

    Harga jualan emas scrap 916 : RM128.31/g
    Harga emas baru 916 : 131.64/g belum termasuk upah
    Harga emas bar 999.9 : RM140.80/g belum termasuk premium
    kami membeli emas terpakai, rosak, patah. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, emas lama, emas patah, bengkok, tebus surat pajak dan lain-lain lagi
    .
    whatsapp/sms/call : 012-2864232 hargaemas
    atau hubungi Ofis Hargaemas : 03-92264232
    Layari laman web kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkongsian berita-berita emas terkini.
    www.hargaemas.com.my/terkini/
    www.hargaemas.com.my
    www.hargaemas.my
    *harga emas belian yang dipaparkan adalah harga kami membeli emas tuan/puan dengan tunai segera

  • Elak Pakai Barang Kemas Ketika Ramadhan – Kes Pukau Tertinggi

    Elak Pakai Barang Kemas Ketika Ramadhan – Kes Pukau Tertinggi

    Pukau rokok antara kaedah untuk memastikan mangsa menyerahkan barangan dan wang kepada penjenayah.
    Pukau rokok antara kaedah untuk memastikan mangsa menyerahkan barangan dan wang kepada penjenayah.

    Polis Metropolitan Jakarta Raya mengingatkan masyarakat agar lebih berwaspada terhadap peningkatan kadar jenayah seperti rompakan menggunakan pukau pada bulan Ramadan.Polis  mendapati kejadian rompakan menggunakan cara pukau adalah kes jenayah paling tinggi berlaku ketika Ramadan.

    Peningkatan kadar jenayah itu didorong kerana keperluan harian yang mendesak pada bulan puasa.

    Sehubungan itu, pihak keselamatan terbabit mengingatkan masyarakat supaya lebih berwaspada dalan menjalani kegiatan harian.

    Seperti yang berlaku pada tahun sebelumnya, jenayah yang berlaku pada Ramadan terjadi dengan pelbagai modus operandi.

    “Berhati-hati dan tidak menjadikan diri mangsa dengan tidak memakai barang kemas atau membawa barangan berharga ketika berada tempat awam,” katanya jurucakap polis itu.

    Melalui data yang diperoleh, katanya, pukau antara jenayah paling tinggi berlaku ketika Ramadan dan ia biasanya terjadi kepada pengguna pengangkutan awam.

     

  • 200 CCTV pantau kilang emas

    200 CCTV pantau kilang emas

    kilang emasPENERBANGAN dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang yang mengambil masa selama 40 minit bagaikan tidak terasa. Ia mungkin disebabkan perasaan teruja untuk melawat sebuah kilang emas iaitu peluang yang jarang diperoleh.

    Di dalam hati sudah membayangkan si tukang emas mengerjakan jongkong emas hingga menjadi rantai, gelang dan cincin. Apatah lagi barang kemas itu mahal harganya sekarang.

    Di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas, penulis dijemput pengasas kilang dan peruncit emas Hana Gold, Datuk Hairulazwan Tamam. Hana Gold ialah sempena nama anak sulung beliau iaitu Humairah.

    “Sebenarnya saya berasal dari Ampang, Selangor. Ayah saya hanya seorang pemandu teksi manakala ibu suri rumah sepenuh masa,” Hairulazwan membuka cerita ketika kereta yang dipandunya bergerak perlahan menuju ke tempat penginapan penulis di ibu negeri Pulau Mutiara itu.

    “Sejak berumur lima tahun lagi saya berniaga makanan secara kecil-kecilan selain mengambil upah mencuci pinggan di kantin sekolah,” sambung Hairulazwan.

    Pendidikan lelaki ini pernah terhenti pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum beliau menyambung pengajian dalam bidang perniagaan di sebuah universiti di Australia beberapa tahun kemudian.

    Melawat kilang Hana Gold di Jalan Sungai Pinang, George Town memberikan pengalaman yang berbeza. Seperti yang dikatakan tadi, bukan semua orang dapat memasuki tempat yang amat bernilai ini.

    Kamera tersembunyi

    Modal untuk membuka kilang itu sahaja sekitar RM5 juta, dan pasti ia didatangkan sekali dengan ciri-ciri keselamatan tahap tertinggi.

    Hairulazwan memberitahu, aspek keselamatan itu meliputi faktor logistik, sistem dan pengurusan yang efektif.

    EMAS akan dileburkan sebelum dimasukkan ke dalam bekas acuan di kilang Hana Gold di Pulau Pinang.

     

    “Seperti kebanyakan kilang lain, pelawat dan pekerja perlu mengambil pas lawatan di bilik pengawal. Kemudian, mereka akan melalui beberapa pintu pagar besi yang terbuka secara automatik.

    “Di sini, terdapat 200 kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang bagi memantau pergerakan pekerja dan keadaan di sekeliling bangunan

    “CCTV pula ada yang boleh dilihat dengan mata kasar selain ada yang tersembunyi tanpa disedari pekerja. Kamera ini aktif 24 jam,” tegas beliau.

    Kilang itu terletak berdekatan dengan lapangan terbang, balai polis serta beberapa buah kilang emas yang lain.

    Boleh dikatakan tiada gambar yang boleh dirakam di premis ini khususnya gambar pekerja dan keseluruhan bangunan kilang dua tingkat itu.

    Pekerja Hana Gold pula dikehendaki mematuhi peraturan yang agak ketat.

    “Contohnya, jika pihak syarikat memberikan 200 gram emas mentah untuk diproses, barang kemas yang terhasil juga mestilah dalam lingkungan berat yang telah ditetapkan.

    “Dengan kata lain, pekerja kilang emas tidak akan dapat membawa keluar walaupun 1 gram emas,” ujarnya sambil memberitahu, kebanyakan pekerja syarikat itu mempunyai pertalian kekeluargaan antara satu sama lain.

    Teruja menceritakan proses penghasilan barang kemas, Hairulazwan berkata, kandungannya perlu 91.6 dan 99.0 peratus emas.

    “Itu standard yang ditetapkan mengikut piawaian dunia,” katanya.

    Harga semasa emas 999 (24K) ialah RM156.71 bagi 100 gram manakala emas 916 (22K) RM143.90 bagi 100 gram.

    Pelakon terkenal Hollywood, Nicole Kidman pernah memakai rantai leher antara yang termahal di dunia iaitu bernilai RM4 juta. Rantai emas yang disaluti berlian 2.5 karat itu dipakai semasa dia berlakon filem Moulin Rouge pada tahun 2001.

    Menurut Hairulazwan, rekaan setiap barang kemas dibuat menggunakan aplikasi komputer.

    “Kemudian, pekerja kilang akan melebur kepingan-kepingan kecil emas seberat 5 kilogram (kg) menggunakan mesin khas pada suhu sekitar 1000 darjah Celcius.

    “Selesai tahap itu, emas yang dilebur akan dimasukkan ke dalam bekas acuan berbentuk batang dan jongkong sebelum disejukkan menggunakan air sabun dan air paip dalam tempoh kurang seminit.

    Pembelian pukal

    “Kemudian, batang dan jongkong tadi dipotong dan dibentuk oleh pekerja menggunakan mesin mengikut rekaan yang diminta pelanggan,” katanya.

    Kaedah lain untuk menghasilkan barang kemas ialah menggunakan replika pokok yang diperbuat daripada lilin dan tanah liat. Pokok itu kelihatan seperti bunga emas yang dijadikan ufti semasa zaman raja-raja Melayu dahulukala.

    MEMILIKI aksesori emas seperti gelang, rantai dan cincin sememangnya menjadi idaman setiap wanita.

     

    “Daun-daun pokok itu akan dibuat katalah dalam bentuk cincin. Biasanya ada kira-kira 100 helai bunga cincin pada sebatang pokok. Selepas itu, bunga-bunga cincin tadi disadurkan dengan emas. Setelah cincin emas terbentuk, proses seterusnya ialah menyingkirkan lilin dan tanah liat menggunakan mesin khas.

    “Ini bagi memastikan emas, tembaga dan platinum sahaja yang menjadi bahan asas barang kemas berkenaan.

    “Selepas dikeringkan, cincin itu selalunya akan terus berkilau,” katanya.

    Menurut Hairulazwan, tiada tempoh tertentu untuk seorang tukang emas mahir menghasilkan aksesori emas kerana kebanyakan proses tersebut menggunakan peralatan moden.

    Tambahnya, seramai 60 pekerjanya mendapat ilmu daripada tukang emas terdahulu.

    Hairulazwan juga sempat berkongsi kisahnya menghasilkan gelang dan rantai sendiri untuk diberikan kepada isterinya pada ulang tahun kelahiran wanita itu.

    “Siapa tak sayangkan isteri, hadiah itu agak kecil berbanding pengorbanannya,” ujarnya berfalsafah.

    Difahamkan, Hana Gold menjual barangan kemas tersebut di 14 cawangan kedai emasnya mengikut harga semasa. Apa yang menarik, ia tidak mengenakan kos upah seperti yang diamalkan kebanyakan pengusaha kedai emas lain.

    Menurut Pengarah Pemasaran Hana Gold, Nadia Yahaya, pihaknya tidak mengenakan caj upah memandang setiap kali membeli emas mentah, mereka membelinya sehingga 100 kilogram secara pukal dari pasaran dunia semasa harganya agak kompetitif.

    “Jadi kos tersebut dapat diserap tanpa perlu caj tambahan ke atas pembeli,” katanya.

    Bagi pemilik Hana Gold cawangan Putrajaya, Dayangku Ramlah Awang Win, 38, berniaga emas banyak kelebihannya.

    “Wanita sememangnya menggemari emas. Tambahan pula, barangan kemas rekaan Hana Gold boleh dikatakan cantik-cantik tetapi berharga lebih murah. Jadi inilah masa yang sesuai untuk wanita di luar sana membeli barang kemas sama ada untuk dipakai atau dijadikan pelaburan,” katanya.

    Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1110&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2kLZd6oxD
    Hakcipta terpelihara

  • Harta yang tak disangka didalam makmal

    Harta yang tak disangka didalam makmal

    Rene Bernier, seorang instruktor makmal di Pusat Sains Bowdoin Campus menjumpai suatu harta yang tidak disangka ketika membersihkan makmal yang lama tidak dibuka. Beliau menemui sebentuk jongkong emas nipis yang digunakan untuk analisis elektometer.

    emas dalam makmal

     

    Jongkong emas nipis ini dipercayai dibeli pada tahun 1930 pada harga $84 atau kira-kira RM250, nilai sekarang dianggarkan RM20,000.00

    Menurut Rene, dalam amali elektrolisis moden,  jongkong emas yang bersaiz seperti ini sudah tidak digunakan sebagai elektrod dan diganti dengan besi (ferum). Beliau kemudiannya memulangkan harta yang dijumpai kepada Bendahari kampus untuk menilai nilai emas tersebut dan akhirnya mereka berjaya menjual kepada sebuah kilang dengan harga RM20,137.00.

    emas dalam makmal 2
    Rene memulangkan ‘harta’ yang dijumpai kepada bendahari kampus

    Kami gembira dan teruja apabila Rene melangkah masuk ke pejabat dengan harta karun, kata Catherine Longley, Timbalan Ketua pegawai kewangan dan Bendahari kampus. Jumlah jualan yang diperolehi akan digunakan untuk meningkatkan keupayaan makmal kampus dan instruktor.