Tag: emas negeri sembilan

  • Harga emas semasa 8-9-2015

    Harga emas semasa 8-9-2015

    hargaemas-8-9-15

    Harga emas Belian 8.9.15 Jam 10 pagi
    ULASAN: Nilai ringgit semakin parah, pada 2-3 minggu sebelum ini nilai ringgit hanya berlegar sekitar 4.2-4.3/USD sahaja,hari ini nilai ringgit jatuh menjunam kepada 4.35/usd menyebabkan kenaikan ketara emas melepasi indeks 5900, antara tertinggi tahun ini.

    Pelaburan emas Malaysia dijangka lebih kukuh minggu ini dan hadapan disebabkan pelabur akan menyimpan emas yang lebih selamat pada waktu mencabar disebabkan pasaran saham sangat tidak stabil, lebih banyak kaunter rugi berbanding untung

    Harga jualan emas scrap 916 : RM142.55/g
    Harga emas baru 916 : 146.68/g belum termasuk upah
    Harga emas bar 999.9 : RM157.37/g belum termasuk premium
    kami membeli emas terpakai, rosak, patah. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, emas lama, emas patah, bengkok, tebus surat pajak dan lain-lain lagi
    .
    whatsapp/sms/call : 012-2864232 hargaemas
    atau hubungi Ofis Hargaemas : 03-92264232
    Layari laman web kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkongsian berita-berita emas terkini.
    www.hargaemas.com.my/terkini/
    www.hargaemas.com.my
    www.hargaemas.my
    *harga emas belian yang dipaparkan adalah harga kami membeli emas tuan/puan dengan tunai segera

  • Terowong Emas di Jelebu Bukan Dongeng

    Terowong Emas di Jelebu Bukan Dongeng

    lombong emas di pekan titi kuala klawang jelebu

    JELEBU: Kerja menarah bukit di belakang pasar awam pekan Titi di Kuala Klawang, di sini, sejak awal tahun ini membawa penemuan empat terowong di situ yang menurut penduduk, dianggap sebagai kisah dongeng sebelum ini kerana lokasi sebenarnya tidak pernah diketahui dengan terperinci.

    Sejak puluhan tahun lalu, kisah terowong berkenaan hanya diceritakan generasi tua di pekan didiami kira-kira 20,000 penduduk itu, namun tiada pihak tampil untuk melakukan kajian.

    Tinjauan mendapati empat terowong itu terletak berasingan dengan setiap satu dibina kemas dengan dinding dibuat daripada batu dan boleh dimasuki secara berdiri oleh orang dewasa.

    Beberapa penduduk yang ditemui mendakwa terowong itu mungkin dibuat pencari emas berdasarkan kewujudan beberapa lombong sekitar kawasan itu dan menolak ia mempunyai kaitan dengan kegiatan pengganas komunis Penoreh getah, Siow Yoke Kim, 54, berkata generasi tua di pekan itu pernah bercerita mengenai terowong untuk mencari emas, namun tidak menyatakan lokasinya sehingga awal tahun ini, ada pihak menarah bukit di belakang pasar.

    “Kami terkejut kerana terowong yang diceritakan itu terletak di belakang pasar yang penduduk kunjungi setiap hari.

    “Saya percaya terowong itu dibuat pencari emas, malah jalan utama pekan ini dinamakan ‘Kim Loong’ atau naga emas dalam dialek Hakka,” katanya ketika ditemui, semalam.

    Peniaga, Lee Ah Chai, 51, pula mengaku pernah memasuki terowong itu, tetapi mendapati lubang itu terlalu panjang.

    “Saya tidak masuk terlalu dalam kerana bimbang terowong runtuh. Pihak berkaitan terutama pengkaji sejarah wajar melakukan kajian terperinci bagi memastikan sejarah sebenar terowong itu sama ada digali oleh pelombong emas atau mempunyai kaitan dengan aktiviti komunis,” katanya yang menolak kemungkinan terowong itu digali pengganas komunis.