Tag: harga emas 2012

  • Analisis harga emas minggu kedua april

    Mogok pekerja industri emas india berakhir hari ini, kata jkkk persatuan peniaga emas india, mumbai, ketika ditanya wartawan wall street journal (WSJ) selepas selesai melakukan kekecohan di tempat awam dan merosakkan keretapi di hyderabad. Menteri kewangan india akhirnya akur untuk menarik balik cukai emas 4% sementara menanti parlimen bersidang akan datang.

    Menurut ketua JKKK emas india, Samy, emas dari dulu sehingga skrg adalah warisan dlm budaya india, untuk mengatakan tindakan kerajaan mengurangkan demand kpd emas dgn drastik sgt tidak mungkin, negara india bukan pengeluar emas, emas tetap akan diimport secara sah ataupun tidak, apabila kerajaan india mengenakan tax kepada peniaga emas yg sah, kami rasa sangat tidak berbaloi untuk mmbayar cukai dan lesen kpd kerajaan dan peniaga akan turun ke pasaran gelap kerana boleh mengaut lebih keuntungan disana.

    kami jangkakan selepas berakhir protes ini, dunia akan menyaksikan demand emas yang tinggi dari india, walaupun tidak secara besar-besaran tetapi berterusan. Samy juga menambah pihak JKKK kehilangan hampir 10 juta usd setiap hari akibat cukai emas dalam protes 3 minggu mereka.

    Di london, penganalisis harga emas tidak menjangka berlaku perubahan yg ketara harga emas pada minggu ini, dari survey bloomberg, 15 dari 27 fund manager yakin harga emas akan turun lagi pada minggu ini, bagaimanapun, tiada perubahan pada pasaran london sehingga selasa untuk menyambut easter disini

    sementara di amerika, penganalisis emas, (nama akan ditulis kemudian), berpendapat harga emas sedang mengalami situasi bearish pertama sepanjang 12 tahun, tetapi beliau juga menganggap pergerakan emas seperti gelombang, gelombang pertama emas bermula pada index 1424, naik sehingga 1547 berakhir pada 1518, kemudian gelombang kedua menyusul, naik sehingga 1595, berakhir 1560, gelombang ketiga naik sehingga 1650 turun sehingga 1590, gelombang keempat ini telah naik sehingga 1900, dan sekarang berada dalam keadaan 1630, ia benar2 seperti gelombang, bagaimanapun masih terlalu utk berkata patern kenaikan emas sudah berakhir.

    Di malaysia pula, cuma laporan menteri kewangan sahaja diquote google, menyarankan bank rakyat utk mengfokuskan kepada perniagaan pajakan islam arrahnu ke indonesia dan brunei berbanding memberi kemudahan pinjaman peribadi kepada sektor awam kerana ia lebih menguntungkan bank…???

    oh pak menteri, asyik fikir untung je, kami pekerja kerajaan nak buat loan kat mana..

  • CIMB bakal lancarkan Ar-Rahnu di Malaysia – Pertengahan Tahun

    CIMB ISLAMIC BANK RANCANGKAN PERNIAGAAN AR RAHNU DI MALAYSIA,CIMB Islamic Bank merancang melancarkan perniagaan Ar Rahnu di Malaysia pada separuh kedua tahun ini susulan kejayaan peniagaan yang serupa di Indonesia menerusi CIMB Niaga Syariah, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Badlisyah Abdul Ghani.

    “Kami berjaya dalam perniagaan Ar Rahnu di Indonesia, dan sudah sampai masanya untuk kami menawarkan perniagaan itu di sini. Kami sudah memperoleh kelulusan Bank Negara Malaysia dan sebaik kami sudah memuktamadkan kerangka kerjanya, kami akan melancarkan produk itu, dan besar kemungkinan bermula di Pantai Timur.”

    Saiz pasaran Malaysia besar dan kami yakin ada banyak peluang untuk kami meskikan kami agak lewat memulakannya,” katanya kepada Bernama dalam temu bual.

    Walaupun beliau agak berhati-hati terhadap 2012, Badlisyah menjangkakan CIMB Islamic Bank dan keseluruhan francais kumpulan perbankan Islam, akan melalui tahun yang baik.

    “Saya yakin namun berhati-hati terhadap 2012, berikutan apa yang berlaku di dunia, selain kerangka kerja kawal aturan yang ketat serta deman pilihan raya di dalam negara, namun saya percaya kami akan mencatat prestasi yang baik tahun ini, lebih baik berbanding 2011.”

    “Kami memberi tumpuan terhadap meluaskan CASA (Akaun Simpanan Akaun Semasa)dan berharap untuk mencatat pertumbuhan dua angka dalam asas deposit dan pembiayaan,” katanya.

    Prestasi CIMB Islamic dalam pelaburan Islam sangat baik dan meneraju kedudukan sukuk global sekali lagi pada 2012 dan memperkukuh kedudukannya sebagai bank Islam kedua terbesar dari segi aset di Malaysia dan Asean.

    Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, CIMB Islamic Bank mencatatkan satu lagi tahun yang mencatatkan rekod, merekodkan keuntungan sebelum zakat sebanyak RM447 juta, kira-kira sembilan peratus daripada keuntungan sebelum cukai kumpulan.

    Beliau berkata aset bank itu meningkat 24.7 peratus kepada RM28.4 bilion manakala akaun kewangan berkembang 28.9 peratus kepada RM29.2 bilion, membabitkan 15 peratus daripada jumlah pembiayaan kumpulan dan 13 peratus daripada keseluruhan aset pembiayaan industri kewangan Islam.

    Di peringkat kumpulan, Badlisyah berkata jumlah perolehan meningkat menerusi operasi perbankan Islam merentas Kumpulan CIMB berjumlah RM1.47 bilion, perolehan Islam terbesar yang dijana sejak kumpulan itu mewujudkan francais “CIMB Islamic” pada 2002.

    Beliau berkata operasi Malaysia menyumbang lebih daripada 89 peratus daripada jumlah perolehan perbankan Islam kumpulan, dengan Indonesia dan Singapura masing-masing menyumbang kira-kira tujuh peratus dan satu peratus.

    “Kami yakin ada banyak potensi besar yang menguntungkan di Indonesia, dan kami berharap meningkatkan sumbangannya terhadap keseluruhan perniagaan kepada 10 peratus atau lebih pada 2012. Ideanya ialah mewujudkan perniagaan Islam serantau yang selari dengan perniagaan konvensional CIMB Group,” kata Badlisyah.

  • Harga Emas Bakal Naik Lebih Tinggi

    Emas adalah logam berharga yang dicari untuk membuat syiling, barang kemas dan hasil seni sejak zaman dahulu lagi. Logam yang secara aslinya boleh didapati di dalam bentuk ketulan kecil dalam batuan ini adalah logam emas yang padat, lembut, berkilat dan merupakan logam asli yang paling mudah ditempa dan di mulur.

    Pada 2009, sebanyak 165,000 tan emas dilombong. Jumlah ini adalah lebih kurang sama dengan 5.3 bilion auns atau kira-kira 8.500m dari segi isi padu air. Penggunaan emas di dunia ialah sekitar 50 peratus untuk barang kemas, 40 peratus untuk pelaburan dan 10 peratus untuk kegunaan dalam industri.

    Pelaburan emas 2011

    Dalam nilai pasaran AS$, harga emas meningkat kepada 50 peratus pada 2007, 22 peratus pada 2009 dan 27 peratus pada 2010, atau dalam erti kata lain, purata kenaikan adalah 24 peratus setahun antara 2007 hingga 2010. Kenaikan nilai harga emas ini dijangka akan terus naik pada 2011 sejajar dengan kenaikan harga komoditi yang lain.

    Namun, kenaikan harga emas pada 2011 dilihat akan lebih sederhana iaitu kira-kira AS$1,500 satu auns. Hal ini mungkin kerana, hampir semua negara lebih menumpukan dalam mengukuhkan ekonomi masing-masing.

    Antara agenda yang dilakukan ialah mengurangkan kadar pengangguran adalah perkara paling penting untuk meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap sesebuah negara itu.

    Selain itu, kegagalan mengukuhkan posisi ekonomi pada hari ini hanya akan mengakibatkan negara tersebut ketinggalan apabila keadaan ekonomi kembali pulih mulai tahun 2015 atau seawal 2013.

    Dalam pada itu, Utusan Malaysia pada 6 Januari lalu turut menyiarkan, harga emas bakal mencecah paras USD 1500 (RM4650) untuk satu auns pada tahun ini. Hal ini dikuatkan lagi dengan kenyataan dari Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Poh Kong Holdings Bhd. (Poh Kong), Datuk Eddie Choon.

    Menurutnya, peningkatan harga emas itu dijangka berlaku berikutan keadaan semasa dan permintaan yang berterusan di pasaran.

    Tahun lalu, harga emas bagi satu auns ialah kira-kira AS$1,400 (RM 4,340), dan pada hari terakhir 2010, harga emas ditutup pada paras AS$1,421.40 (RM4,406.34) untuk satu auns dan naik 31 peratus berbanding tahun sebelumnya.

    Penganalisis turut menjangkakan trend peningkatan harga ini akan berterusan tahun ini kerana emas adalah komoditi paling baik dari aspek peningkatan harga pada tahun lalu.

    Secara tradisinya, ia dilihat sebagai pelaburan perlindungan nilai yang sering digunakan sebagai mekanisme untuk melindungi nilai terhadap deflasi.

    Dinar emas

    Pada 1998, Kerajaan Malaysia mencadangkan penggunaan emas sebagai mata wang perdagangan dunia seperti mana yang diperkenalkan ketika zaman Rasulullah S.A.W dahulu.

    Pemilihan emas ini adalah kerana sifat kimianya yang stabil dan nilainya yang tidak berubah. Selain itu, dinar emas juga diharap dapat menggantikan pergantungan dunia terhadap Dolar Amerika dan Euro.

    Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, dinar emas tidak akan menggantikan mata wang setempat, tetapi mata wang ini hanya akan digunakan sebagai mata wang perdagangan antara negara saja.