Tag: emas curi

  • Pembeli Emas Beraya di Lokap – Beli Emas Curi

    Pembeli Emas Beraya di Lokap – Beli Emas Curi

    beraya-lokapPAKA – Seorang suri rumah berdepan detik cemas apabila menerima ‘kunjungan’ tiga penjenayah bertopeng sebelum berjaya melarikan barangan berharga miliknya dalam satu kejadian pecah rumah dekat sini, minggu lalu.

    Namun, tindakan bijak jiran mangsa yang mencatat nombor plat kenderaan dinaiki suspek selepas mengesyaki kehadiran kenderaan mencurigakan itu, sebelum memaklumkan kepada polis berjaya membawa kepada penahanan tiga remaja yang terlibat melakukan jenayah terancang tersebut.

    Sebaik menerima laporan kes pecah rumah di Jalan Santong kira-kira jam 10 malam itu, polis yang bertindak berdasarkan nombor plat Perodua Myvi dinaiki suspek ketika melakukan jenayah tersebut terus melancarkan operasi khas.

    Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, hasil siasatan polis mendapati kereta yang digunakan suspek adalah kereta sewa.

    Menurutnya, kesemua suspek berjaya ditahan di Kemaman ketika ingin menghantar kereta berkenaan.

    “Hasil siasatan, suspek yang menutup muka serta mengacukan parang kepada pengadu ketika melakukan jenayah itu dikatakan sudah menjual barang kemas yang dirompak kepada seorang peniaga emas di Kuantan, selain barangan elektrik hasil rompakan kepada seorang lagi rakan subahatnya,” katanya.

    Menurut Ahmad, susulan penahanan dua rakan kepada kumpulan penjenayah terbabit, polis berjaya merampas emas yang sudah dilebur selain televisyen, telefon bimbit serta komputer riba milik mangsa.

    “Dua rakan suspek yang membeli barang curi itu kini ditahan dan didakwa di mahkamah. Manakala, tiga suspek yang terbabit dalam jenayah samun berkumpulan itu juga didakwa mengikut Seksyen 396/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

    emas-rompak-curi-paka
    Ahmad (kanan) menunjukkan barang kes yang dirampas daripada penjenayah bertopeng yang melakukan rompakan di Jalan Santong.
  • Elak Pakai Barang Kemas Ketika Ramadhan – Kes Pukau Tertinggi

    Elak Pakai Barang Kemas Ketika Ramadhan – Kes Pukau Tertinggi

    Pukau rokok antara kaedah untuk memastikan mangsa menyerahkan barangan dan wang kepada penjenayah.
    Pukau rokok antara kaedah untuk memastikan mangsa menyerahkan barangan dan wang kepada penjenayah.

    Polis Metropolitan Jakarta Raya mengingatkan masyarakat agar lebih berwaspada terhadap peningkatan kadar jenayah seperti rompakan menggunakan pukau pada bulan Ramadan.Polis  mendapati kejadian rompakan menggunakan cara pukau adalah kes jenayah paling tinggi berlaku ketika Ramadan.

    Peningkatan kadar jenayah itu didorong kerana keperluan harian yang mendesak pada bulan puasa.

    Sehubungan itu, pihak keselamatan terbabit mengingatkan masyarakat supaya lebih berwaspada dalan menjalani kegiatan harian.

    Seperti yang berlaku pada tahun sebelumnya, jenayah yang berlaku pada Ramadan terjadi dengan pelbagai modus operandi.

    “Berhati-hati dan tidak menjadikan diri mangsa dengan tidak memakai barang kemas atau membawa barangan berharga ketika berada tempat awam,” katanya jurucakap polis itu.

    Melalui data yang diperoleh, katanya, pukau antara jenayah paling tinggi berlaku ketika Ramadan dan ia biasanya terjadi kepada pengguna pengangkutan awam.

     

  • Video: Kanak-Kanak 6 Tahun Mencuri di Kedai Emas

    Video: Kanak-Kanak 6 Tahun Mencuri di Kedai Emas

    Seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun biasanya sibuk di sekolah dan bermain dengan temannya. Namun seorang kanak-kanak yang berani berbuat tindakan jenayah walaupun usianya masih sangat muda. Kanak-kanak ini dengan berani mencuri wang di sebuah kedai emas.

    Entah bagaimana, tapi seorang gadis kecil berusia 6 tahun sudah diajar mencuri. Wang sejumlah 500,000 rials ($ 2500 USD) di sebuah kedai perhiasan emas di Arab Saudi ghaib dicuri oleh si gadis kecil ini. Tapi, aksi si kecil ini terakam oleh kamera CCTV di kedai tersebut.

    Ternyata, gadis kecil ini tidak sendirian. Dia dibantu oleh ibunya dalam melakukan aksinya itu. Ketika itu, dua wanita serta seorang kanak-kanak  masuk ke kedai perhiasan. Seperti pelanggan lain, mereka datang untuk membeli barang kemas di sana.

    Ketika ibunya dan wanita itu sibuk mencuba perhiasan. Kanak-kanak itu pergi menyelinap ke bahagian dalam stor kedai. Ternyata ibunya sudah menyiapkan ini semua.

    Dia berpura-pura mencuba perhiasan kerana ingin mengalihkan perhatian daripada penjaga kedai Dia juga sudah menyiapkan sebuah beg besar yang akan digunakannya untuk menyimpan barang rampasan anaknya.

  • 1 Juta Emas Dilarikan Dalam Rompakan Kedai Emas

    1 Juta Emas Dilarikan Dalam Rompakan Kedai Emas

    KUALA LUMPUR – Sekumpulan perompak memasuki sebuah kedai emas dengan menebuk dinding belakang premis itu sebelum melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM1 juta dalam satu kejadian di Jalan Genting Klang di sini Sabtu lepas.

    Kejadian dipercayai berlaku pada 9 malam dan hanya disedari seorang pekerja kedai emas itu pada 8 malam keesokan harinya.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Othman Abu Bakar berkata kumpulan suspek itu dipercayai mempunyai kepakaran menggunakan peralatan memecah dinding serta peti kebal, selain telah lama memerhatikan premis berkenaan.

    “Dipercayai mereka menggunakan gas acetylene untuk melembutkan peti kebal sebelum memecahkannya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

    Difahamkan kejadian di premis yang beroperasi dari 8.30 pagi hingga 8.30 malam itu menyaksikan tiga peti besi berisi barang kemas ditebuk suspek.

    Othman berkata kumpulan penjenayah itu turut memotong wayar sistem penggera dan kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan bagi mengelak wajah mereka dikenal pasti.

    Seorang pekerja sebuah kedai berhampiran yang enggan dikenali berkata kumpulan perompak itu juga bertindak mengalihkan pandangan CCTV di belakang premis tempat dia bekerja ketika kejadian.

    Tinjauan Bernama mendapati lubang berukuran badan manusia ditebuk di dinding belakang kedai emas itu manakala gril di dalamnya dipatahkan dan terdapat kesan tebuk pada dinding nipis untuk masuk ke tempat barang kemas disimpan. – Bernama

  • Porsche Berwarna Emas dicuri di Showroom

    Porsche Berwarna Emas dicuri di Showroom

    KUALA LUMPUR  : Kereta Porsche Panamera bernilai kira-kira RM900,000 yang dicuri dari sebuah bilik pameran di Jalan Bukit Bintang pada 11 Okt lepas, ditemui semula berdekatan sebuah kondominium di Seri Kembangan di sini, hari ini.

    Porsche Panamera 4
    Ianya ditinggalkan di tempat letak kereta Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan dan jarak lokasi dari tempat kereta itu disamun hanya kira-kira 24 kilometer sahaja. Ketika ditemui, Porsche tersebut memakai nombor pendaftaran palsu, WGU 123.
    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata kereta Porsche berwarna emas itu ditemui dalam keadaan baik pada 12 tengah hari.
    “Kereta mewah itu kini diletakkan di Ibu pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah di sini,” katanya ketika dihubungi di sini.
    Dalam kejadian itu, kereta Porsche berkenaan dilarikan pada kira-kira 9 pagi oleh seorang lelaki yang sebelum itu berpura-pura untuk berjumpa dengan seorang petugas di bilik pameran itu.
    Lelaki berpakaian kemas dan bertopi itu kemudian naik ke tingkat satu premis dan menggeledah meja untuk mencari kunci kereta berkenaan sebelum melarikan kereta itu.
    Susulan kejadian itu, seorang lelaki ditahan pada keesokannya di Klang dan tempoh reman lelaki itu dilanjutkan setelah penemuan Porsche itu.
    Polis juga masih mencari Mohd Azri Mohd Kassim, 31, yang alamat terakhir di 1801-C1, Blok C, Armanee Condominium, Damansara Perdana dekat sini untuk membantu siasatan.