Tag: harga emas kelantan

  • Jin jaga lombong emas Gua Musang

    Jin jaga lombong emas Gua Musang

    Mungkin ramai yang tidak tahu, ada golongan lelaki di daerah ini menjadikan aktiviti mendulang emas sebagai mata pencarian utama, apatah lagi apabila penglibatan itu sudah bertahun lamanya.

    Bagaimanapun, aktiviti ini bukan boleh dilakukan oleh calang-calang orang kerana sekiranya tidak cukup ilmu di dada, sudah pasti kembara di hutan itu tidak berhasil dan akhirnya pulang dengan tangan kosong tanpa emas.

    Kisah misteri si pendulang emas

    Mengakui banyak pantang larang dan kejadian misteri yang pernah dilalui sepanjang proses mendulang emas, lelaki berusia 26 tahun ini berkata, kerja-kerja ini bukanlah jalan alternatif untuk kaya sekiranya kesabaran diketepikan.

    Menurut Wan Nurul Firki Wan Abdullah, dia mula terlibat dalam pencarian emas sejak berusia 12 tahun lagi, di mana ketika itu dia mengikut bapanya ke hutan.

    Bapanya ketika itu menyara keluarga dengan hasil khazanah alam itu.

    Menurutnya, ketika berusia 18 tahun, dia pernah melalui pengalaman diganggu ketika mendulang emas di mana ketika sedang mengayak, dia didatangi sekumpulan ular yang mengelilinginya di pinggir sungai.

    “Ketika mengayak, saya sudah nampak emas sebesar biji jagung ‘naik’ dalam dulang. Ketika tu juga saya rasa ada sesuatu yang tarik kaki saya dan tiup telinga.

    “Selepas tu, ada pula sekumpulan ular kecil yang banyak datang keliling saya, tapi saya tak kena patuk,” katanya kepada Sinar Harian.

    Firki berkata, sebelum ini ayahnya pernah berpesan jika ada gangguan dia kena lawan.

    “Ayah saya juga pesan kalau kita putus asa, kita tak akan dapat emas tu kerana apa yang muncul tu adalah penunggu kawasan.

    “Saya juga difahamkan kawasan yang ada emas akan ada penunggu termasuk jin dan ular,” katanya.

    Tambah Firki, kebiasaannya cara untuk menghalau gangguan itu adalah dengan membaca surah Al-Fatihah, selawat, tiga Qul (Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas) dan ayat Kursi.

    “Kalau kita ‘lawan’ dia dengan cara bertahan dan tak hiraukan gangguan tu, kita akan dapat lebih banyak hasil emas. Kalau kita tak lawan, mungkin pulang dengan tangan kosong.

    “Sebelum saya mendulang, saya akan ambil wuduk dan niat atas perkara yang baik-baik. Selain tu, pantang larang emas ni kita tak boleh terlalu banyak bercakap atau buat bising.

    “Kalau dapat sekalipun, kita kena diam saja. Tak boleh cakap besar. Ada masa, kita gali luas namun sedikit saja dapat emas. Esoknya kita gali sedikit di kawasan sama, boleh banyak hasil. Ini dinamakan rezeki,” katanya.

    Menurutnya, sepanjang 14 tahun terlibat dalam aktiviti mendulang emas, dia mampu menyara keluarganya dengan hasil penjualan emas selain membeli kebun dan belanja untuk majlis perkahwinannya.

    Muncul api atas bukit

    Sementara itu, bagi pemilik salah satu syarikat perlombongan emas di daerah ini, Mohd Razali Ibrahim, 55, berkata, dia pernah didatangi api di atas bukit ketika sedang mendulang emas.

    Katanya, api berkenaan dilihat marak seolah-olah membakar bukit yang berada 100 meter daripada tempat dia mendulang, namun kejadian itu gagal dirakam menggunakan telefon bimbit.

    “Kejadian tu berlaku dua bulan lalu, saya nampak api atas bukit. Saya hanya tengok dan ada rakan mahu merakam, namun bila rakaman dipasang api itu hilang dan bila ditutup api nyala semula.
    “Masa berlaku tu kira-kira jam 9 malam, api tu tak ganggu kami. Saya tak ada pengalaman mengenai kejadian ini dan tak tahu apa petandanya. Mungkin orang lebih arif tahu,” katanya.

    Kisah misteri si pendulang emas

    Namun, menurutnya, seperti kepercayaan orang-orang tua, sememangnya ada makhluk lain di kawasan hutan dan orang ramai tidak boleh melakukan perkara yang tidak senonoh di kawasan berkenaan.

    “Kalau orang-orang tua dulu, mereka selalu cakap dengan makhluk di satu-satu tempat seperti meminta izin dan sebagainya. Namun, saya rasa ia tak patut diamalkan kerana makhluk yang ada di hutan juga makhluk ALLAH seperti kita.

    “Namun kita tak nampak ia sedangkan ia nampak kita. Elak buat perkara tak baik contohnya kencing merata tempat dan buat bising,” katanya.

    Jin jaga kawasan emas

    Bagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Lan, sepanjang penglibatan dalam kerja-kerja mendulang emas, dia tidak pernah berdepan gangguan yang teruk kerana sering mengingati pesan orang-orang tua.

    Katanya, sekiranya menemui banyak hasil emas ketika mengayak, dia tidak akan mengatakan ‘banyak’ namun perlu menggunakan perkataan ‘lebat’.

    Kisah misteri si pendulang emas

    “Kalau ada banyak, kita tak boleh kata banyak kena kata lebat. Kalu dapat besar, kena guna perkataan kasar. Contohnya, ‘kasarnya barang yang ada di sini’.

    “Kita tahu setiap kawasan ada emas mesti ada penunggu dan penunggu itu adalah jin. Jadi, jagalah kelakuan kita dalam hutan dan tak boleh terlalu riak.

    “Namun dah lama saya tak masuk ke hutan untuk mengayak kerana kekangan masa dan keluarga. Mungkin bila dah lega sedikit, saya akan masuk hutan semula,” katanya.

  • Dinar Kelantan Rugi 0.02 Juta Diaudit, 1MDB 42,000 Juta?

    Dinar Kelantan Rugi 0.02 Juta Diaudit, 1MDB 42,000 Juta?

    dinar-kelantan

    Audit Negara dalam laporan siri keduanya melaporkan KGT, pengeluar dinar kelantan rugi sebanyak RM0.02juta ataupun RM20,000 pada tahun 2012, tetapi tiada laporan berkenaan 1MDB  yang rugi hampir RM42,000 juta dilaporkan malah audit pun mungkin belum pun bermula, seperti kata pepatah Kuman Di Seberang Laut Nampak, Gajah Di Hadapan Mata Tak Nampak.

    Skandal KGT ini pernah dilaporkan dimedia massa sebelum ini kononnya seorang Exco negeri terlibat dalam skandal melibatkan kerugian berjuta-juta dialami negeri kelantan , tetapi selepas diaudit kerugian sebenarnya 0.02 juta je iaitu RM20 ribu je pada tahun 2012 dan pada 2013 hampir semua syarikat pengeluar emas mengalami kerugian kerana kejatuhan harga emas yang drastik seperti graf dibawah.gold_5_year_g_x_MYR-16-6-2015

    Laporan dari bernama seperti dibawah:

    KOTA BHARU – Perolehan dinar dan dirham tanpa perjanjian dan penyerahan dinar dan dirham yang dibuat sebelum bayaran diterima adalah antara kelemahan dalam pengurusan aktiviti dan kewangan syarikat Kelantan Gold Trade Sdn Bhd (KGT), demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 2.

    Kelemahan lain yang dikesan dalam anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu ialah aktiviti pembelian balik tanpa prosedur dan kawalan, dinar dan dirham tiada sijil ketulenan dan agen pemasaran tidak menandatangani serta mematuhi syarat perjanjian.

    p125 husam putrajaya dinar emas

    Pengurusan stok dinar dan dirham yang kurang memuaskan, tiada surat lantikan bagi ketua pegawai eksekutif, penasihat, pengarah dan pengarah eksekutif syarikat, dan aset tidak dimanfaatkan bagi menjana pendapatan kepada syarikat juga merupakan antara kelemahan yang dikesan, demikian menurut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat, hari ini.

    Laporan itu menyebut prestasi kewangan kurang memuaskan kerana syarikat tersebut mengalami kerugian bersih berjumlah RM0.02 juta pada 2012 dan RM0.63 juta pada 2013.

    Pengauditan yang dijalankan pada Ogos hingga Oktober 2014 itu mendapati tadbir urus korporat KGT memuaskan namun ada beberapa kelemahan dalam pengurusan aktiviti dan pengurusan kewangan.

    Pihak audit telah mengesyorkan KGT mengambil beberapa langkah mengatasi kelemahan itu termasuk melaksanakan kajian semula terhadap penggunaan dinar dan dirham sebagai mata wang Syariah di Kelantan khususnya dan di Malaysia amnya bagi memastikan objektif penubuhan KGT tercapai.

  • Emas Kelantan Mutu Lebih Baik Dari Semua?

    Emas Kelantan Mutu Lebih Baik Dari Semua?

    emas-kelantan-mutu-terbaik

    KLANG – Faktor upah dan pelbagai kos lain menyebabkan harga emas melambung tinggi dan berbeza antara satu kedai dengan kedai yang lain di Selangor.

    Peniaga emas, Siti Hamimmah Mohd Amin, 40, berkata, kebanyakan perniagaan emas Bumiputera di negeri ini didominasi peniaga yang berasal dari Kelantan.

    “Kebanyakan mereka mengambil emas dari Kelantan memandangkan tukang emas yang bertindak mereka dan membentuk emas beroperasi di sana.

    “Kos upah membentuk barangan kemas adalah tinggi dan disebabkan itu harga barangan kemas lebih dari yang disangkakan.

    “Namun begitu, harga yang dikenakan bagi setiap reka bentuk barangan kemas adalah berbeza-beza bergantung kepada saiz dan coraknya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kedai emas kakaknya, semalam.

    Menurutnya, kos penghantaran dan sewa kedai turut mendorong kedudukan harga emas.

    “Di Selangor, kos sewa kedai adalah tinggi…jika kedudukan kedai emas itu dalam pasar raya atau di lokasi tumpuan ramai, harga emasnya lebih mahal.

    “Apatah lagi bila barang kemas itu melalui proses penjenamaan hingga ia terkenal sebagai barangan kemas ‘branded’ dan dikenali umum.

    “Proses penjenamaan itu juga meliputi pelbagai kos termasuk kos periklanan di media massa dan elektronik,” katanya.

    Beliau berkata, pihaknya mengakui perbezaan antara barangan kemas berjenama dan biasa tidak banyak bezanya.

    “Kualiti dan reka bentuknya hampir sama cuma syarikat yang mengeluarkan barangan kemas itu mempunyai nama yang tersohor dan dikenali ramai.

    “Malah kedudukan kedainya juga di lokasi tumpuan ramai serta mempunyai banyak cawangan di seluruh negeri,” katanya.

    Dalam pada itu, peniaga, Ruzaini Mohd Amin, 46, berkata, setiap negeri mempunyai persatuan masing-masing dan di negeri ini persatuan meletakkan harga emas 916 ialah RM170 bagi setiap satu gram.

    “Terdapat segelintir peniaga meletakkan harga lebih murah daripada harga berkenaan.

    “Jadi di situ berlaku perbezaan harga antara satu kedai dengan kedai yang lain…namun begitu pembeli harus bijak dengan menilai kualiti barangan kemas yang dibeli.

    “Memang harganya murah namun adakah kualitinya sama dengan kedai emas lain?,” soalnya.

    Katanya lagi, dalam kebanyakan emas di negara ini, emas dari Kelantan disifatkan terbaik dari segi kualitinya.

    “Emas 999 yang digelar emas 10 (24 karat) disifatkan emas terbaik di sana namun begitu di sini emas 916 (22 karat) paling popular dan mendapat tempat.

    “Jangan mudah tertipu bila membeli emas menerusi promosi yang tidak masuk akal.

    “Emas mahal harganya…jika diskaun yang diberi terlalu banyak…itu bermaksud kualiti emas itu tidak setanding dengan emas yang sebenarnya,” katanya.

  • Pameran Al-Quran, Emas & Perak di Muzium Kelantan

    Pameran Al-Quran, Emas & Perak di Muzium Kelantan

    Sepanjang 1 Mei hingga 31 Ogos, Muzium negeri Kelantan akan mengadakan pameran Al-Quran, Emas dan perak, sesuai sebagai salah satu acara cuti sekolah akan datang jika anda ingin melawat negeri pantai timur. Antara item yang menarik adakah Al-Quran yang bersadur emas dan perak berusia lebih 600 tahun dari Dinasti Ming serta pameran emas-emas kelantan dan perak yang kami confirm semua orang tahu dengan keindahan dan keaslian negeri che siti wan kembang ini. berikut adalah info dari Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan. (facebook). Tiket yang disediakan adalah RM5.00 untuk dewasa, RM3.00 untuk kanak2 dan RM2.00 untuk mereka yang beruniform.

     

    pameran emas negeri kelantan

     

    PAMERAN AL QURAN EMAS & PERAK : KHAZANAH ISLAM DARI CHINA akan berlangsung dari 1 Mei 2012 sehingga 31 Ogos 2012 bertempat di Galeri Muzium Negeri, Kelantan. Anda semua dijemput hadir untuk menyaksikan keindahan Al-Quran bersadur EMAS dan PERAK berusia lebih 600 tahun dari Dinasti Ming.
    Harga Tiket :
    Dewasa : RM5.00
    Kanak-kanak: RM3.00
    Pelajar Sekolah Beruniform : RM2.00