Harga Dinar Emas Cuma RM154 Pada Tahun 2000

Gambar keratan akhbar diatas menunjukkan 13 keping dinar emas berharga RM2000 bermaksud RM154 harga per dinar

Cuba anda perhatikan dalam setiap kotak berwarna merah yang telah saya warnakan. Menurut pada kotak berwarna merah tersebut ianya menyatakan bahawa 13 Dinar bersamaan dengan MYR 2000 pada tahun 2000. Petanda ini menunjukkan bahawa pada tahun tersebut 1 Dinar hanyalah berharga MYR 154 untuk setiap keping. Jika bilangan yang sama diambil pada tahun 2012 ini, ianya adalah bersamaan dengan MYR 9 870 ! Kenaikan sebanyak 393 % sepanjang 12 tahun yang lepas. Dimana secara puratanya adalah sebanyak 32 % setiap tahun! Aset atau pelaburan apakah yang menawarkan kenaikan yang sebegitu banyak? Ini jelas menunjukkan bahawa Emas adalah penyimpan kekayaan yang sebenar dimana ianya tidak dimamah usia mahapun inflasi sekalipun! Sepanjang 11 tahun yang lepas inflasi adalah sebanyak 3 % setiap tahun untuk setiap helaian duit kertas yang ada di tangan kita mahupun bank-bank sekalipun.

 

Jika inflasi diambil kira sebanyak 3 % setiap setahun secara purata dengan jumlah simpanan sebanyak MYR 2000 di tahun 2000 dan tiada penambahan simpanan sehingga tahun 2011 disimpan pula di ASB dengan purata 9.24 % (dividen + bonus), jumlah simpanan anda menjadi sebanyak MYR 4 032.80 dan ditolak pula dengan inflasi ianya hanyalah MYR 3 372.80. Nilai hak simpanan anda sebenarnya telah dinafikan oleh inflasi sebanyak MYR 660. Jumlah ini walaupun sedikit sepanjang 11 tahun tetapi ianya tetap besar pada saya. Melainkan anda sekalian adalah jutawan yang tidak menghiraukan kerugian yang hanya sebanyak 33 % sepanjang 11 tahun lepas.

 

Situasi diatas jelas menunjukkan bahawan Emas adalah kalis inflasi tidak kira samada di zaman dahulu mahupun sekarang, bilangannya tetap adalah 1 Dinar dan hanya nilainya sahaja yang berubah dek kenaikan inflasi saban tahun. Jadi saya disini menyeru anda sekalian untuk kembali kepada matawang Syariah kita dimana ianya halal dari segala segi dan tidak menafikan hak anda sebagai rakyat dan pengguna.

Apakah harga dinar hari ini setelah 14 tahun berlalu?

harga dinar kelantan-5-4-2014

Emas hampiri paras terendah dalam tempoh tiga bulan

Emas diniagakan dalam jajaran sempit semalam, berlegar menghampiri paras terendah dalam tempoh tiga bulan di tengah-tengah peningkatan pengaliran keluar dana pelaburan berkaitan emas.

Situasi semasa itu turut diburukkan lagi dengan laporan bahawa penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) sudah mencapai beberapa kemajuan ke arah menyelesaikan kebuntuan masalah bajet negara itu.

Harga emas, komoditi yang kebiasaannya dianggap paling selamat dalam keadaan ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi, kini dilihat gagal meningkat walaupun perbalahan mengenai kebuntuan fiskal di AS berlarutan sebelum ini.

goldcore_bloomberg_chart1_07-10-13

 

Harga komoditi itu menyusut kira-kira empat peratus di bawah paras AS$1,300 seauns sejak kerajaan AS mengisytiharkan penutupan sementara sebahagian daripada operasinya, bermula 1 Oktober lalu.

“Berdasarkan analisis sejarah, kita boleh menjangkakan harga emas bakal meningkat dalam tempoh minggu di mana kerajaan AS berdepan dengan kebuntuan masalah fiskalnya,” kata penganalisis di Nomura Securities Sydney, Amber MacKinnon.

“Sekiranya situasi itu benar-benar berlaku, emas akan berada dalam corak pegangan (peningkatan pembelian).

“Peningkatan harga komoditi itu juga boleh berlaku jika berlakunya penurunan (kredit) kewangan AS,” katanya.

MacKinnon berkata, sebelum ini, semasa perdebatan masalah fiskal AS untuk meningkatkan had siling hutang negara itu pada 2011 – yang mana penyelesaiannya hanya dicapai pada minit terakhir – harga emas tidak bertindak balas dengan ketara sehinggalah selepas Standard & Poor menurunkan penarafan kredit AS.

Harga komoditi itu akhirnya mencecah paras tertingginya iaitu AS$1,920 seauns pada September tahun itu.

“Nampaknya, emas tidak meningkat dalam tempoh masa AS mengalami masalah ketegangan politik (dan harga emas dijangka meningkat semula) sehinggalah selepas peristiwa itu tamat,” kata MacKinnon.

Harga rujukan emas meningkat sehingga 0.02 peratus kepada AS$1,273.10 seauns pada 0317 GMT, selepas berlakunya rentetan penurunan selama empat hari dalam sesi sebelumnya.

SPDR Gold Trust, dana pelaburan emas terbesar dunia (ETF), berkata pegangan emasnya susut 1.85 tan kepada 889.13 tan pada Isnin lalu, untuk mencecah tahap terendah dalam tempoh empat tahun.

Situasi ini sekali gus mencerminkan menurunnya keyakinan dalam kalangan pelabur.

Dinar emas terbesar di Dunia

Jika anda tidak pernah melihat syiling emas terbesar didunia, meh kami tunjuk, dibawah ini adalah saiz dinar/syiling terbesar didunia, cuba tengok betul2 gambar dibawah, agak2 muat tak nak letak dinar ni dalam poket? ini bukan syiling zaman purba, mcm mana org zaman dulu nak meniaga jika kena bawak dinar besar mcm ni..

Syiling emas seberat 1000kg dengan kualiti 999, bernilai pada hari ini RM178,000 utk 1 kg

 

 

Syiling atau dinar emas yang terbesar didunia seperti gambar diatas dihasilkan oleh Australia Perth Mint pada Novermber 2011. Mempunyai berat 1012 kg dan kualiti emas 999.9. luas permukaan 80 cm persegi, ketebalan 12 cm dan memerlukan masa selama 18 bulan untuk disiapkan dinar emas ini dan diukir gambar kanggaro di atasnya., sebelah sisi yang lain diletakkan gambar Ratu Elizabeth.

Menurut CEO Perth Mint, Ed Harbuz, mereka mencipta dinar sebesar ini sebagai promosi bagi pelanggan mendapat gambaran jelas design syiling terbaru yang akan dikeluarkan mereka, opkos bukan dengan saiz sebegini , saiz syiling emas Perth Mint yang sebenar jauh lebih kecil dan mempunyai beberapa variasi berat, gurau beliau. Setiap syiling emas yang dikeluarkan syarikat Australia Perth Mint akan dijamin mutu dan ketulenan oleh negara Australia.