Bank rakyat rekod keuntungan 2 bilion dan dividen 20%

BANK Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 20 peratus membabitkan pembayaran berjumlah RM435 juta kepada 926,578 anggotanya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Ia merangkumi pengagihan dividen tunai sebanyak 15 peratus membabitkan pembayaran RM330 juta dan dividen bonus lima peratus membabitkan bayaran RM105 juta. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pengagihan dividen lumayan berkenaan dibuat susulan keputusan kewangan memberangsangkan yang dicatatkan bank koperasi itu. Beliau berkata, dalam tahun kewangan dikaji, Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai serta zakat sebanyak RM2.02 bilion, meningkat 17.6 peratus berbanding RM1.72 bilion pada tahun sebelumnya.

“Keputusan itu yang adalah satu lagi rekod keuntungan tertinggi bagi bank koperasi ini dicapai hasil penumpuan terhadap pertumbuhan aktiviti pembiayaan serta peningkatan mutu aset, walaupun terdapat cabaran dalam industri perbankan tempatan,” katanya pada sidang media bagi mengumumkan prestasi kewangan itu di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Dr Syed Jalaludin Syed Salim.

Ismail Sabri berkata, selepas ditolak cukai serta zakat, keuntungan bersih bank koperasi itu ialah sebanyak RM2 bilion, naik 49.5 peratus berbanding RM1.34 bilion tahun sebelumnya.

Ia juga, katanya adalah satu lagi rekod keuntungan bersih tertinggi bagi bank koperasi itu.

Beliau berkata, dalam tahun kewangan dikaji, jumlah pendapatan kasar Bank Rakyat meningkat 13.3 peratus kepada RM5.5 bilion berbanding RM4.86 bilion yang diraihnya pada tahun sebelumnya.

“Pembiayaan peribadi kekal penyumbang utama kepada prestasi itu, di samping pertumbuhan pendapatan perniagaan pajak gadai Islam, Ar-Rahnu serta aktiviti pelaburan,” katanya.

Ismail Sabri berkata, pendapatan dari sumber pembiayaan juga meningkat kepada RM4.46 bilion berbanding RM4.04 bilion sebelumnya, yang mana 91.4 peratus disumbangkan perbankan konsumer, manakala baki 8.6 peratus lagi oleh perbankan komersil.

Bank Rakyat juga katanya merekodkan pendapatan berasaskan yuran RM92 juta, yang mana 75.7 peratus disumbangkan pendapatan wasiat, komisen takaful dan yuran perkhidmatan ATM.

Beliau berkata, jumlah aset bank koperasi itu melonjak 17.1 peratus kepada RM72.48 bilion daripada RM61.91 bilion sejajar pertambahan kukuh depositnya.

Pulangan ke atas asetnya juga, kata beliau kekal tinggi pada kadar tiga peratus.

Mengenai prospek bagi tahun ini, Ismail Sabri berkata, Bank Rakyat menjangka mengekalkan prestasi cemerlangnya dengan menyasarkan keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM2.1 bilion, didorong oleh peningkatan segmen pinjaman peribadi dan pendapatan Ar-Rahnu.

Katanya, bank koperasi itu akan terus berusaha meningkatkan sumbangan pembiayaan komersial dalam tempoh jangka panjang bagi menyeimbangkannya dengan segmen pembiayaan peribadi.

Katanya, bank itu juga akan membuka sembilan cawangan baru tahun ini sebagai tambahan kepada 135 cawangan sedia ada, termasuk di Bentong, Kuala Krai, Nusajaya, Nilai dan Cyberjaya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai calon yang bakal mengisi jawatan Pengarah Urusan bank koperasi itu apabila ia dikosongkan selepas Datuk Kamaruzaman Che Mat menamatkan tempoh perkhidmatannya 28 Februari lalu, Ismail Sabri berkata, Bank Negara Malaysia akan memutuskannya dalam tempoh terdekat ini.

Untung melabur emas Ar-Rahnu selepas setahun

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, setahun yang lalu baru aku tahu Gadaian Emas boleh buat duit selama ini ingat hanya mereka yang kesempitan duit je pergi Pajak Gadai. Ilmu buat duit dengan Emas ini dapat daripada Bos Al Ansar Properties Sdn Bhd. Caranya pun unik tak perlu keluar banyak modal untuk beli gold bar hanya perlu keluar 30% daripada harga belian. Caranya mudah Gold Bar Supplier bawa produk ke Ar-Rahnu Agro Bank dan serahkan kepada Pegawai Bank untuk mengurusan Gadaian Emas. Setelah selesai urusan gadaian supplier akan mengambil wang tunai 70% yang diperolehi dari Agro Bank dan aku perlu tambah 30% sebagai bayaran keseluruhan gold bar yang dibeli. Jadi modal pembelian gold bar yang aku keluarkan hanya 30% kerana selebih dibayar dari wang Gadaian Emas.

Ketika gadaian tahun lepas harga emas di Agro Bank dinilai pada RM153/gm. Setelah enam bulan aku telah menyambung masa gadaian dengan hanya perlu membayar upah simpan sahaja. Minggu lepas dapat surat dari Ar-Rahnu Agro Bank minta aku tebus atau gold bar akan dilelong. Sibuk dengan macam-macam urusan sehingga terlupa gold bar di Agro Bank ni.

Sayang juga kalau kena lelong tak boleh lagi nak dapat keuntungan daripada harga emas yang terus melonjak naik. Nak tahu berapa harga emas terkini pada 24/2/12 di Ar-Rahnu Agro Bank, jangan terperanjat harga terkini RM200.40 maknanya aku sudah untung RM200.40 – RM153.00 = RM47.40 untuk setiap gram. Kalau gold bar aku 100gm maka keuntungan aku adalah RM4,740.00 tapi kalau gold bar aku 1000gm maka keuntungan aku adalah RM47,400.00. Macam lumayan tak?

Aku tak tebus dan bawa balik sebab kalau tebus gold bar ini sudah tidak boleh digadai lagi mengikut polisi bari Agro Bank. Aku hanya tukar surat atau overlap atau renew surat gadai maknanya aku tebus pada harga gadaian RM153 dan terus gadai semula pada harga emas terkini RM200.40. Perbezaan jumlah harga akan digunakan untuk membayar upah simpan dan selebihnya di depositkan ke dalam akaun Agro Bank. Mulai hari 24/2/12 aku dapat surat gadaian baru dan kita tunggu 9 bulan lagi berapa harga emas ketika itu tidak mustahil akan naik sehingga RM250/gm.

Fakta Gadaian Emas di AR-Rahnu Agro Bank.

1. Hanya menerima barang kemas/jewelry lebih daripada 18karat.

2. Gold Bar tidak diterima.

3. Maksimum jumlah keseluruhan gadaian adalah RM150k untuk seorang.

4. Maksimum jumlah gadaian sehari adalah RM50k untuk seorang.

5. Tempoh gadaian hanya 6 bulan dan boleh disambung 3 bulan sebelum ditebus atau renew surat gadai.

Ramai kawan-kawan yang aktif dengan pelaburan emas mungkin boleh berkongsi ilmu dengan kami yang tak berapa nak pandai ni.

Berikut harga emas terkini dunia berdasarkan USD per Ounce.
t24 au en usoz 2 Gadaian Emas di Ar Rahnu Agro Bank
Ketika entri ini ditulis harga emas pada USD1778/oz kita tengok apa yang berlaku dalam tempoh 2 – 3 tahun dari sekarang. (1 Ounce = 28.3gm)