Tag: cara kira gst emas

  • Jualan Emas Merosot Lebih 50% Selepas GST

    Jualan Emas Merosot Lebih 50% Selepas GST

    kedai-emas-trg

    KUALA TERENGGANU – Walaupun harga emas kini jatuh sehingga RM136 satu gram bagi emas 916 dan RM153 satu gram bagi emas 999.9, prestasi jualan emas merudum kerana kuasa beli kebanyakan pengguna semakin lemah selepas pelaksanaan GST.

    Pemilik Kedai Emas Roslan @ Azizah, Azizah Mohd Nor, 54, berkata, selepas empat bulan pelaksanaan GST, beliau boleh simpulkan, jualan merudum sehingga 50 peratus berbanding tahun lalu.

    Menurutnya, sebelum Hari Raya Aidilfitri, harga emas semasa mengikut Persatuan Peniaga Emas Melayu Terengganu ialah RM145/g bagi emas 916 dan kini nilainya semakin murah.

    “Sekarang, walaupun emas murah, pelanggan ramai yang datang ke kedai, tetapi yang membeli kurang. Seminggu sebelum Aidilfitri dulu ramai yang datang untuk beli emas, sekarang agak kurang sikit dan jualan juga sudah tidak begitu rancak.

    “Begitu juga sebelum pelaksanaan GST sebelum ini, ramai datang cari emas terutama pelanggan dari luar Terengganu. Sehari selepas pelaksanaan GST, boleh kira dengan jari pelanggan yang masuk, malah tiada langsung yang membeli emas,” katanya.

    Azizah yang mempunyai dua cawangan kedai iaitu di Mydin Mall dan di Batu Enam, berkata, kini, walaupun harga emas jatuh, pelanggan kebanyakannya berfikir panjang sebelum membeli emas kerana perlu membayar kos GST serta harga upah.

    “Disebabkan GST, kalau mereka yang beli emas RM10,000, kena bayar GST RM600. Itu memang tidak boleh lari. Sebab itulah di kedai ini, saya terpaksa juga bertawar harga emas semasa dengan pelanggan dan saya meletakkan tawaran harga emas semasa dan harga upah pada kadar yang paling rendah.

    “Sekarang, mereka yang beli emas pun yang memang benar-benar ada duit lebih dan mempunyai kepentingan seperti untuk tujuan perkahwinan, untuk hantaran ataupun majlis pertunangan. Kalau setakat suka-suka mahu kumpul koleksi emas, itu memang jarang sangat yang beli,” katanya.

    Menurutnya, disebabkan harga emas kini tidak stabil, tidak ramai yang berminat dalam pelaburan itu, malah yang mencari emas 999.9 juga kurang berbanding dua tahun lalu.

    “Kalau dua tahun lalu, harga emas 999.9 memang tinggi kira-kira RM180 lebih bagi satu gram. Kini harganya jatuh dan bagi mereka yang mahu menjual emas itu perlu tunggu harga emas naik supaya tidak rugi.

    “Harga emas sekarang turun naik bergantung pada ekonomi negara dan dunia. Kita tidak boleh jangka bila ia akan naik dan bila akan turun. Yang kita boleh simpulkan buat masa ini harga emas tidak stabil,” katanya.

    Sementara itu, Pemilik Kedai Emas dan Permata Nazri Sri Gelugor, Nazri Ismail, 49, berkata, prestasi jualan emas kini amat membimbangkan dan boleh dikatakan 50 hingga 70 peratus keuntungan jualan telah merosot.

    “Selepas pelaksanaan GST empat bulan lalu, lebih kurang 50 peratus jualan merosot. Harga emas turun sekarang tetapi kuasa beli tiada.

    “Kalau tahun lalu, dua minggu sebelum Aidilfitri orang berpusu-pusu cari emas, tahun ini, dua hari nak raya baru ada orang beli emas,” katanya yang menjual emas 916 pada harga RM136/g dan 999.9 pada harga RM153/g.

    Sementara itu, pemilik Azura Jewel’s Sdn Bhd, Khairuazura Abd Rahman berkata, sebulan selepas pelaksanaan GST, sambutan pelanggan amat kurang dan jualan hanya satu per tiga daripada kebiasaan, iaitu jualan merosot lebih 50 peratus.

    “Selepas masuk April, Mei dan Jun, masyarakat sudah boleh menerima kehadiran GST dalam belian emas mereka. Kini walaupun harga emas murah sekitar RM137/g bagi 916 dan RM155/g bagi 999.9, sambutan pelanggan agak hambar.

    “Musim perayaan sambutan ada, tetapi kurang berbanding sebelum GST. Ada yang beli, itu pun kerana ia begitu penting. Selepas Aidilfitri ini sambutan terhadap emas masih ada dalam tempoh seminggu selepas musim raya, sekarang, orang dari luar Terengganu telah pulang ke ibu kota dan jualan kini kembali hambar,” katanya.

     

    link: http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/jualan-emas-tidak-rancak-lepas-raya-1.415368

  • Laporan Harga Emas Mac 2015 & GST

    Laporan Harga Emas Mac 2015 & GST

    graf-emas-2015

    Harga emas hari ini sedang melesu dan berada pada paras terendah sepanjang tahun 2015, setelah mencatatkan harga tertinggi pada 17-18 Januari lalu (150.37/g) emas terus  menjunam keparas 136.62/g hari ini

    Pada 1 April 2015 ini, kerajaan akan mula memperkenalkan GST dan emas tidak terkecuali turut dikenakan cukai, maka peminat-peminat emas harap bersedia dengan poket lebih tebal untuk membeli emas, cukai yang dikenakan adalah minima, dukacitanya ada  sesetengah pembeli malah peniaga tersilap faham bagaimana cukai GST akan dikira pada barangan kemas.

    Cukai GST yang dikenakan kepada emas akan dikira 6% dari keuntungan jualan, bukannya 6% dari harga emas semasa. Jadi akan timbul nanti, pembeli akan dapat mengagak keuntungan sebenar peniaga emas dari tax 6% yang dikenakan. Ada beberapa contoh cara kiraan GST untuk barang kemas.

     

    Contoh paling senang : Cincin emas 10g berharga RM1000 dibeli dari pembekal RM800. maka cukai GST yang akan dikenakan adalah

    • 6% x RM200 = RM12.00 , bukannya
    •  6% x RM1000 = RM60.00 (salah!)

    Contoh lebih kompleks: Cincin emas 10g dibeli dari pembekal RM800 + upah RM50, penjual menjual pada harga RM1000 + upah RM200, maka

    • 6% x Untung (RM350) = RM21 (Betul)
    • 6% x Jumlah Harga (RM1200) = RM72 (Salah)

    Oleh kerana harga emas berubah setiap hari, penjual emas kecil-kecilan, borong, peraih (jika dikenakan GST) memerlukan sistem akaun dan POS (Point of Sale) yang lebih teratur untuk rekod transaksi kos modal dan jumlah jual untuk dikira GST, bukannya seperti cara lama bergantung kepada turun naik harga emas per gram setiap hari. Jadi kepada kita yang niaga kecil-kecilan ini ada baiknya menggunakan Microsoft excel yang dah familiar dari software akaun yang complex seperti Quiken n etc, Boleh dapatkan sistem akaun excel DKS yang senang disini

    Bagaimanapun setakat hari ini, cukai GST tidak akan dikenakan kepada jongkong emas, emas mentah dan raw material emas yang lain, cukai hanya  dikenakan kepada barang kemas & perhiasan sahaja

    Kejatuhan matawang ringgit berbanding dollar juga memberi impak agak luas kepada harga emas pasaran tempatan kerana setiap kali tukaran matawang jatuh, kita terpaksa membayar lebih untuk mengimport emas kedalam negara.

    Ada beberapa ketika tahun ini  pasaran emas antarabangsa dalam keadaan menaik tetapi pasaran emas tempatan merundum disebabkan matawang negara merosot, tukaran matawang MY/USD hari ini USD1/MYR3.70

    Shahrul Emas www.hrg.ms SMS/Whatsapp 012-2301015

    Dapatkan diskaun RM5/gram untuk emas @Pandora916,  layari www.hargaemas.my