Tag: boleh hutang emas

  • Bolehkah Membeli Emas Secara Berhutang?

    Bolehkah Membeli Emas Secara Berhutang?

    Soalan: Saya ingin membeli emas jongkong bernilai RM 10k., tetapi tidak cukup duit. Penjual emas menawarkan pinjaman wang tunai sebanyak 10k kepada saya untuk membayar harga emas jongkong tersebut. Adakah ini harus?

    Jawapan

    drazman-headerSebagaimana diketahui umum emas tidak boleh dijual beli secara tangguh atau hutang. Bagi tujuan bayaran tuni, pembeli boleh meminjam duit dari pihak ketiga, tetapi tidak boleh daripada penjual emas yang sama. Ini kerana ia termasuk dalam larangan Rasulullah SAW :

    نهى رسول الله عن بيع وسلف

    Maksus hadith: Rasulullah melarangan jual beli yang bersyaratkan pinjaman.

    Boleh difahami daripa hadith ini juga, larangan yang sama juga berlaku bagi pemberian pinjaman tetapi disyaratkan melakukan jual beli dengan pemberi pinjaman. Ini kerana ia melibatkan unsur megambil manfaat daripada hutang/pinjaman yang berkaitan rapat dengan riba. Setiap manfaat daripa hutang adalah riba.

    Wallahua’alam

     

    Source: http://drazman.net/2014/02/bolehkah-membeli-emas-dengan-cara-berhutang-sejumlah-wang-tunai-daripada-penjual-emas/