Tag: cara lombong emas

  • Kehidupan Pelombong Emas di Brazil (Gambar)

    Kehidupan Pelombong Emas di Brazil (Gambar)

    Serra Pelada

    Serra Pelada (Gunung Botak) ialah sebuah lombong emas yang terletak di Brazil. Ianya kini sudah ditutup dan sudah menjadi sebuah tasik yang tercemar. Pada tahun 1979 seorang petani menemui ketulan emas di ladang milik beliau. Setelah menggaji seorang ahli geologi untuk melakukan survey, mereka mendapati kawasan Serra Pelada mempunyai simpanan emas yang besar.

    Apabila berita ini tersebar ratusan ribu orang mula membanjiri kawasan ini untuk melombong emas. Bongkah emas terbesar yang ditemui di sini adalah seberat 6.8 kilogram. Pernah suatu ketika seramai 100 000 orang dikatakan melombong emas disini. Teknik pelombongan mereka adalah primatif dan merbahaya kerana menggunakan merkuri. Akibatnya selepas lombong ini ditutup dan menjadi sebuah tasik, kandungan merkuri yang tinggi mengakibatkan ikan yang hidup di dalamnya tidak boleh dimakan.

    gold 01+(2) Kehidupan Pelombong Emas Brazil Yang Sadis

    gold 04 Kehidupan Pelombong Emas Brazil Yang Sadis
    gold 02 Kehidupan Pelombong Emas Brazil Yang Sadis
    gold 05 Kehidupan Pelombong Emas Brazil Yang Sadis
    gold 03 Kehidupan Pelombong Emas Brazil Yang Sadis
    gold 06 Kehidupan Pelombong Emas Brazil Yang Sadis

  • Lombong Emas Ditemui di Perak

    Lombong Emas Ditemui di Perak

    zambry emas perakIPOH – Perak yang dulunya kaya dengan bijih timah, kini dikejutkan dengan penemuan di beberapa kawasan yang dikenal pasti menjadi lubuk emas. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti beberapa kawasan di negeri ini yang memiliki deposit emas yang berdaya maju.

    Beliau juga telah mengarahkan Jabatan Mineral dan Geosains menjalankan kajian terperinci berhubung penemuan tersebut. Menurutnya, satu laporan penuh perlu dibentangkan bagi memastikan kawasan yang dimaksudkan benar-benar berpotensi untuk dikomersialkan ataupun sebaliknya.

    “Kita nak tengok juga sama ada kawasan itu ada banyak atau sedikit sahaja longgokkan emas dan kawasan itu kita telah pun kenal pasti, tapi saya tidak boleh dedahkan kepada umum, takut timbul pula masalah lain kelak. “Setakat ini, kita serahkan jabatan berkaitan menjalankan kajian potensi itu dahulu dan kita tengok hasilnya nanti,” katanya di sini, semalam. Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan Datuk Dr Mah Hang Soon serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan.

    Pada Ogos 2009 lalu di Teluk Intan, Zambry dalam kenyataannya turut mengandaikan Perak mungkin muncul sebagai negeri pengeluar emas terbesar di negara ini berikutan kajian mendapati beberapa kawasan di negeri ini memiliki logam berharga berkenaan. Katanya, Kerajaan Negeri akan mengorak langkah setapak lagi untuk mengadakan kegiatan perlombongan emas bagi menggantikan industri lombong bijih timah yang menjadi kebanggaan Perak sejak beberapa dekad lalu.

    Mengulas lanjut, Zambry berkata, Kerajaan Negeri turut mengadakan perbincangan bagi melakukan rombakan semula kategori bahan mineral, galian dan logam yang terdapat di Perak. “Kita lihat setiap bahan itu perlu diperhalusi dan dikategorikan mengikut spesifikasinya yang betul bagi mendapat pulangan sebenar mengikut harga pasaran.

    “Dulu kita guna istilah yang terlalu umum iaitu galian, sama ada bijih timah, pasir, batu atau bahan lain seperti emas, sedangkan ia berbeza royalti dan premiumnya. “Justeru itu, kita rasa perlu diperhalusi serta dikategorikan mengikut kesesuaian tertentu dengan menukarkan istilah utamanya daripada galian kepada mineral,” katanya.

    Menurutnya, ia juga bagi mengelakkan pelbagai masalah dihadapi dari segi bayaran premium daripada pengusaha terlibat.