Dinar Kelantan Rugi 0.02 Juta Diaudit, 1MDB 42,000 Juta?

dinar-kelantan

Audit Negara dalam laporan siri keduanya melaporkan KGT, pengeluar dinar kelantan rugi sebanyak RM0.02juta ataupun RM20,000 pada tahun 2012, tetapi tiada laporan berkenaan 1MDB  yang rugi hampir RM42,000 juta dilaporkan malah audit pun mungkin belum pun bermula, seperti kata pepatah Kuman Di Seberang Laut Nampak, Gajah Di Hadapan Mata Tak Nampak.

Skandal KGT ini pernah dilaporkan dimedia massa sebelum ini kononnya seorang Exco negeri terlibat dalam skandal melibatkan kerugian berjuta-juta dialami negeri kelantan , tetapi selepas diaudit kerugian sebenarnya 0.02 juta je iaitu RM20 ribu je pada tahun 2012 dan pada 2013 hampir semua syarikat pengeluar emas mengalami kerugian kerana kejatuhan harga emas yang drastik seperti graf dibawah.gold_5_year_g_x_MYR-16-6-2015

Laporan dari bernama seperti dibawah:

KOTA BHARU – Perolehan dinar dan dirham tanpa perjanjian dan penyerahan dinar dan dirham yang dibuat sebelum bayaran diterima adalah antara kelemahan dalam pengurusan aktiviti dan kewangan syarikat Kelantan Gold Trade Sdn Bhd (KGT), demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 2.

Kelemahan lain yang dikesan dalam anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu ialah aktiviti pembelian balik tanpa prosedur dan kawalan, dinar dan dirham tiada sijil ketulenan dan agen pemasaran tidak menandatangani serta mematuhi syarat perjanjian.

p125 husam putrajaya dinar emas

Pengurusan stok dinar dan dirham yang kurang memuaskan, tiada surat lantikan bagi ketua pegawai eksekutif, penasihat, pengarah dan pengarah eksekutif syarikat, dan aset tidak dimanfaatkan bagi menjana pendapatan kepada syarikat juga merupakan antara kelemahan yang dikesan, demikian menurut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat, hari ini.

Laporan itu menyebut prestasi kewangan kurang memuaskan kerana syarikat tersebut mengalami kerugian bersih berjumlah RM0.02 juta pada 2012 dan RM0.63 juta pada 2013.

Pengauditan yang dijalankan pada Ogos hingga Oktober 2014 itu mendapati tadbir urus korporat KGT memuaskan namun ada beberapa kelemahan dalam pengurusan aktiviti dan pengurusan kewangan.

Pihak audit telah mengesyorkan KGT mengambil beberapa langkah mengatasi kelemahan itu termasuk melaksanakan kajian semula terhadap penggunaan dinar dan dirham sebagai mata wang Syariah di Kelantan khususnya dan di Malaysia amnya bagi memastikan objektif penubuhan KGT tercapai.

Harga Dinar Emas Cuma RM154 Pada Tahun 2000

Gambar keratan akhbar diatas menunjukkan 13 keping dinar emas berharga RM2000 bermaksud RM154 harga per dinar

Cuba anda perhatikan dalam setiap kotak berwarna merah yang telah saya warnakan. Menurut pada kotak berwarna merah tersebut ianya menyatakan bahawa 13 Dinar bersamaan dengan MYR 2000 pada tahun 2000. Petanda ini menunjukkan bahawa pada tahun tersebut 1 Dinar hanyalah berharga MYR 154 untuk setiap keping. Jika bilangan yang sama diambil pada tahun 2012 ini, ianya adalah bersamaan dengan MYR 9 870 ! Kenaikan sebanyak 393 % sepanjang 12 tahun yang lepas. Dimana secara puratanya adalah sebanyak 32 % setiap tahun! Aset atau pelaburan apakah yang menawarkan kenaikan yang sebegitu banyak? Ini jelas menunjukkan bahawa Emas adalah penyimpan kekayaan yang sebenar dimana ianya tidak dimamah usia mahapun inflasi sekalipun! Sepanjang 11 tahun yang lepas inflasi adalah sebanyak 3 % setiap tahun untuk setiap helaian duit kertas yang ada di tangan kita mahupun bank-bank sekalipun.

 

Jika inflasi diambil kira sebanyak 3 % setiap setahun secara purata dengan jumlah simpanan sebanyak MYR 2000 di tahun 2000 dan tiada penambahan simpanan sehingga tahun 2011 disimpan pula di ASB dengan purata 9.24 % (dividen + bonus), jumlah simpanan anda menjadi sebanyak MYR 4 032.80 dan ditolak pula dengan inflasi ianya hanyalah MYR 3 372.80. Nilai hak simpanan anda sebenarnya telah dinafikan oleh inflasi sebanyak MYR 660. Jumlah ini walaupun sedikit sepanjang 11 tahun tetapi ianya tetap besar pada saya. Melainkan anda sekalian adalah jutawan yang tidak menghiraukan kerugian yang hanya sebanyak 33 % sepanjang 11 tahun lepas.

 

Situasi diatas jelas menunjukkan bahawan Emas adalah kalis inflasi tidak kira samada di zaman dahulu mahupun sekarang, bilangannya tetap adalah 1 Dinar dan hanya nilainya sahaja yang berubah dek kenaikan inflasi saban tahun. Jadi saya disini menyeru anda sekalian untuk kembali kepada matawang Syariah kita dimana ianya halal dari segala segi dan tidak menafikan hak anda sebagai rakyat dan pengguna.

Apakah harga dinar hari ini setelah 14 tahun berlalu?

harga dinar kelantan-5-4-2014