Tag: emas kuala pilah

  • Kedai Emas Kuala Pilah – Jual Beli Emas Harga Tinggi Pajak Gadai

    Kedai Emas Kuala Pilah – Jual Beli Emas Harga Tinggi Pajak Gadai

    Khidmat jual beli emas terbaik di Kuala Pilah

    1. Membeli emas lama rosak patah scrap.
    2. Membeli surat pajak gadai dan ar rahnu.
    3. Menjual emas bajet murah lelong.
    4. Menguji ketulenan emas jongkong, barang kemas, gold bar, coin.
    5. Menjual alatan tukang emas dan kedai

    Cara jual emas di Kuala Pilah & sekitar

    • Hubungi kedai emas Kuala Pilah di wasap atau call +60122864232 (Sharul)
    • Nyatakan hajat dan kenalkan diri lebih afdhal
    • Jumpa dan kami uji ketulenan emas
    • Resit dibuka dan bayaran dibuat tunai/transfer
    • Akad

    Klik untuk jual emas lama rosak patah


    kedai emas Kuala Pilah, jual beli emas harga emas pajak gadai

    Jual surat kedai pajak gadai & Ar-rahnu di Kuala Pilah atau sekitar

    • Hubungi kedai emas Kuala Pilah di wasap atau call +60122864232 (Sharul)
    • Nyatakan hajat dan kenalkan diri lebih afdhal
    • Snap gambar surat dan hantar melalui wasap
    • Kami hantar quotation harga untuk belian
    • Jumpa di kedai pajak, kami tebus keluar barang
    • Ketulenan emas diuji dan baki bayaran dibuat
    • Akad

    Klik untuk jual surat kedai pajak / ar rahnu


    kedai emas murah Kuala Pilah lelong bajet dropship harga emas

    Cara beli emas bajet, murah di Kedai Emas Kuala Pilah

    • Hubungi kedai emas Kuala Pilah di wasap atau call +60122864232 (Sharul)
    • Nyatakan hajat dan kenalkan diri lebih afdhal
    • Nyatakan bajet dan jenis item dicari jika ada
    • Kami hantar gambar koleksi terkini di web
    • Hantar tempahan atau COD berdekatan
    • Bayaran secara tunai ataupun bank transfer
    • Akad

    Klik untuk tempah barang kemas bajet

    “SERVIS & PERKHIDMATAN RAKAN NIAGA HRGMS BERADA HAMPIR DI SELURUH MALAYSIA, HUBUNGI +60122864232 (Sharul)”
  • Ramai Menyerbu Kedai Emas Kuala Pilah

    Ramai Menyerbu Kedai Emas Kuala Pilah

    kedai-emas-kuala-pilah

    KUALA PILAH – Laporan harga emas murah di pekan ini yang tersiar dalam akhbar, semalam menarik minat orang ramai yang mula bercerita menerusi laman sosial.

    Sebahagian mereka masih tertanya-tanya mengenai kesahihan laporan itu, selain membuat andaian sendiri kemungkinan kualiti emas dijual adalah berbeza dengan tempat lain.

    Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-rata pengunjung di Sinar Online dan Facebook Sinar Harian teruja dengan laporan itu sehingga ada yang mengajak rakan untuk pergi ke Kuala Pilah membeli emas.

    Salah seorang pemilik Facebook yang dikenali sebagai Siti Zubaidah Mohd Shil berkata, dia dan ahli keluarganya memang pembeli setia emas di pekan ini.

    Memandangkan dia yang berasal dari daerah ini, katanya, setiap kali jika ibunya ingin membeli emas, pasti mereka akan membeli di sini kerana harga yang ditawarkan memang sangat murah, berbanding tempat lain.

    Selain itu, menurut Julia Shuadi, berita mengenai laporan itu adalah benar, kerana adiknya sendiri baru sahaja membeli emas di pekan ini.

    Begitu juga dengan Erma Watie, dia juga mengesahkan bahawa emas di situ murah berbanding di bandar Seremban.

    Menurutnya, rakannya yang bekerja di kedai emas sekitar Seremban memberitahu agar membeli emas di Kuala Pilah, kerana harga di Seremban mempunyai perbezaan sehingga mencecah RM25.

    Bagaimanapun, terdapat juga komen yang berpendapat ketulenan emas dijual di kedai-kedai emas di pekan ini meragukan, mungkin tidak berkualiti serta tidak tulen.

    Pemilik akaun FB Zaimi Abd Ghani memberitahu, emas yang dijual disitu hanya mempunyai nilai 60 peratus emas sahaja, dan bukannya emas asli.

    Namun, dakwaan itu disangkal Ramli Sharif yang menegaskan bahawa emas di Kuala Pilah adalah berkualiti, dan disahkan Ar Rahnu.

    Katanya, emas yang dijual adalah sama kualiti dengan kedai emas tempat lain, tidak wujudnya penipuan.

    Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di beberapa kedai emas di pekan ini mendapati, ia terus dipenuhi orang ramai.

    Pelanggan yang dikenali sebagai Maizura Ismail, 35, berkata, dia berkunjung ke kedai emas selepas membaca mengenai harga emas murah menerusi Sinar Harian.

    “Sebelum ini ada dengar sahaja emas murah di sini tapi tak pernah pergi. Bila tersiar dalam akhbar, barulah saya yakin dan singgah ke sini,” katanya.