Tag: harga emas bank

  • Kenapa pelaburan emas bukan fizikal merugikan?

    Kenapa pelaburan emas bukan fizikal merugikan?

    image

    Ketika era kenaikan pesat harga emas memuncak bermula pada 2008 hingga 2012, banyak bank-bank korporat yang bermodal lebat membuka akaun-akaun emas yang tidak bersandar pada emas fizikal, kebanyakannya cuma memberi peluang kepada pelabur memegang nilaian emas gram atau nav, unit atau apa saja panggilan mereka, tetapi setiap pembelian unit pelabur tidak 100% dilaburkan kepada emas fizikal.

    Kemana perginya semua duit yang dilaburkan? dan kenapa harga emas dunia turun?

    Dengan demand yang tinggi pada emas sekitar 2011-2012, tiba-tiba harga emas merosot jatuh setiap hari, sehingga hari ini, harga emas berada paras terendah jauh dari anggaran-anggaran pakar pelaburan bank dunia yang menjangka harga emas boleh naik sehingga USD3000, atau USD5000. harga emas sekarang bakal berada dibawah usd1200 beberapa minggu lagi

    Untuk memahami kenapa penurunan emas berlaku bukannya roket sains, tidak perlu ijazah kewangan pun, ia berbalik kepada siapa yang mengawal harga emas?

    Dari wikipedia, harga emas dunia ditentukan di “london fix gold” oleh 5 bank seperti HSBC, Barclay… dan dipengerusikan oleh Roschild (keluarga terkaya didunia), background keluarga ini saya biarkan anda google sendiri, yang penting bagaimana mereka mengaut keuntungan berbilion dari duit pelaburan anda.

    Pada awalnya harga emas dunia bergantung kepada stock dan demand fizikal gold per tonnes, apabila wujud demand untuk membeli emas tonnes by tonnes, harga emas akan naik sedikit demi sedikit, dan harga akan turun apabila emas dijual balik tonnes by tonnes.

    Contohnya Bank A adalah bank pusat emas memiliki 50 tan emas, tan pertama dijual rm1juta/tan, tan kedua dijual rm2juta/tan dan begitu seterusnya, sekiranya pihak pembeli menjual balik 1 tan emas kepada Bank A, harga emas akan turun rm1juta/tan , jika 2 tan dijual balik, harga akan turun rm2juta/tan dan seterusnya.

    Bagaimana jika Bank A sudah menjual 50 tan emas, dan tidak lagi memiliki aset emas fizikal untuk dijual? sepatutnya mereka sudah  tarik diri dari berniaga bukan?

    Tidak, mereka terus berniaga dengan kaedah lain, suatu manipulasi terancang, caranya mereka memperkenalkan pelaburan emas diatas kertas, tidak bersandar dengan jumlah emas fizikal yang mereka miliki, dan spekulator diupah untuk meniup kencang propaganda harga emas akan naik, dan ramai pelabur membeli kertas-kertas emas ini.

    Sampai ke satu tahap harga emas telah naik pada anggaran dirancang, Bank A yang terlibat dalam mengawal harga emas dunia, mula menurunkan harga emas, dan ramai pelabur emas fizikal yang panik menjual emas pada harga yang lebih rendah, jadi Bank A dapat membeli emas fizikal pelabur pada harga yang rendah sedikit demi sedikit.

    Yang pastinya Bank A tidak bertindak sendirian, rantaian bank-bank kaki kaki MLM mereka turut bertindak bersama membuka dan mempromosikan emas bukan fizikal ini.

    Jika hanya emas fizikal sahaja dibenarkan diniagakan, harga emas tidak akan jatuh begini, sekiranya dari awal Bank A kehabisan stok emas fizikal, mereka tidak boleh menjual lagi kecuali restock emas fizikal baru dari lombong lombong emas.

    Harga emas naik terlampau tinggi sebelum ini kerana Bank A masih menjual emas tonnes by tonnes diatas kertas walaupun emas fizikal itu sendiri tidak wujud, sama seperti print duit kertas, menyebabkan manipulasi harga emas berlaku.

    Dari pelbagai seminar perbentangan harga emas sebelum ini, emas fizikal yang wujud hari ini tidak sebanyak unit emas yang telah dijual, jika anda memiliki emas fizikal, anda sangat beruntung berbanding mereka yang hanya memiliki unit/akaun emas, jika semua pelabur emas bukan fizikal menukar pelaburan mereka kepada emas fizikal, Bank A pasti tercungap-cungap untuk menggantikannya kerana aset mereka tidak sebanyak amaun yang mereka jual.

    Apabila tiba masa pelabur-pelabur akaun emas ini akan menukar aset kertas mereka kepada emas fizikal dari Bank A, kerana tidak tahan dengan kerugian hari demi hari, demand emas fizikal akan naik dan harga emas pun naik berganda-ganda.

    Maka inilah masanya pelabur emas fizikal menjana keuntungan ketika harga emas naik akan datang. Buat masa ini, simpan dan terus membeli emas fizikal selagi boleh dan yang untungnya harga emas sangat rendah sekarang.

    Shahrul emas www.hrg.ms Hargaemas Trading
    Wsapp: 0122301015

  • HSBC Dituduh Memanipulasi Harga Silver Dunia

    HSBC Dituduh Memanipulasi Harga Silver Dunia

    hsbc-gold

    Bank HSBC, Deutsche Bank dan Nova Scotia Bank kini didakwa cuba menipu harga pasaran silver dunia.

    Menurut J Scott Nicholson, pelabur yang  memfailkan tuntutan saman di Amerika Syarikat, bank-bank tersebut menyalahgunakan kedudukan mereka yang sepatutnya bertindak mengawal paras harga perak dunia  tetapi bertindak bertentangan apabila cuba memanipulasi harga perak dunia untuk meraih keuntungan yang tidak sah daripada dagangan.

    Ini telah menjejaskan pelabur-pelabur dunia yang lain dalam pelaburan perak  yang bernilai kira-kira $5 trilion dollar, ramai pelabur membuat keputusan pelaburan mereka berdasarkan penanda aras yang ditentukan oleh bank-bank berikut tanpa sedar penanda aras tersebut telah dimanipulasikan.

    Dengan memfailkan saman itu, Nicholson mendakwa bank-bank tersebut melanggar undang-undang antitrust dan Akta Bursa Komoditi, dan beliau berharap untuk mewakili golongan pelabur yang telah membeli kontrak hadapan perak sejak 1 Januari 2007  “Mereka terlalu berahsia ini menyebabkan pasaran harga perak boleh dimanipulasi “katanya.

    gold-fixing-hsbc

    “Defendan mempunyai modal yang kukuh dan peranan utama yang membolehkan mereka  mengawal harga perak fizikal dan pelaburan perak lainnya  dalam pasaran sebelum dihebahkan kepada umum, ini membolehkan mereka meraih keuntungan besar, dan tidak sah.”

    Jurucakap Bank of Nova Scotia memberitahu Bloomberg mereka akan mempertahankan diri dalam tuntutan saman tersebut manakala HSBC dan Deutsche Bank belum memberi sebarang komen.

    barclay-gold-fixing

    Tuntutan ini adalah yang terbaru dalam beberapa siri saman pelabur komoditi logam terhadap bank. Ketiga-tiga bank sebelum ini telah pun dibawa ke mahkamah lebih awal kerana bertindak diluar undang-undang dalam menetapkan harga emas di pasaran dunia, Barclays Bank telah pun didenda sebanyak £ 26 juta oleh pengawal selia UK pada awal tahun ini selepas salah seorang pelabur mereka didapati cuba untuk menetapkan harga logam emas di pasaran.