Tag: harga emas 2013

  • 200 CCTV pantau kilang emas

    200 CCTV pantau kilang emas

    kilang emasPENERBANGAN dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang yang mengambil masa selama 40 minit bagaikan tidak terasa. Ia mungkin disebabkan perasaan teruja untuk melawat sebuah kilang emas iaitu peluang yang jarang diperoleh.

    Di dalam hati sudah membayangkan si tukang emas mengerjakan jongkong emas hingga menjadi rantai, gelang dan cincin. Apatah lagi barang kemas itu mahal harganya sekarang.

    Di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas, penulis dijemput pengasas kilang dan peruncit emas Hana Gold, Datuk Hairulazwan Tamam. Hana Gold ialah sempena nama anak sulung beliau iaitu Humairah.

    “Sebenarnya saya berasal dari Ampang, Selangor. Ayah saya hanya seorang pemandu teksi manakala ibu suri rumah sepenuh masa,” Hairulazwan membuka cerita ketika kereta yang dipandunya bergerak perlahan menuju ke tempat penginapan penulis di ibu negeri Pulau Mutiara itu.

    “Sejak berumur lima tahun lagi saya berniaga makanan secara kecil-kecilan selain mengambil upah mencuci pinggan di kantin sekolah,” sambung Hairulazwan.

    Pendidikan lelaki ini pernah terhenti pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum beliau menyambung pengajian dalam bidang perniagaan di sebuah universiti di Australia beberapa tahun kemudian.

    Melawat kilang Hana Gold di Jalan Sungai Pinang, George Town memberikan pengalaman yang berbeza. Seperti yang dikatakan tadi, bukan semua orang dapat memasuki tempat yang amat bernilai ini.

    Kamera tersembunyi

    Modal untuk membuka kilang itu sahaja sekitar RM5 juta, dan pasti ia didatangkan sekali dengan ciri-ciri keselamatan tahap tertinggi.

    Hairulazwan memberitahu, aspek keselamatan itu meliputi faktor logistik, sistem dan pengurusan yang efektif.

    EMAS akan dileburkan sebelum dimasukkan ke dalam bekas acuan di kilang Hana Gold di Pulau Pinang.

     

    “Seperti kebanyakan kilang lain, pelawat dan pekerja perlu mengambil pas lawatan di bilik pengawal. Kemudian, mereka akan melalui beberapa pintu pagar besi yang terbuka secara automatik.

    “Di sini, terdapat 200 kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang bagi memantau pergerakan pekerja dan keadaan di sekeliling bangunan

    “CCTV pula ada yang boleh dilihat dengan mata kasar selain ada yang tersembunyi tanpa disedari pekerja. Kamera ini aktif 24 jam,” tegas beliau.

    Kilang itu terletak berdekatan dengan lapangan terbang, balai polis serta beberapa buah kilang emas yang lain.

    Boleh dikatakan tiada gambar yang boleh dirakam di premis ini khususnya gambar pekerja dan keseluruhan bangunan kilang dua tingkat itu.

    Pekerja Hana Gold pula dikehendaki mematuhi peraturan yang agak ketat.

    “Contohnya, jika pihak syarikat memberikan 200 gram emas mentah untuk diproses, barang kemas yang terhasil juga mestilah dalam lingkungan berat yang telah ditetapkan.

    “Dengan kata lain, pekerja kilang emas tidak akan dapat membawa keluar walaupun 1 gram emas,” ujarnya sambil memberitahu, kebanyakan pekerja syarikat itu mempunyai pertalian kekeluargaan antara satu sama lain.

    Teruja menceritakan proses penghasilan barang kemas, Hairulazwan berkata, kandungannya perlu 91.6 dan 99.0 peratus emas.

    “Itu standard yang ditetapkan mengikut piawaian dunia,” katanya.

    Harga semasa emas 999 (24K) ialah RM156.71 bagi 100 gram manakala emas 916 (22K) RM143.90 bagi 100 gram.

    Pelakon terkenal Hollywood, Nicole Kidman pernah memakai rantai leher antara yang termahal di dunia iaitu bernilai RM4 juta. Rantai emas yang disaluti berlian 2.5 karat itu dipakai semasa dia berlakon filem Moulin Rouge pada tahun 2001.

    Menurut Hairulazwan, rekaan setiap barang kemas dibuat menggunakan aplikasi komputer.

    “Kemudian, pekerja kilang akan melebur kepingan-kepingan kecil emas seberat 5 kilogram (kg) menggunakan mesin khas pada suhu sekitar 1000 darjah Celcius.

    “Selesai tahap itu, emas yang dilebur akan dimasukkan ke dalam bekas acuan berbentuk batang dan jongkong sebelum disejukkan menggunakan air sabun dan air paip dalam tempoh kurang seminit.

    Pembelian pukal

    “Kemudian, batang dan jongkong tadi dipotong dan dibentuk oleh pekerja menggunakan mesin mengikut rekaan yang diminta pelanggan,” katanya.

    Kaedah lain untuk menghasilkan barang kemas ialah menggunakan replika pokok yang diperbuat daripada lilin dan tanah liat. Pokok itu kelihatan seperti bunga emas yang dijadikan ufti semasa zaman raja-raja Melayu dahulukala.

    MEMILIKI aksesori emas seperti gelang, rantai dan cincin sememangnya menjadi idaman setiap wanita.

     

    “Daun-daun pokok itu akan dibuat katalah dalam bentuk cincin. Biasanya ada kira-kira 100 helai bunga cincin pada sebatang pokok. Selepas itu, bunga-bunga cincin tadi disadurkan dengan emas. Setelah cincin emas terbentuk, proses seterusnya ialah menyingkirkan lilin dan tanah liat menggunakan mesin khas.

    “Ini bagi memastikan emas, tembaga dan platinum sahaja yang menjadi bahan asas barang kemas berkenaan.

    “Selepas dikeringkan, cincin itu selalunya akan terus berkilau,” katanya.

    Menurut Hairulazwan, tiada tempoh tertentu untuk seorang tukang emas mahir menghasilkan aksesori emas kerana kebanyakan proses tersebut menggunakan peralatan moden.

    Tambahnya, seramai 60 pekerjanya mendapat ilmu daripada tukang emas terdahulu.

    Hairulazwan juga sempat berkongsi kisahnya menghasilkan gelang dan rantai sendiri untuk diberikan kepada isterinya pada ulang tahun kelahiran wanita itu.

    “Siapa tak sayangkan isteri, hadiah itu agak kecil berbanding pengorbanannya,” ujarnya berfalsafah.

    Difahamkan, Hana Gold menjual barangan kemas tersebut di 14 cawangan kedai emasnya mengikut harga semasa. Apa yang menarik, ia tidak mengenakan kos upah seperti yang diamalkan kebanyakan pengusaha kedai emas lain.

    Menurut Pengarah Pemasaran Hana Gold, Nadia Yahaya, pihaknya tidak mengenakan caj upah memandang setiap kali membeli emas mentah, mereka membelinya sehingga 100 kilogram secara pukal dari pasaran dunia semasa harganya agak kompetitif.

    “Jadi kos tersebut dapat diserap tanpa perlu caj tambahan ke atas pembeli,” katanya.

    Bagi pemilik Hana Gold cawangan Putrajaya, Dayangku Ramlah Awang Win, 38, berniaga emas banyak kelebihannya.

    “Wanita sememangnya menggemari emas. Tambahan pula, barangan kemas rekaan Hana Gold boleh dikatakan cantik-cantik tetapi berharga lebih murah. Jadi inilah masa yang sesuai untuk wanita di luar sana membeli barang kemas sama ada untuk dipakai atau dijadikan pelaburan,” katanya.

    Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1110&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2kLZd6oxD
    Hakcipta terpelihara

  • Suspek Rompak Kedai Emas Temerloh Lolos Diri Guna Kargo

    Suspek Rompak Kedai Emas Temerloh Lolos Diri Guna Kargo

    TEMERLOH: Polis tidak menolak kemungkinan enam lelaki yang merompak barang kemas bernilai RM3.2 juta di Mentakab dua hari lepas, turut menggunakan lori kargo bagi meloloskan diri.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood, suspek yang menaiki kereta jenis Honda Accord dan Toyota Camry selepas merompak kedai emas berkenaan memecut kenderaan menuju ke Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

    “Menurut saksi, kedua-dua buah kereta dinaiki enam perompak itu dikatakan merempuh kayu halangan di Tol Temerloh dan menghala ke Kuala Lumpur.

    “Polis tidak menolak kemungkinan kereta itu dinaikkan ke dalam lori kargo yang menunggu mereka di kawasan rehat dan rawat di LPT menghala ke Karak,” katanya di sini, Sabtu.

    Beliau bekata polis turut menemui lapan dulang kosong yang dibuang ditepi jalan, kira-kira 2km dari bandar Mentakab.

    Dalam kejadian 9.30 pagi itu penjenayah berkenaan mengambil masa hanya tiga minit untuk melarikan 24 dulang barangan kemas.

    “Polis percaya rompakan itu dilakukan secara terancang dan melibatkan beberapa individu lain,” kata Zundin.

    Semasa rompakan, pemilik kedai dan beberapa pekerjanya, baru tiba di kedai emas berkenaan untuk memulakan perniagaan sebelum diserbu empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang.

    Beliau berkata polis Temerloh dengan kerjasama polis dari negeri bersempadanan dengan Pahang kini memperhebatkan gerakan memburu kesemua suspek. – BERNAMA

  • RAMALAN, Analisis dan JANGKAAN Pelaburan EMAS 2013

    RAMALAN, Analisis dan JANGKAAN Pelaburan EMAS 2013


    Assalamualaikum..
    Salam sejahtera salam Emas Master buat semua..
    Tahun 2012 telah berlalu dengan pelbagai kenangan dan pengajaran.. Semoga kebaikan yang banyak untuk kita.. kerana  ‘orang mukmin sentiasa beruntung.. samada ketika ditimpa musibah dan ketika mendapat nikmat..”
    Sabar dengan musibah..hilang dosa..bertambah pahala dan darjat..
    Bersyukur dengan nikmat..ditambah nikmat ditambah pahala.. ditingkat darjat

    Jom kita lihat sikit apa pendapat pakar-pakar analisis tentang pelaburan dan harga emas 2013

    secara ringkas Pada tahun 2013, ramai juga pakar emas barat meramalkan bahawa harga emas bakal mencecah USD2000/oz  tengok video di sini

    Video: Gold is Expected to Shine Again in 2013 | Dec 28, 2012

     Terdapat banyak pendapat pakar dari institusi pelaburan terhadap jangkauan harga emas TAHUN 2013:

    1- Swiss bank UBS mengjangkakan harga purata emas 2013 meningkat 14% kepada US$1,900/oz

    2- Ramalan dari London market – Maker Barclay – US$1,815/oz

    3-Investment bank Morgan Stanley mengjangkakan purata harga emas meningkat kepada US$2,000/oz pada 2013 dan US$2,400/oz pada 2014

    4-Capital Economic meramalkan emas meningkat kepada US$2,200/oz pada lewat 2013

    Faktor lain yang boleh dianggap penting untuk menjangkakan harga emas mungkin naik pada hadapan ialah kerana tahun 2012 harga emas agak statik atau rendah.. emas biasanya akan melonjak setalah ia jatuh atau statik selain itu jangkaan pemulihan ekonomi juga mungkin merangsang kenaikan harga emas.

    Mari kita lihat trend emas jatuh dan naik.

    keuntungan pelaburan emas RAMALAN, Analisis dan JANGKAAN Pelaburan EMAS 2013

     Cuba anda perhatikan berapakah peratus kenaikan harga emas bagi tahun 2008 – 2009?

    Berdasarkan kepada Jadual di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa keuntungan pelaburan emas pada tahun 2008 – 2009 adalah 99.26 % setahun. Kenaikan yang amat mendadak ini adalah berkait rapat dengan penurunan harga emas sebanyak 35% pada tahun 2008.
    Mari kita kirakan keuntungan yang and perolehi sekiranya anda membeli 100 gram emas pada tahun 2008.

    Harga Belian pada tahun 2008 = RM 64.30 per gram

    Harga Emas pada tahun 2009 = RM 128.12 per gram

    Keuntungan Pelaburan Emas pada setahun = RM 128.12 – RM 64.30 = RM 63.82 per gram.

    Jadi, keuntungan anda jika anda telah membeli 100 gram emas pada tahun 2008 = RM 63.82 x 100 gram = RM 6,382.00!

    Itu adalah kiraan sekiranya anda memiliki 100 gram emas. Bagaimana pula jika anda miliki 200 g emas, 500 gram emas, 1,000 g emas, 4,000 gram emas?? Haha….cuba anda kirakan keuntungan pelaburan emas anda dengan menekan kalkulator anda!
    Baiklah, mungkin anda pertikaikan….

    Alah! Itu tahun 2008…dah lepas…apa kaitannya dengan pelaburan emas tahun 2012?
    Benda ni dah berlaku, nak buat camana? Tiada sesiapa yang beritahu kepada anda pada tahun 2008 tersebut..
    Bagaimana pula dengan kadar keuntungan pelaburan emas pada tahun 2013 sekiranya anda mula melabur emas pada waktu sekarang? Tahun 2012..

    Sejarah keuntungan setahun pada kadar 99.25 % setahun mungkin akan berlaku sekali lagi pada tahun 2013. Cuma…peratus keuntungan sahaja yang tiada siapa yang berani memberikan jaminan kepada anda.

    Pakar pelaburan emas sedunia meramalkan bahawa, pada tahun 2012… harga emas bakal mencecah kepada USD 2,200 per Oz. (1 Oz = 28.35 gram emas). Maka, diramalkan harga emas bakal melonjak kepada:

    1 Oz = USD 2,200 / 28.35 = USD 77.60 per gram emas

    1 gram emas = USD 77.60 x 3 = RM 232.80
    (petikan dari web)

    KESIMPULANNNYA.. 
     Terdapat jangkaan dan analisis yang mengatakan harga emas akan meningkat dengan baik pada tahun 2013… walaupun tidak semua jangkaan dan analisis tepat..bagi admin untuk PELABURAN PASIF buat masa ini Emas adalah antara yang terbaik..
     
    dan sekurang2nya dengan melabur dengan emas.. ASET dan simpanan kita adalah KALIS INFLASI serta MENABUNG dalam EMAS sememangnya terbukti mampu menyimpan tabungan anda serta MUNGKIN AKAN MENGGANDAKAN ASET ANDA dengan GANDAAN YANG BESAR jika jangkaan kenaikkan ini betul.