Tag: cincin permata

  • Hearts Of Fire, Potongan Berlian Terkenal

    Hearts Of Fire, Potongan Berlian Terkenal

    Hearts-on-Fire-7-Rings

    ILLARIA Lanzoni, mungkin nama yang agak asing di negara ini. Namun wanita kelahiran Itali mula mencipta nama sebagai pereka barang kemas sejak berkhidmat di Garrads, London. Menceritakan jatuh bangun beliau dalam industri rekaan berlian, Lanzoni berkata semuanya bermula secara kebetulan.

    Pada usia 13 tahun,  dia memilih mengambil jurusan rekaan barang kemas di sekolah reka bentuk dan seni bina.

    “Ketika kecil saya sangat suka berimaginasi. Daripada itu saya membuat rekaan sendiri,” katanya kepada mStar Online dalam satu temubual eksklusif di Bangsar Village baru-baru ini.

    Mengenai kehidupan peribadinya, Lanzoni berkata dia bukanlah berasal dalam keluarga yang berada, kerana ibunya hanya bekerja sebagai tukang jahit.

    “Saya membesar dengan keadaan rumah yang agak bersepah, dengan helaian potongan kain dan benang di mana-mana. Untuk menjadi seorang yang kreatif saya tidak betah tinggal dalam suasana sedemikian, saya suka setiap barang disusun mengikut berada aturan.

    “Atas sebab tertentu saya tidak mahu menjadi seorang pereka fesyen, jadi saya pilih jurusan rekaan barang kemas,” katanya.

    Hearts of Fire

    Hearts of Fire merupakan salah satu syarikat pereka berlian terkenal dunia. Syarikat ini sering mengeluarkan berlian keluaran khas yang menjadi buruan peminat setianya.

    Ketika mereka memulakan pencarian untuk mencari pereka berlian yang baru, saya masih berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Rekaan di Garrads di London.

    “Pada ketika itu saya gembira di sana. Namun pada masa yang sama, saya fikir tidak salahnya jika mencuba nasib dan saya  tidak akan menolaknya jika ada orang menawarkan kepada saya untuk pergi temu duga,” katanya.

    Illaria Lanzoni

    Illaria Lanzoni seorang pereka berlian yang merendah diri.

     

    Walaupun Lanzoni mempunyai pengalaman selama 17 tahun sebagai pereka berlian, dia masih perlu menghadiri tiga sesi temu duga sebelum diterima bekerja di Hearts of Fire.

    “Namun saya tetap menguatkan semangat untuk pergi ke sesi temu duga berkenaan.  Saya menyakinkan diri saya mampu mengharungi apa jua cabaran ketika sesi temu duga berkenaan.

    “Selepas mendapat tawaran daripada Hearts of Fire, saya masuk ke pejabat kali pertama dan saya teruja apabila melihat batu berlian yang berkilau.

    Mereka menawarkan kepadanya jawatan yang bagus, suasana kerja yang menarik serta santai dengan harapan Lanzoni dapat menghasilkan berlian yang mempunyai kualiti serta reka bentuk yang unik.

    “Selepas diterima menyertai Hearts of Fire saya akhirnya membuat keputusan untuk berhijrah ke Boston,” katanya.

    Bercerita mengenai pengalamannya berkolaborasi bersama syarikat Habib Jewel, Lanzoni berkata kedua-dua syarikat berkenaan telah bekerjasama sejak 10 tahun lalu.

    “Hubungan kerjasama itu telah lama terjalin, kami mementingkan kualiti produk yang dihasilkan.  Sama seperti  Hearts of Fire, Habib Jewels juga mahu memberi kepuasan yang maksimum kepada pelanggannya,” katanya.

    Ditanya mengenai pengalamannya sebelum menjadi pereka berlian terkenal Lanzoni berkata dia juga sama seperti orang lain memulakan kariernya dari bawah sebelum berjaya mencipta nama.

    “Ketika saya memulakan karier sebagai pereka berlian bukanlah mudah. Saya menghadiri beberapa sesi temu duga dengan membawa set portfolio dan tiada siapa yang mahu bertemu dengan saya.

    “Yang penting anda tidak harus berputus asa dan dalam bidang ini dan perlu kuatkan keazaman untuk berjaya,” katanya.

    Lanzoni juga tidak lokek berkongsi rahsia kejayaannya berkata untuk menghasilkan rekaan barang kemas yang anda perlu kreatif namun anda perlu melakukannya mengikut susunan.

    “Bukan seperti anda membuat lukisan kita boleh menconteng sesuka hati. Berlian adalah satu barang yang sangat berharga, sudah pasti ada peraturan yang perlu anda ikuti sama seperti anda membina ingin sebuah bangunan. Ia salah satu cara untuk menjadi kreatif.

    Menurutnya, apa sahaja yang dilihatnya menjadi sumber inspirasinya dalam  mereka berlian.

    “Dengan melancong saya akan dapat memperoleh banyak inspirasi. Di studio saya ada banyak papan tanda untuk saya lukis lakaran tertentu apabila saya mempunyai idea,” katanya.

    “Jika anda mahu produk dikenali diperingkat global anda harus mempunyai reka bentuk yang berbeza dan menarik namun ini memerlukan sumber inspirasi,” katanya.

    Sebagai pereka pada mulanya sudah pasti kita mempunyai perasaan bahawa orang lain tidak mahu melihat rekaan kita.

    Bercerita mengenai pengalamannya sebelum ini, beliau berkata dalam tempoh tiga bulan pertama dia berhijrah ke London dia tidak mahir berbahasa Inggeris.

    “Saya mula membuat barang kemas dan menjualnya di pasar. Selepas itu saya membuka kedai sendiri dan kembali ke bidang rekaan, saya telah melalui jatuh bangun dalam bidang ini. Saya tidak pernah berputus asa. Bagi saya untuk berjaya perlukan pengorbanan.

    Untuk menarik perhatian golongan muda, saya perlu mereka produk yang mempunyai rekaan yang ringkas dan mereka lebih suka emas putih,” katanya.

  • Lombong Berlian Terbesar di Russia (Gambar)

    Lombong Berlian Terbesar di Russia (Gambar)

    Mir Mine atau Mirny Mine adalah lombong berlian berupa lubang besar terbuka yang terletak di Mirny , Siberia Timur , Rusia.

    The-biggest-diamond-mine

    Lombong ini mempunyai kedalaman 525 meter dan berdiameter 1,200 meter . Lombong ini menjadi lombong terbesar kedua di dunia selepas Bingham Canyon Mine . Ruang udara diatas lombong ini ditutup bagi helikopter kerana beberapa kemalangan yang berlaku di mana mereka disedut kedalam akibat udara yang mengalir ke bawah lubang .

    berlian-rusia

    Lombong ini ditemui pada 13 Jun , 1955 oleh ahli geologi Soviet , Yuri Khabardin , Ekaterina Elagina dan Viktor Avdeenko dalam Ekspedisi Amakinsky di Yakut ASSR . Mereka mencari jejak batu volkanik kimberlite yang biasanya dihubungkan dengan berlian . Atas penemuan ini , pada tahun 1957 Khabardin dianugerahi Lenin Prize.

    7 Foto Bekas Lombong Berlian Yang Terbesar di Rusia3 7 Foto Bekas Lombong Berlian Yang Terbesar di Rusia 7 Foto Bekas Lombong Berlian Yang Terbesar di Rusia4 7 Foto Bekas Lombong Berlian Yang Terbesar di Rusia 7 Foto Bekas Lombong Berlian Yang Terbesar di Rusia5 7 Foto Bekas Lombong Berlian Yang Terbesar di Rusia 7 Foto Bekas Lombong Berlian Yang Terbesar di Rusia6 7 Foto Bekas Lombong Berlian Yang Terbesar di Rusia 7 Foto Bekas Lombong Berlian Yang Terbesar di Rusia7 7 Foto Bekas Lombong Berlian Yang Terbesar di Rusia

    Di samping pengaruh iklim yang cukup merumitkan , pada tahun 1960 lombong ini menghasilkan 10,000,000 berlian per tahun . Berlian terbesar di lombong itu ditemui pada 23 Disember 1980 , dengan berat 342.5 karat atau 68 gram dan diberi nama ” 26th Congress cpsu ” .

    Perkembangan yang amat pesat dari lombong ini membuat De Beers bimbang, syarikat yang saat itu menjadi pengedar berlian terbesar di dunia . De Beers harus membeli berlian Rusia untuk mengawal harga pasaran , dan oleh kerana itu harus mengetahui sebanyak mungkin perkembangan lombong itu .

    Pada tahun 1970 , eksekutif De Beers , Sir Philip Oppenheimer dan ahli geologi Barry Hawthrone tiba untuk melawat lombong di Mirny meskipun hanya mempunyai masa 20 minit kerana jangkamasa visa mereka akan segera habis . Namun demikian mereka sudah cukup mendapatkan maklumat penting yang ingin mereka perlukan sebelum mengambil alih lombong Mirny.

    Selepas beroperasi selama 44 tahun , pada 2001 lombong itu ditutup . Selepas kejatuhan USSR ( Soviet Union ) , pada tahun 1990-an , lombong itu dikendalikan oleh syarikat berlian , Sakha yang mencatatan jualan berlian tahunan sebanyak $ 600juta .

    Pada hari ini, lombong emas  itu Mir Mine dikendalikan oleh Alrosa , iaitu syarikat berlian terbesar di Rusia dengan 3600 pekerja .

    Pada tahun 1970an , pembinaan dilakukan dengan membina rangkaian bawah tanah . Pengeluaran berlian dengan kaedah ini bermula pada tahun 1999 dan dijangka akan berterusan selama 27 tahun . Anggaran ini berdasarkan kedalamannya iaitu 1220 meter . Dan untuk menstabilkan lubang utama yang terbengkalai , bahagian dasarnya disalut oleh serpihan setebal 45 meter .

  • Cincin diperbuat dengan 100% berlian pertama di dunia | harga usd70j

    As-Salam.
    Perghh larat kau nak beli … sebuah syarikat pengeluar berlian di Switzerland telah menghasilkan sebuah cincin yang didakwanya merupakan cincin pertama di dunia yang dibentuk sepenuhnya daripada berlian.
    Shawish Jewelry membentuk cincin ini daripada 150 karat berlian yang dianggarkan bernilai USD$70 juta.

    Cincin ini dibentuk menggunakan laser oleh presiden dan CEO Shawish iaituMohamed Shawesh, disamping beberapa teknik tradisional lain untuk membentuk dan melicinkan cincin berlian tersebut.

    sumber asal: http://news.faizalfredley.com/cincin-berlian-sepenuhnya-pertama-di-dunia-harga-usd70-juta/