Tag: emas kelantan

  • Emas Kelantan Mutu Lebih Baik Dari Semua?

    Emas Kelantan Mutu Lebih Baik Dari Semua?

    emas-kelantan-mutu-terbaik

    KLANG – Faktor upah dan pelbagai kos lain menyebabkan harga emas melambung tinggi dan berbeza antara satu kedai dengan kedai yang lain di Selangor.

    Peniaga emas, Siti Hamimmah Mohd Amin, 40, berkata, kebanyakan perniagaan emas Bumiputera di negeri ini didominasi peniaga yang berasal dari Kelantan.

    “Kebanyakan mereka mengambil emas dari Kelantan memandangkan tukang emas yang bertindak mereka dan membentuk emas beroperasi di sana.

    “Kos upah membentuk barangan kemas adalah tinggi dan disebabkan itu harga barangan kemas lebih dari yang disangkakan.

    “Namun begitu, harga yang dikenakan bagi setiap reka bentuk barangan kemas adalah berbeza-beza bergantung kepada saiz dan coraknya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kedai emas kakaknya, semalam.

    Menurutnya, kos penghantaran dan sewa kedai turut mendorong kedudukan harga emas.

    “Di Selangor, kos sewa kedai adalah tinggi…jika kedudukan kedai emas itu dalam pasar raya atau di lokasi tumpuan ramai, harga emasnya lebih mahal.

    “Apatah lagi bila barang kemas itu melalui proses penjenamaan hingga ia terkenal sebagai barangan kemas ‘branded’ dan dikenali umum.

    “Proses penjenamaan itu juga meliputi pelbagai kos termasuk kos periklanan di media massa dan elektronik,” katanya.

    Beliau berkata, pihaknya mengakui perbezaan antara barangan kemas berjenama dan biasa tidak banyak bezanya.

    “Kualiti dan reka bentuknya hampir sama cuma syarikat yang mengeluarkan barangan kemas itu mempunyai nama yang tersohor dan dikenali ramai.

    “Malah kedudukan kedainya juga di lokasi tumpuan ramai serta mempunyai banyak cawangan di seluruh negeri,” katanya.

    Dalam pada itu, peniaga, Ruzaini Mohd Amin, 46, berkata, setiap negeri mempunyai persatuan masing-masing dan di negeri ini persatuan meletakkan harga emas 916 ialah RM170 bagi setiap satu gram.

    “Terdapat segelintir peniaga meletakkan harga lebih murah daripada harga berkenaan.

    “Jadi di situ berlaku perbezaan harga antara satu kedai dengan kedai yang lain…namun begitu pembeli harus bijak dengan menilai kualiti barangan kemas yang dibeli.

    “Memang harganya murah namun adakah kualitinya sama dengan kedai emas lain?,” soalnya.

    Katanya lagi, dalam kebanyakan emas di negara ini, emas dari Kelantan disifatkan terbaik dari segi kualitinya.

    “Emas 999 yang digelar emas 10 (24 karat) disifatkan emas terbaik di sana namun begitu di sini emas 916 (22 karat) paling popular dan mendapat tempat.

    “Jangan mudah tertipu bila membeli emas menerusi promosi yang tidak masuk akal.

    “Emas mahal harganya…jika diskaun yang diberi terlalu banyak…itu bermaksud kualiti emas itu tidak setanding dengan emas yang sebenarnya,” katanya.

  • Hasad Dengki : Peniaga Emas Disimbah Asid

    Hasad Dengki : Peniaga Emas Disimbah Asid

    emas-hasad-dengki

    PASIR MAS – Setiap kali memandang cermin, rasa sakit, pedih dan panas akibat disimbah asid masih lagi terasa. Apatah lagi bila melihatkan wajah ini yang telah pun banyak berubah. Hati mana yang tidak sakit.

    Sesungguhnya setiap perubahan yang berlaku pada wajah ini turut membawa perubahan dalam hidup. Saya malu untuk berhadapan dengan masyarakat. Cemuhan mereka yang tidak tahu kisah sebenar membuatkan saya hilang sabar untuk melalui hidup.

    Disebabkan itulah saya langsung tidak keluar rumah dan terus mengasingkan diri daripada dunia luar selama lima tahun. Dan kini, berkat kesabaran dan doa yang tidak pernah putus akhirnya kebenaran berada di pihak diri ini. Keputusan mahkamah memberikan sinar baru dalam hidup saya.

    Bagai mati hidup semula

    Apa yang dilalui oleh saya adalah bagaikan mati hidup semula. Bertahun-tahun melawan kes saman yang saya failkan terhadap pihak yang melakukan perbuatan keji ini di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, akhirnya kemenangan di pihak saya.

    Selain menanggung derita dan tekanan emosi saya juga perlu menanggung kos perubatan bagi merawat kulit yang tercedera sehingga mencecah RM30,000. Siapa sangka, kejadian ngeri yang dilakukan penyimbah asid upahan itu rupa-rupanya dilakukan kenalan perniagaan juga. Memang hati berat untuk menerima, tetapi, inilah yang dikatakan asam garam perniagaan.

    Saya tidak menyangka perniagaan emas yang saya jalankan bersama-sama keluarga dipandang serong oleh ahli perniagaan lain yang tidak boleh menerima persaingan. Saya tidak tahu apa puncanya tetapi di dalam mahkamah akhirnya mendapat jawapan. Puncanya biarlah kami sahaja yang tahu.

    Apa yang penting saya dapat meneruskan kehidupan seperti sediakala dan masyarakat menerima saya semula dengan melupakan kisah silam dan pandangan serong terhadap saya sebelum ini. Ketahuilah saya terlalu menderita untuk sekian lama. Cuba anda sendiri merasainya, bagaimana? Bayangkan juga jika sesuatu terjadi kepada saya, bagaimana kehidupan dan masa depan anak-anak saya?

    Saya bukan sahaja menanggung kesakitan akibat disimbah asid di bahagian muka dan dada tetapi perlu berdepan dengan tuduhan masyarakat yang tidak mengetahui cerita sebenar tentang kejadian tersebut.

    Kini nama saya sudah bersih dan saya tidak bersalah, bagaimanapun kejadian itu amat sukar untuk dilupakan kerana wajah saya sudah tidak seperti dahulu lagi.

    Jadikan iktibar

    Apa yang berlaku kepada diri saya ini diharap dapat dijadikan pengajaran kepada orang lain. Setelah lima tahun tersisih dari orang ramai kini saya dapat meneruskan kehidupan seharian seperti biasa. Sekarang saya menunggu masa untuk melakukan pembedahan pada kulit wajah.

    Selepas pembedahan ini saya akan berasa lebih yakin untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna di samping anak-anak.

    Saya mahu melupakan segala mimpi ngeri tersebut dan memulakan hidup baharu dengan lebih baik. Saya kini semakin bersemangat untuk meneruskan kehidupan tersebut bersama dengan keluarga tercinta di sisi.

    Syukur saya mempunyai suami dan anak-anak yang menjaga dan memberikan sokongan terhadap saya. Kini perniagaan juga semakin pulih seperti sediakala. Saya berharap kepada masyarakat di luar sana agar tidak melakukan sesuatu yang buruk terhadap orang lain hanya kerana sakit hati. Janganlah terburu-buru dalam membuat keputusan sehingga merosakkan kehidupan orang lain. Negara kita ada undang-undang. Bertindaklah dengan rasional.

    Bagi saya pula, kejadian itu mempunyai hikmah yang terindah. Yang baik saya jadikan sandaran, yang buruk saya jadikan pedoman. Saya menderita kerana terlalu sakit. Wajah juga sudah tidak sesempurna dahulu, tapi ALLAH itu maha adil. Sesiapa yang bersalah pasti menerima pengajaran.

  • Pameran Al-Quran, Emas & Perak di Muzium Kelantan

    Pameran Al-Quran, Emas & Perak di Muzium Kelantan

    Sepanjang 1 Mei hingga 31 Ogos, Muzium negeri Kelantan akan mengadakan pameran Al-Quran, Emas dan perak, sesuai sebagai salah satu acara cuti sekolah akan datang jika anda ingin melawat negeri pantai timur. Antara item yang menarik adakah Al-Quran yang bersadur emas dan perak berusia lebih 600 tahun dari Dinasti Ming serta pameran emas-emas kelantan dan perak yang kami confirm semua orang tahu dengan keindahan dan keaslian negeri che siti wan kembang ini. berikut adalah info dari Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan. (facebook). Tiket yang disediakan adalah RM5.00 untuk dewasa, RM3.00 untuk kanak2 dan RM2.00 untuk mereka yang beruniform.

     

    pameran emas negeri kelantan

     

    PAMERAN AL QURAN EMAS & PERAK : KHAZANAH ISLAM DARI CHINA akan berlangsung dari 1 Mei 2012 sehingga 31 Ogos 2012 bertempat di Galeri Muzium Negeri, Kelantan. Anda semua dijemput hadir untuk menyaksikan keindahan Al-Quran bersadur EMAS dan PERAK berusia lebih 600 tahun dari Dinasti Ming.
    Harga Tiket :
    Dewasa : RM5.00
    Kanak-kanak: RM3.00
    Pelajar Sekolah Beruniform : RM2.00

  • Kematian diraja Thailand berkilauan emas

    Negara Thailand bersedih isnin lalu dengan upacara pengebumian diraja ekoran kemangkatan Mendiang Puteri Bejaratna Rajasuda yang meninggal pada Julai 2011. Beribu penduduk Thailand memberi penghormatan terakhir dengan membanjiri jalan raya Bangkok dan  200 tentera melakukan lintas lalu diraja membawa jasad mendiang yang diletakkan didalam keranda emas  untuk dimakamkan. Keluarga dan kerabat-kerabat diraja termasuk ketua menteri, orang kenamaan dan para duta turun berhimpun memberi penghormatan. Raja Bhumipol Adulyadej dan permaisuri turut hadir sambil menyalakan lilin dan bertafakur di makam diraja. Baginda raja merupakan sepupu kepada puteri Bejaratna dikatakan beredar ke Siriraj Hospital kerana masih dalam keadaan gering sejak 2009 lalu.

    Puteri Bejaratana, iaitu anak tunggal Raja Thailand terdahulu, mangkat pada usia 85 tahun akibat keracunan darah sejak tahun lalu, jasad baginda sebelum itu disimpan di Balai Diraja Dusit Maha Prasat di tengah-tengah bandaraya Bangkok untuk menerima penghormatan dari rakyat Thailand.

    Berikut adalah suasana ketika pengebumian diraja yang penuh berkilauan dengan emas.

     

    Spoiler:

    Source : http://www.unikaneh.com/2012/04/upacara-kematian-termegah-di-thailand.html#ixzz1rfVlVboP