loket-emas-palsu

Kerugian loket emas palsu mencapai 80 juta

loket-emas-palsu
Oleh kerana ingin mendapat upah sebanyak RM150 untuk setiap surat, Khairul fahmi sanggup membiarkan satu syarikat ’emas’ menggunakan namanya untuk memajak ’emas’ didalam ar-rahnu. Kononnya sekadar untuk pajak sahaja dan syarikat akan tebus balik, dia tidak sedar bahawa namanya dipergunakan oleh syarikat yang tidak bertanggungjawab itu untuk mengaut keuntungan lumayan. Akhirnya, fahmi sendiri terjerat dan terpaksa membayar balik hutang bernilai ratusan ribu ringgit di bank dan berkemungkinan diblacklist dari financial institution.

Bagaimana syarikat ’emas’ ini mengaut keuntungan? beberapa bulan yang lalu, ketika orang ramai rancak memajak emas di bank-bank, ar-rahnu, kedai pajak express, tauke yang tidak bertanggung jawab ini mendapat idea untuk mencampurkan tungsten kedalam emas dan usaha ‘kotor’ mereka berjaya mengeksploitasi kelemahan mesin density meter yang digunakan. Akhirnya sejumlah besar emas kini yang berada di pasaran adalah campuran tungsten dan emas. Bukan sahaja loket, ada beberapa juga barang lain dengan peratusan emas cuma 30% sahaja tetapi mendapat bacaan tinggi di density meter.

Modus operandi mereka adalah mencari penganggur, mereka yang tidak bekerja dan menawarkan upah untuk setiap emas yang dipajak menggunakan nama mereka. Mangsa pada mulanya akan diterangkan tujuan hanyalah sekadar menggunakan nama mereka untuk pajakan, dan emas itu sebagai guarantee untuk syarikat tebus balik, jadi siapa yang kisah kalau setakat guna nama kan, lagi-lagi dapat upah lumayan. Maka beratus dan beribulah pemuda yang membantu tauke memajak emas2 palsu ke seluruh financial institution, maklumat terkini mengatakan nilainya kini hampir 80 juta, bukan sedikit.

Mereka yang bekerjasama dengan tauke ini pun bukan calang-calang orangnya, ada tu berguru dengan mentor jutawan negara, dengan semangat motivasi yang tinggi dan jiwa yang berkobar-kobar itu, mereka mengerahkan seluruh unit marketing untuk bekerja all-out mengaut keuntungan besar ini, mungkin paling besar berbanding syarikat yang lain.

Kami selalu ingat pesanan tok guru emas dulu, jika internet yang baru berusia belasan tahun pun penuh penipuan scam, swisscash dan berbagai lagi, apatah lagi dengan perniagaan emas yang dah wujud ratusan ribuan tahun dalam sejarah manusia. Ini baru satu syarikat, malah ada banyak lagi syarikat diluar sana yang sedang menanti signal untuk cabut. Maka nasihat kami berhati-hati dalam perniagaan emas, malah kami sendiri pun selalu tertipu dengan emas2 palsu ini. Wallahualam….

pameran emas negeri kelantan

Pameran Al-Quran, Emas & Perak di Muzium Kelantan

Sepanjang 1 Mei hingga 31 Ogos, Muzium negeri Kelantan akan mengadakan pameran Al-Quran, Emas dan perak, sesuai sebagai salah satu acara cuti sekolah akan datang jika anda ingin melawat negeri pantai timur. Antara item yang menarik adakah Al-Quran yang bersadur emas dan perak berusia lebih 600 tahun dari Dinasti Ming serta pameran emas-emas kelantan dan perak yang kami confirm semua orang tahu dengan keindahan dan keaslian negeri che siti wan kembang ini. berikut adalah info dari Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan. (facebook). Tiket yang disediakan adalah RM5.00 untuk dewasa, RM3.00 untuk kanak2 dan RM2.00 untuk mereka yang beruniform.

 

pameran emas negeri kelantan

 

PAMERAN AL QURAN EMAS & PERAK : KHAZANAH ISLAM DARI CHINA akan berlangsung dari 1 Mei 2012 sehingga 31 Ogos 2012 bertempat di Galeri Muzium Negeri, Kelantan. Anda semua dijemput hadir untuk menyaksikan keindahan Al-Quran bersadur EMAS dan PERAK berusia lebih 600 tahun dari Dinasti Ming.
Harga Tiket :
Dewasa : RM5.00
Kanak-kanak: RM3.00
Pelajar Sekolah Beruniform : RM2.00

Apa anda perlu tahu dalam pelaburan emas

Untuk mereka yang telah melabur didalam emas atau penjual emas, kami ingin kongsi satu infografik yang menarik berkenaan perkembangan pasaran emas, berapa banyak emas sudah dijual dan rekod-rekod emas sejak beberapa tahun lalu. Walaupun membeli emas ni bukan pelaburan yang kompleks macam beli blue chips, tetapi better juga tahu jika anda investor atau penjual.

Seelok-eloknya anda tahu serba sedikit sebelum menjalankan perniagaan, tak kenal maka tak cinta kata orang…kenali emas dan mulakan perniagaan dan pelaburan anda bersama Hargaemas. Anda pergi seminar-seminar emas ada mereka ajar dengan details? kebanyakannya promot kompeni mereka saja, dengan Hargaemas kami tidak putus akan beri info emas kepada anda, lebih banyak ilmu lebih senang untuk menjual kan…. lebih banyak training online di Facebook page agent (Hargaemas)

apa anda perlu tahu dalam pelaburan emas

Strategi pelaburan emas dengan modal pinjaman

Bonus istimewa sempena kenaikan gaji kakitangan awam, strategi mengoptimumkan keuntungan dari pelaburan Emas menggunakan modal dari pinjaman peribadi.

TIPS PENTING
1. Jika anda menggunakan sumber modal dari pinjaman peribadi untuk membeli Emas, anda MESTI merancang bagaimana anda boleh membuat bayaran balik pinjaman tersebut menggunakan Emas itu juga.
2. Tujuannya, walaupun anda mempunyai tanggungan pinjaman yang digunakan sebagai modal pelaburan, namun ianya tidak sedikitpun menjadi beban kepada anda membuat bayaran balik pinjaman tersebut.
STRATEGI PELABURAN
Saya mengambil data sebenar kenaikan harga Emas bermula dari tahun 2009 hingga tahun 2011 seperti dalam paparan Graf dibawah agar anda dapat melihat gambaran sebenar strategi ini dengan jelas.
1. Katakan anda membuat pinjaman sebanyak RM200,000, dengan tempoh bayaran balik selama 20 tahun, dan jumlah bayaran bulanannya sekitar RM3200 sebulan.
2. Gunakan semua wang tersebut dan beli Emas 1 Dinar yang pada tahun 2009 ianya cuma berharga RM400 sekeping.
3. Saya memilih 1 Dinar kerana ia variasi Emas yang paling kecil. Tujuannya agar anda mudah menjualnya sekadar jumlah tunai yang diperlukan untuk bayaran balik sahaja.
  • RM200,000 / RM400 (1 Dinar) = 500 Keping Emas 1 Dinar
4. Setiap bulan, jual 8 keping Emas 1 Dinar dan digunakan untuk bayaran balik pinjaman.
  • Jika pinjaman dipotong melalui gaji, tunai dari jualan Dinar tersebut boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan bulanan seperti biasa.
5. Purata harga 1 Dinar adalah seperti berikut :
  • 2009 – RM450
  • 2010 – RM550
  • 2011 – RM650
6. Dengan menjual sebanyak 8 keping 1 Dinar sebulan, bermakna setahun anda akan menjual sebanyak 96 keping Emas 1 Dinar. Pengiraan jumlah bayaran balik :
  • Tahun 2009 – 96 x RM450 = RM43,200
  • Tahun 2010 – 96 x RM550 = RM52,800
  • Tahun 2011 – 96 x RM650 = RM62,400

  • JUMLAH PINJAMAN YANG TELAH DIBAYAR SELAMA 3 TAHUN = RM158,400.

  • BAKI PINJAMAN YANG BELUM DIJELASKAN RM41,600.

  • JUMLAH DINAR YANG TELAH DIJUAL = 96 Keping X 3 Tahun = 288 Keping.

  • JUMLAH DINAR YANG DIBELI 500 Keping – 288 Keping = Baki Yang Belum Dijual 212 Keping.
  • 212 Keping x RM735 Harga DInar Sekarang = RM155,820 Nilai Semasa Dinar Yang Berbaki.
  • RM155,820 – RM41,600 (Untuk Full-Settlement Baki Pinjaman) = RM114,220.

Tahniah!!! Dalam masa hanya 3 tahun, anda telah memiliki simpanan Emas atau keuntungan sebanyak RM114,220 yang anda perolehi secara PERCUMA!!!
Mudah sahaja bukan? Ini lah pentingnya STRATEGI. Apa sahaja tindakan dan keputusan dalam pelaburan, ianya memerlukan kepada strategi, dan strategi adalah satu cara untuk anda mengurus risiko dalam Pelaburan.
Perlu diingat, risiko perlu DIURUS, bukan DIHINDAR, bukan sahaja dalam pelaburan, bahkan dalam apa jua konteks dalam aspek kehidupan, ianya memerlukan pengurusan risiko.
Jika anda rasakan Strategi saya ini membantu, anda boleh mendaftar sebagai Dealer di rangkaian saya untuk mendapatkan pelbagai tips PERCUMA dari saya serta bimbingan intensif untuk anda berjaya dalam pelaburan Emas.
merompak emas kaya

Rompakan emas terbesar dalam sejarah manusia

Infographicjounal, mengeluarkan satu sumber gambar berinfo berkenaan rompakan-rompakan emas terbesar dalam sejarah manusia, dalam sumber inforgrafik dibawah, senarai rompakan disusun bentuk timeline, kos dan berapa nilai emas yang dapat dilarikan perompak dan kebanyakan kes tergantung tanpa ada penyelesaian, mesti ini kerja pakar seperti didalam movie #italianjob opkos.

rompakan emas terbesar dalam sejarah

Lelongan emas dan jam Rolex rampasan – PDRM

Seutas jam tangan Rolex dilelong dengan harga RM18,000 antara 70 barang rampasan membabitkan pelbagai kes jenayah terutama penyeludupan dan pengedaran dadah yang ditumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak beberapa tahun lalu yang dilelong kepada orang ramai di Dewan Persatuan Keluarga Polis (Perkep), Bukit Aman di sini, bermula jam 9 pagi hingga 4 petang, semalam.

Lebih 100 individu kebanyakannya pemilik kedai emas dan kedai pajak gadai hadir untuk membida pelbagai barangan berharga termasuk jam tangan berjenama, komputer riba dan barangan kemas dalam lelongan aset alih kerajaan itu.
Kebanyakan jam tangan berjenama dilelong dengan harga antara RM1,000 hingga RM4,500 dan paling mahal dilelong dengan harga RM18,000, namun hingga tamat acara lelongan, jam tangan bertatahkan berlian itu tiada pembeli.

Pegawai Perhubungan Awam Bukit Aman, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf, kesemua barangan dilelong itu adalah hasil rampasan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988.
“Barangan atau aset berkenaan adalah rampasan kes dadah yang dilakukan sejak beberapa tahun lalu dan dilelong selepas melalui beberapa proses tertentu selain tidak dituntut pemiliknya serta dilucut hak kepada kerajaan,” katanya.

-gambar hiasan-

Sindiket emas palsu Ar-Rahnu tumpas

IPOH 17 April – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan melibatkan barangan emas tiruan di daerah ini dengan tertangkapnya tiga suspek dalam serbuan berasingan sejak 2 hingga 8 April lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kesemua suspek berusia antara 55 dan 70 tahun ditahan hasil laporan seorang mangsa yang juga pemilik kedai emas dekat sini, pada 2 April lalu.

Katanya, pemilik kedai emas itu mendakwa didatangi seorang suspek yang menawarkan surat gadai emas menerusi Skim Ar-Rahnu dari sebuah bank tempatan. “Pengadu bersama suspek ke bank berkenaan untuk menebus barang kemas berupa tujuh biji loket emas bernilai RM32,394.24. “Selepas barangan itu diserahkan kepada pengadu dan pemeriksaan dibuat dengan memotong salah satu daripada loket, pengadu menyedari bahawa ia merupakan emas tiruan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd. Shukri berkata, modus operandi sindiket terbabit adalah dengan menggadaikan emas tiruan di bawah Skim Ar-Rahnu dan apabila tamat tempoh gadaian emas tersebut, ia akan dijual kepada pembeli lain. Katanya, siasatan awal mendapati, dua daripada suspek merupakan bekas pekerja bank tersebut manakala seorang lagi penganggur. “Hasil tangkapan itu, polis merampas 15 utas rantai tangan dan 15 utas rantai leher yang disyaki tiruan seberat dua kilogram yang dianggarkan bernilai RM360,000,” kata beliau.

Menurutnya, daripada semakan yang dibuat, salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah iaitu memalsukan dokumen pada 1985 dan 1986. “Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati sekiranya ada individu yang menawarkan barang kemas untuk dijual kerana disyaki sebagai barangan tiruan. “Justeru itu, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan tersebut diminta menyalurkan maklumat kepada polis,” katanya.

Kuil Sikh dibina dari emas di India

Harmandir Sahib (atau hari Mandir) terletak di Amritsar bukan hanya terkenal kepada pengganut Sikh tetapi juga menjadi destinasi utama pelancong kerana kecantikan ciptaan struktunya. Sebelum ini ia dikenali sebagai Kuil Emas tetapi kemudiaannya ditukar nama secara rasmi kepada Hargmandir Sahib pada Mac 2005

Ia berada ditengah-tangah tasik yang luas yang sebelum ini merupakan hutan belukar. Kuil ini dibina oleh Guru Ram Das, guru keempat pengganut Sikh pada tahun 1574, pada tanah yang dihadiahkan oleh Akbar, Raja Empayar Mughal. Kuil ini akhirnya siap ketika zaman Guru Arjen pewarisnya. Kuil ini bagaimanapun pernah musnah pada kurun ke 18 apabila berlaku konflik diantara pengganut sikh dan empayar Mughal di Afghanistan. Bagaimanapun dibina kembali oleh Raja Ram Singh pada kurun ke 19
golden temple at night

 

golden temple

Apa yang unik berkenaan kuil ini kerana ia menggabungkan struktur binaan Islam, Hindu dan Eropah kerana semasa pembinaannya kuasa empayar di India sentiasa bertukar tangan.

golden temple 2

 

 

at night

 

entrances

ornate entrance

 

details

 

interior

seminar perniagaan emas kursus emas

Apakah pengisian didalam Seminar emas?

seminar perniagaan emas kursus emas

Ketika ini ada banyak seminar emas dimana2, menarik bukan, banyak peluang untuk belajar selok belok emas dan bagaimana untuk meniaga dan melabur emas. Lagi ramai yang tahu berkenaan emas lagi berkembang perniagaan emas itu sendiri.

Pakar dalam emas juga tumbuh macam cendawan, lebih-lebih lagi pakar pelaburan, semua org mesti berminat untuk belajar dengan pakar, apa yang penting pakar mesti seorang yang berpakaian kot dan memandu kereta mewah melambangkan kekayaan dan prestij penceramah. Tetapi adakah benar2 pakar? ataupun adakah secara kebetulan?

Kebiasaan seminar-seminar emas yang kami hadiri akan dimulakan dengan ummu kitab alfatihah, bermaksud majoriti yang hadir adalah orang islam, kemudiannya sedikit aluan dari mc dan perkenalan pakar pakar penceramah kepada hadirin.

Tempoh masa pertama akan menceritakan tentang sejarah emas contohnya siapakah pembeli emas pertama dunia, dari manakah asal usul emas, emas apakah paling rare dan pelbagai lagi persoalan kreatif yang hanya pakar sahaja yang tahu.

kemudian akan masuk ke bahagian kedua berkenaan mengenali mutu mutu emas seperti kualiti, jenis berat, bentuk emas dan mungkin cara menguji ketulenan emas.

Pada bahagian ketiga agak berat sedikit kerana hadirin akan diajar cara mengira harga emas, termasuk pengiraan menggunakan indeks emas tempatan dan antarabangsa yang selama ini menjadi rahsia peniaga emas. Tetapi pastinya tidak semua rahsia akan dikongsi kerana kesuntukan waktu dan sebagainya, jika bercerita jika bercerita tentang emas, rasanya satu hari tidak cukup untuk anda faham, kerana kami dapat rasakan banyak persoalan tentang emas tidak sempat ditanya atau dijawab oleh pakar.  But we so bless melihat pakar repeat semua tulisan tulisan blog di internet walaupun kadang2 bunyinya agak berbeza dari wikipedia, pastilah pakar lebih tahu kenapa fakta dan ceramah lain. Kami akan hadir lagi sehingga cukup 50 seminar untuk lebih faham…. org melayu biasanya 1 kali sudah faham, tetapi sayangnya kami tidak sebijak itu.

Next part adalah makan, opkos, ini yang paling kami suka sebenarnya…

Ok, hari sudah beransur petang, dan kemungkinan ketika ini perut kenyang dan mata mengantuk, nothing better to cure this, unless we heard about ‘money’, hadirin akan diterangkan berkenaan peluang2 perniagaan /pelaburan bersama syarikat emas pakar, kami rasa sangat tertarik dengan keuntungan besar menjadi agen, itu yang penting, kami dibrainwash like all is true n no less than true with money.

Akhirnya selepas bersalaman dengan pakar-pakar emas, hadirin sudah selesai dan tamat kursus kemudian kami diberikan sijil dan mungkin saguhati kehadiran.

Kami bangga dapat berjumpa dan bertegur sapa dengan pakar, ikon emas malaysia, kepetahan bercakap, berpakaian smart dan berkereta mewah sumber kekuatan pakar

Best question if ada peluang lagi kami nak hadiri kursus kami akan tanya bila harga emas akan naik, bagaimana nak tunggu harga emas betul2 turun, sejak dulu mcm mna pattern emas.

peristiwa apa yang membuat harga emas melambung, pelan apa yang diumum u.s baru2 ini menyebabkan harga emas jatuh, bagaimana kesan kelembapan bond italy, greece dan german effect harga emas, kenapa tsunami di jepun mengubah harga emas dan tidak di sri lanka, bagaimana pelabur meningkatkan harga, bagaimana spread harga tinggi menguntungkan pelabur, bagaimanakah pakar membuat keuntungan melalui pelaburan, indikator apa yang dirujuk… banyaknya soalan kami, kami akan kumpul pelbagai soalan untuk ditanya dalam sesi berikutnya, jika anda ada persoalan, sila tulis dibawah, nanti kami akan tanya pakar pelaburan emas mewakili suara anda.

 

laman harga emas di malaysia

Harga emas menjadi trending topik laman sosial

laman harga emas di malaysia

Kami perasan ada 4 trending topic berkenaan emas di Laman sosial Negaraku daripada 13 yang tersenarai, kami tumpang berbangga melihat trending topic emas turut menjadi perbualan dan carian blogger.  Laman negaraku dibina oleh noktah hitam atau nama manja “Edie” pada tahun 2007, domain asal web negaraku adalah negaraku.net, tetapi siang tidak selalu ke petang, hujan juga ditengah hari, ada ketika zaman spammer berleluasa, populasi negaraku jatuh seketika, tetapi kini negaraku kembali dengan domain negaraku.my. Negaraku menjadi topik panas pada era Namawee, yang terkenal dengan lagu negarakuku nya, ops bukan kami bermaksud politik, just untuk memarketing laman negaraku.my kepada blogger-blogger tanah air. (despite banyak juga post politik panas disitu)

Mengikut pengalaman kami yang terbaru, sebenarnya kami nak declare, kami yang mempopularkan post tentang rantai leher emas PM, oleh kerana enjin carian kami mencari keyword emas setiap saat, kami terperasan 1 blog/video yang tidak ramai visitor dan kami postkan di negaraku, selang 2-5 jam kemudian, niche tersebut menjadi bualan hot, nampak tak bagaimana entry negaraku boleh berkembang sehingga seluruh Malaysia tahu. Jadi keyword hackor, marketer, content analysis, semua cabang penulis profesional, amateur, girls-hot-hot dijemput menjajah laman web negaraku.my. link : negaraku.my