Tag: emas gst

  • Jualan Emas Merosot Lebih 50% Selepas GST

    Jualan Emas Merosot Lebih 50% Selepas GST

    kedai-emas-trg

    KUALA TERENGGANU – Walaupun harga emas kini jatuh sehingga RM136 satu gram bagi emas 916 dan RM153 satu gram bagi emas 999.9, prestasi jualan emas merudum kerana kuasa beli kebanyakan pengguna semakin lemah selepas pelaksanaan GST.

    Pemilik Kedai Emas Roslan @ Azizah, Azizah Mohd Nor, 54, berkata, selepas empat bulan pelaksanaan GST, beliau boleh simpulkan, jualan merudum sehingga 50 peratus berbanding tahun lalu.

    Menurutnya, sebelum Hari Raya Aidilfitri, harga emas semasa mengikut Persatuan Peniaga Emas Melayu Terengganu ialah RM145/g bagi emas 916 dan kini nilainya semakin murah.

    “Sekarang, walaupun emas murah, pelanggan ramai yang datang ke kedai, tetapi yang membeli kurang. Seminggu sebelum Aidilfitri dulu ramai yang datang untuk beli emas, sekarang agak kurang sikit dan jualan juga sudah tidak begitu rancak.

    “Begitu juga sebelum pelaksanaan GST sebelum ini, ramai datang cari emas terutama pelanggan dari luar Terengganu. Sehari selepas pelaksanaan GST, boleh kira dengan jari pelanggan yang masuk, malah tiada langsung yang membeli emas,” katanya.

    Azizah yang mempunyai dua cawangan kedai iaitu di Mydin Mall dan di Batu Enam, berkata, kini, walaupun harga emas jatuh, pelanggan kebanyakannya berfikir panjang sebelum membeli emas kerana perlu membayar kos GST serta harga upah.

    “Disebabkan GST, kalau mereka yang beli emas RM10,000, kena bayar GST RM600. Itu memang tidak boleh lari. Sebab itulah di kedai ini, saya terpaksa juga bertawar harga emas semasa dengan pelanggan dan saya meletakkan tawaran harga emas semasa dan harga upah pada kadar yang paling rendah.

    “Sekarang, mereka yang beli emas pun yang memang benar-benar ada duit lebih dan mempunyai kepentingan seperti untuk tujuan perkahwinan, untuk hantaran ataupun majlis pertunangan. Kalau setakat suka-suka mahu kumpul koleksi emas, itu memang jarang sangat yang beli,” katanya.

    Menurutnya, disebabkan harga emas kini tidak stabil, tidak ramai yang berminat dalam pelaburan itu, malah yang mencari emas 999.9 juga kurang berbanding dua tahun lalu.

    “Kalau dua tahun lalu, harga emas 999.9 memang tinggi kira-kira RM180 lebih bagi satu gram. Kini harganya jatuh dan bagi mereka yang mahu menjual emas itu perlu tunggu harga emas naik supaya tidak rugi.

    “Harga emas sekarang turun naik bergantung pada ekonomi negara dan dunia. Kita tidak boleh jangka bila ia akan naik dan bila akan turun. Yang kita boleh simpulkan buat masa ini harga emas tidak stabil,” katanya.

    Sementara itu, Pemilik Kedai Emas dan Permata Nazri Sri Gelugor, Nazri Ismail, 49, berkata, prestasi jualan emas kini amat membimbangkan dan boleh dikatakan 50 hingga 70 peratus keuntungan jualan telah merosot.

    “Selepas pelaksanaan GST empat bulan lalu, lebih kurang 50 peratus jualan merosot. Harga emas turun sekarang tetapi kuasa beli tiada.

    “Kalau tahun lalu, dua minggu sebelum Aidilfitri orang berpusu-pusu cari emas, tahun ini, dua hari nak raya baru ada orang beli emas,” katanya yang menjual emas 916 pada harga RM136/g dan 999.9 pada harga RM153/g.

    Sementara itu, pemilik Azura Jewel’s Sdn Bhd, Khairuazura Abd Rahman berkata, sebulan selepas pelaksanaan GST, sambutan pelanggan amat kurang dan jualan hanya satu per tiga daripada kebiasaan, iaitu jualan merosot lebih 50 peratus.

    “Selepas masuk April, Mei dan Jun, masyarakat sudah boleh menerima kehadiran GST dalam belian emas mereka. Kini walaupun harga emas murah sekitar RM137/g bagi 916 dan RM155/g bagi 999.9, sambutan pelanggan agak hambar.

    “Musim perayaan sambutan ada, tetapi kurang berbanding sebelum GST. Ada yang beli, itu pun kerana ia begitu penting. Selepas Aidilfitri ini sambutan terhadap emas masih ada dalam tempoh seminggu selepas musim raya, sekarang, orang dari luar Terengganu telah pulang ke ibu kota dan jualan kini kembali hambar,” katanya.

     

    link: http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/jualan-emas-tidak-rancak-lepas-raya-1.415368

  • 40 Cara Untuk Berjimat Selepas GST

    kereta-warna-emas-GST

    Tidak sampai 5 hari lagi, rakyat Malaysia akan berdepan dengan detik-detik mencabar dengan kenaikan pelbagai harga barang dan servis diseluruh pelusuk tanah air tak kira di Semporna ataupun di Ceruk Tok Kun, disini kami nak kongsi sedikit tips oleh Azizul Azli Ahmad, seorang pensyarah UiTM yang kini juga merupakan seorang penulis buku Mudahnya Beli Rumah.

    Meh Kita ikut tips beliau di bawah. untuk SELAMATKAN WANG ANDA, belajar rahsia perniagaan emas disini

    Lantaklah orang kata apa, yang penting kita jimat belanja. Tarik nafas dan bermulalah :

    1. Belanja kurang dari pendapatan – tak perlu ikut cara hidup bos, hidup sebagai diri sendiri
    2. Cari cara buat duit lebih seperti meniaga emas online. Layari www.hargaemas.my untuk buka store emas anda.
    3. Ubah gaya hidup, tak perlu hidup bermewah dengan wang lebihan, simpan dan hidup seperti biasa
    4. Rancang kewangan anda, ambil sehelai buku atau kertas dan kira wang simpanan/perbelanjaan dan aset anda serta aturkan perbelanjaan akan datang
    5. Mulakan menabung EMAS FIZIKAL – beli emas sebagai simpanan 1gram 1 bulan, jika simpan tunai, nescaya akan tersalah guna
    6. Batalkan kad kredit – jika tiada keperluan penting untuk kredit kad, tutup kad anda dan elakkan hutang kad kredit yang tinggi
    7. Kurang cakap di handphone – ada pelbagai apps percuma untuk text dan call, kurangkan top up prepaid dan lebihkan menulis walaupun mungkin kurang romantik
    8. Cari hobi yang tambah pendapatan – hobi seperti lumba kereta, motor hadiahnya tidak sebanyak wang yang keluar, cari hobi seperti menganyam ke, mencanting ke, insyallah hasil hobi boleh dijual
    9. Hadiahkan diri dengan simpanan – Membeli emas untuk reward diri sendiri setiap bulan, bukan menganggap membeli emas membebankan cashflow anda
    10. Tahan nafsu hingga promosi baru beli – Penjual akan membuat promosi murah untuk meningkatkan sales mereka, peluang yang baik untuk membeli
    11. Jangan beli kerana “Diskaun Akhir Tahun / Diskaun Awal Tahun” – Simpan tunai untuk keperluan lain, tahan nafsu dari promosi-promosi yang tidak perlu
    12. Ciptakan rasa seronok bila tiada hutang – bebas hutangm fikiran lebih selamat, hidup lebih tenang
    13. Kurangkan insuran kenderaan ikut harga semasa. – setiap kali beli insuran kereta, ambil yang minima dengan harga pasaran
    14. Nikmati hiburan percuma – selagi ada internet anda boleh tengok pelbagai channel hiburan, rasanya bayaran bulanan astro yang tinggi bukan keperluan paling utama
    15. Kekal prestasi cemerlang – bekerja lebih kuat walaupun anda berjaya kurangkan perbelanjaan, kejar pendapatan bukan kejar untuk beli barang
    16. Sibukkan diri agar tidak ke shopping mall selalu – masa yang ada gunakan untuk aktiviti percuma yang lebih seronok, bukan ke shopping mall yang confirm makan wallet anda
    17. Jangan riadah di Pavillion atau Mall – Riadah di tasik air terjun, bukit, hutan yang percuma tuhan bagi
    18. Berhenti merokok – harga rokok naik RM16-18 sekotak, sebulan dah telan RM540, boleh beralih ke rokok elektronik lebih murah di sini
    19. Diet dan jaga pemakanan, makan untuk sihat – Beli barang basah sendiri di pasar dan masak lebih murah dan boleh makan lebih banyak
    20. Makanan bukan untuk dicuba – elakkan rasa nak cuba makanan yang mahal atau yang viral, kerana belum tentu kena selera anda
    21. Jangan berlumba tukar sofa dengan jiran – berapa bulan lagi nak berhari raya, jiran datang rumah tengok sofa sama, lantaklah.. tukar bantal takpe
    22. Takaful jangan lebih 10% pendapatan – insuran sangat penting, tetapi elakkan belanja lebih untuk insuran, minimumkan untuk keperluan anda
    23. Sediakan dana pelaburan – sentiasa memilih melabur dengan duit simpanan, simpan di bank sebenarnya anda rugi dalam diam
    24. Jangan mudah putus asa – hidup tidak selalu senang, tabahkan hati, jalan sentiasa ada didepan, luaskan berkawan insyallah jumpa penyelesaian
    25. Jangan salahkan diri bila kita susah – Gunaka no-regret polisi, tak ada benda anda perlu menyesal, apa yang dah jadi lupakan, masa depan lebih penting
    26. Barang terpakai bukan dosa – lupakan untuk sentiasa beli barang baru, ada kalanya barang terpakai pun masih berfungsi sangat baik
    27. Beli Baju di Mydin pun kacak juga – downtown ada, lelong ada, bundle ada, tepuk dada tanya selera
    28. Beli secara tunai – elakkan belanja guna kad kredit, belanja apa yang poket anda mampu keluarkan je, bebaskan hutang-hutang yang tak perlu
    29. Jangan jadi hamba faredadee – berbelit belit shawl di kepala hanya fashion, gadis melayu tetap cantik pakai tudung rm10, xde beza pakai tudung rm10000
    30. Jangan jadi hamba honda – beli kereta yang jimat kos, jimat wang belanja bulanan, walaupun nampak tak kaya dari luaran, tp kaya dari dalaman (saving akaun, rumah, tanah)
    31. Guna moto itu ranggi – kalau duduk kl pergi kerja pagi petang bawak sorang2 kereta itu nampak mcm kureng bijak, gunakan motor, jimatkan belanja, panas sikit je, kecil2 happy main hujan besar2 takkan tak suka
    32. Jangan berhutang kerana layak pinjaman – Tolak offer koperasi, bank, untuk loan yang tak perlu kecuali anda merancang perniagaan
    32. Berhenti layan Maharaja Lawak Mega. Ia bukan percuma -paham tak, ada tempt tengok yg percuma
    33. Lupakan impian tambah Nelopah – gunakan waktu yang ada untuk mereka di sisi anda, bukan tambah cabang awek2 cun lagi yang bakal telan 2x wallet anda
    35. Kereta kecil tetap bergaya -cuci bersih2, hari2 buat kilat tetap nampak cantikkk
    36. Azam beli rumah bukan tambah orang rumah – okey…..
    37. Lupakan sportrim dan spoiler kereta. – sportrim selagi tak rosak pakaikan ajer, harga sportrim bukan murah
    38. MESYUARAT KELUARGA TENTANG BELANJA – sentiasa mesyuarat seperti bajet bulanan untuk sistematikkan perbelanjaan keluarga
    39. Kurangkan tengok drama orang kaya2
    40. Didik nafsu – Siapa yang boleh kawal nafsu, ia boleh kawal dunia. Bersedialah untuk tahun GST April 2015

    Bersediakah anda? Tepuk dada tanya poket. Jika poket masih diam tak berbunyi (atau berbunyi duit syiling), bolehlah mula ikut satu persatu senarai di atas..

    Ingin mengetahui rahsia perniagaan emas, ….  klik sini

  • Jongkong Emas, Perak dan Platinum tiada GST

    Jongkong Emas, Perak dan Platinum tiada GST

    gambarposPelaburan untuk logam berharga (IPM) yang terdiri daripada jongkong emas, perak dan platinum adalah di bawah pembekalan yang dikecualikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

    Presiden Persatuan Emas Malaysia (MGA) Abd Razak Mohd A Kadir berkata, jongkong emas terutamanya yang diperluaskan kepada pembekalan dikecualikan GST adalah yang mendapat akreditasi London Bullion Market Association (LBMA).

    “Di Malaysia, nilai dagangan pasaran IPM ialah RM10 bilion setahun dan 90 peratus daripadanya adalah jongkong yang diakreditasi LBMA manakala hanya 10 peratus yang ditempa tempatan,” katanya selepas mesyuarat agung tahunan pertama persatuan itu di sini, semalam.

    Bagaimanapun, hanya 10 peratus daripada dagangan emas di Malaysia dalam bentuk IPM manakala 90 peratus dalam bentuk barang kemas yang tertakluk kepada GST pada kadar enam peratus mulai 1 April ini.

    MGA ialah sebuah persatuan baru ditubuhkan untuk mewakili organisasi dan persatuan berkaitan industri logam berharga termasuk perlombongan, penapisan, penempaan, perdagangan, tukang barang kemas, pajak gadai, logistik berkaitan industri, kewangan dan institut penyelidikan.

    Setiausaha MGA, Datuk Louis Ng Chun Hau berkata, persatuan itu mengadakan beberapa sesi dialog dengan kerajaan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia berhubung isu GST yang membabitkan industri.

    Beliau berkata, antara aktiviti persatuan dalam tempoh terdekat ialah membuat susulan ke atas isu GST, terutamanya membolehkan jongkong yang ditempa tempatan di bawah pembekalan dikecualikan GST dan mencadangkan kepada kerajaan model GST untuk barang kemas.

    “Bagi barang kemas, kami harap kerajaan akan mempertimbangkan model sama dengan Turki apabila GST hanya dikenakan ke atas nilai tambah seperti kos buruh, reka bentuk dan sebagainya, tetapi bukan pada nilai emas,” katanya.

    MGA – Razak (Habib, Arrahnu Pos), Louis Ng (Public Gold)

  • Laporan Harga Emas Mac 2015 & GST

    Laporan Harga Emas Mac 2015 & GST

    graf-emas-2015

    Harga emas hari ini sedang melesu dan berada pada paras terendah sepanjang tahun 2015, setelah mencatatkan harga tertinggi pada 17-18 Januari lalu (150.37/g) emas terus  menjunam keparas 136.62/g hari ini

    Pada 1 April 2015 ini, kerajaan akan mula memperkenalkan GST dan emas tidak terkecuali turut dikenakan cukai, maka peminat-peminat emas harap bersedia dengan poket lebih tebal untuk membeli emas, cukai yang dikenakan adalah minima, dukacitanya ada  sesetengah pembeli malah peniaga tersilap faham bagaimana cukai GST akan dikira pada barangan kemas.

    Cukai GST yang dikenakan kepada emas akan dikira 6% dari keuntungan jualan, bukannya 6% dari harga emas semasa. Jadi akan timbul nanti, pembeli akan dapat mengagak keuntungan sebenar peniaga emas dari tax 6% yang dikenakan. Ada beberapa contoh cara kiraan GST untuk barang kemas.

     

    Contoh paling senang : Cincin emas 10g berharga RM1000 dibeli dari pembekal RM800. maka cukai GST yang akan dikenakan adalah

    • 6% x RM200 = RM12.00 , bukannya
    •  6% x RM1000 = RM60.00 (salah!)

    Contoh lebih kompleks: Cincin emas 10g dibeli dari pembekal RM800 + upah RM50, penjual menjual pada harga RM1000 + upah RM200, maka

    • 6% x Untung (RM350) = RM21 (Betul)
    • 6% x Jumlah Harga (RM1200) = RM72 (Salah)

    Oleh kerana harga emas berubah setiap hari, penjual emas kecil-kecilan, borong, peraih (jika dikenakan GST) memerlukan sistem akaun dan POS (Point of Sale) yang lebih teratur untuk rekod transaksi kos modal dan jumlah jual untuk dikira GST, bukannya seperti cara lama bergantung kepada turun naik harga emas per gram setiap hari. Jadi kepada kita yang niaga kecil-kecilan ini ada baiknya menggunakan Microsoft excel yang dah familiar dari software akaun yang complex seperti Quiken n etc, Boleh dapatkan sistem akaun excel DKS yang senang disini

    Bagaimanapun setakat hari ini, cukai GST tidak akan dikenakan kepada jongkong emas, emas mentah dan raw material emas yang lain, cukai hanya  dikenakan kepada barang kemas & perhiasan sahaja

    Kejatuhan matawang ringgit berbanding dollar juga memberi impak agak luas kepada harga emas pasaran tempatan kerana setiap kali tukaran matawang jatuh, kita terpaksa membayar lebih untuk mengimport emas kedalam negara.

    Ada beberapa ketika tahun ini  pasaran emas antarabangsa dalam keadaan menaik tetapi pasaran emas tempatan merundum disebabkan matawang negara merosot, tukaran matawang MY/USD hari ini USD1/MYR3.70

    Shahrul Emas www.hrg.ms SMS/Whatsapp 012-2301015

    Dapatkan diskaun RM5/gram untuk emas @Pandora916,  layari www.hargaemas.my