Tag: arrahnu pos

  • Update harga emas harian di Telegram

    Update harga emas harian di Telegram

    012-2864232 (2)

    Salam & selamat sejahtera, bermula tahun 2016 ini kami akan menggunakan servis Apps Telegram untuk menghantar update harga emas harian kepada pelanggan dan tidak lagi melalui whatsapp

    Kami menyarankan semua pengguna telefon android, ios, windows untuk install apps Telegram di playstore OS masing2 dan ikuti kami di channel @hrgms atau klik disini www.telegram.me/hrgms

    Apps telegram adalah lebih baik dari whatsapp kerana tidak membebankan usage data / usage space yang besar kerana image tidak akan terus didownload ke phone, dan user boleh lihat history harga sejak channel @hrgms dibuka.

    Jangan lupa, join channel @hrgms di Telegram untuk update harian harga emas terus ke telefon tuan puan. Klik disini untuk join www.telegram.me/hrgms

  • Pusat Sehenti Pos Bakal Monopoli Perniagaan Emas

    Pusat Sehenti Pos Bakal Monopoli Perniagaan Emas

    Pos Arrahnu Sdn Bhd dijangka akan membuka pusat sehenti emas bermula Disember ini, dimana mereka bukan sahaja menerima gadaian emas arrahnu malah bakal menjadi pusat menjual & membeli emas dibawah satu bumbung.

    Jika sebelum ini Pos Arrahnu cuma menyediakan servis gadaian arrahnu, penubuhan pusat sehenti diatas bermaksud Pejabat Pos kini boleh membeli dan menjual emas, selain khidmat mencuci, menilai dan peti simpan deposit.

    Dengan kekuatan modal Arrahnu Pos walaupun baru setahun beroperasi, sangat tidak menjadi masalah kepada mereka untuk menjadi peneraju pasaran emas, malah mungkin dapat memonopoli perkhidmatan emas sepenuhnya. Setakat Sept 2014, dilaporkan Arrahnu pos telah mengeluarkan modal pinjaman sebanyak 283juta, dan dijangka 500 juta untuk tempoh masa 2 tahun akan datang

    Abdul Razak Mohd Kadir yang  merupakan legasi Habib Jewel & Arrahnu Express (dimiliki Habib Jewel) berjaya membawa Pos Arrahnu terlalu laju dihadapan dan bakal memonopoli jual beli emas dalam negara. Jika kewujudan Pasaraya Hypermarket seperti Tesco , Ikea menutup ruang perniagaan peruncit kecilan, tidak pasti dengan kedatangan big player ini akan memberi tempias kepada peniaga emas kecil-sederhana (IKS)

    abdul-razak-kadir

    Artikel dari MyGazzette 

    Pos Ar Rahnu Sdn. Bhd. dijangkakan mampu menjadi peneraju pasaran pajak gadai Islam dalam tempoh lima tahun akan datang disokong oleh perkhidmatan yang lebih baik serta mudah berbanding pesaing-pesaingnya.

    Ketika ini, syarikat yang baharu berusia setahun lebih itu sudah mempunyai 75 cawangan di pejabat-pejabat pos di seluruh negara dan berada pada kedudukan kelima di belakang pesaing-pesaingnya yang sudah lama bertapak di dalam industri tersebut.

    Naib Presiden Kanan Pos Ar Rahnu, Abd. Razak Mohd. Kadir berkata, syarikat tersebut mampu menguasai pasaran dengan lebih meluas tanpa bergantung kepada pertambahan cawangan, sebaliknya penawaran kadar pinjaman sehingga 75 peratus daripada kadar marhun, upah simpan yang rendah iaitu 75 sen bagi setiap gram sebulan, perlindungan insurans 100 peratus kepada barang gadaian serta tiada yuran atau caj tersembunyi menyebabkan lebih ramai pelanggan beralih kepada syarikat tersebut.

    “Peningkatan pasaran tidak semestinya harus melalui pertambahan cawangan kerana ketika ini kami beroperasi di pejabat-pejabat pos terpilih dan untuk menambah cawangan, kita perlu sedar ada beberapa ciri yang perlu diambil kira dan tidak semua pejabat-pejabat pos tersebut sesuai untuk dijadikan kedai Ar Rahnu @ Pos.

    “Ciri-ciri keselamatan sesebuah pejabat pos adalah perkara paling penting kerana ini melibatkan barangan berharga selain daripada lokasi pejabat pos di mana Ar Rahnu @ Pos lebih berminat kepada kawasan yang mempunyai penduduk Melayu dan India yang ramai kerana sasaran pasaran lebih besar di situ,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini.

    Abd. Razak yang mempunyai pengalaman luas di dalam bidang emas dan barangan kemas itu berkata, bagi mengukuhkan kedudukan, Ar Rahnu @ Pos turut menawarkan perkhidmatan lain selain pajak gadai antaranya perkhidmatan mencuci emas, peti keselamatan deposit serta membuat pernilaian terhadap logam berharga itu.

    Pos Ar Rahnu katanya, akan membuka pusat sehenti yang berkaitan dengan emas dan barangan kemas pada Disember ini bagi memudahkan pelanggan untuk bukan sahaja melakukan pajak gadai malah turut membeli dan menjual logam berharga itu di bawah satu bumbung.

    “Dengan kakitangan yang berpengalaman dalam bidang emas dan perhiasan, beliau yakin pusat sehenti itu dapat memikat hati pelanggan sekali gus mengukuhkan penguasaan pasaran syarikat tersebut.

    “Jenama Pos Malaysia sendiri sudah cukup kuat untuk ‘menjual’ perkhidmatan Ar Rahnu yang kami tawarkan dan semenangnya sudah menjadi trend di dunia sekarang apabila syarikat pos tidak lagi hanya bergantung kepada pendapatan berasaskan mel.

    “Maka saya rasa dengan pengembangan perniagaan Ar Rahnu yang kami jalankan ketika ini serta perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan emas dan perhiasan yang lebih baik daripada pesaing, saya yakin kami mampu mencapai kejayaan dalam masa yang lebih singkat,” katanya sambil menambah semua kakitangan di Ar Rahnu @ Pos mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga tahun di dalam bidang emas dan perhiasan.

    Ini membolehkan mereka melakukan pernilaian emas dengan lebih cepat selain mampu mengelakkan daripada ditipu oleh pelanggan yang tidak bertanggung jawab.

    Tambah beliau, kepakaran petugas-petugas Ar Rahnu @ Pos membolehkan mereka menerima barangan kemas yang ditatahi permata berharga yang pada kebiasaannya tidak diterima oleh syarikat-syarikat Ar Rahnu yang lain.

    Menurut Abd. Razak, kesedaran tinggi orang ramai terhadap pinjaman mudah menerusi cagaran emas secara Islam ini memberi prospek yang baik kepada perniagaan Ar Rahnu.

  • Ar-Rahnu Pos Tolak Pamp, Apa Perlu Anda Buat?

    Ar-Rahnu Pos Tolak Pamp, Apa Perlu Anda Buat?

    posemas

    Pemain baru arrahnu, Arrahnu Pos sejak semalam tidak lagi menerima pajakan gold bar Pamp Suisse (bar) dan juga barang kemas DEPB (Darul Emas Perak Berhad), ini bukan kali pertama Ar-Rahnu tidak menerima pajakan pamp suisse, sebelum ini pada 2011 Bank Rakyat, Arrahnu Exchange, Agrobank, Yapeim juga tidak menerima pajakan emas bar, jadinya untuk masa sekarang cuma Ar-Rahn, Arrahnu Express dan Arrahnu Bank Islam masih menerima pajakan gold bar selain arrahnu koperasi tentera dan koperasi-koperasi lain.

    Apa kesan mereka yang telah pajak? tiada kesan apa-apa, cuma selepas tamat tempoh pajakan, biasanya anda tidak dapat menyambung lagi pajakan untuk tempoh 3 bulan atau 2 bulan lagi, anda kena keluarkan bar dengan segera atau mungkin arrahnu akan lelong.

    Adakah harga emas akan jatuh? tidak, harga emas tidak akan jatuh kerana pengumuman ini, pergerakan harga emas tidak mempunyai kaitan lansung dengan arrahnu.

    Adakah pelabur akan rugi? tidak jika keluarkan barang dengan segera dan  elak terus membayar upah simpan di arrahnu, malah Arrahnu Pos yang rugi sebenarnya.

    Contohnya;

    Jika upah simpan arrahnu untuk 100g emas adalah RM110/sebulan, dan ada 1000 orang pemajak, Arrahnu Pos dapat menjana keuntungan kira-kira RM110,000.00 sebulan dan jika 6 bulan, keuntungan diperolehi kira-kira RM660,000 iaitu separuh juta.Jumlah keuntungan yang agak besar kepada BOD Arrahnu Pos sendiri untuk tolak.

    Kerugian ditolak oleh pemajak ini pernah memberi kesan kepada arrahnuX, agrobank dan sebagainya dalam kes-kes terdahulu, malah arrahnu tersebut pernah mengecapi keuntungan tinggi dari pajakan emas bar sebelum ini dan sekarang semakin sepi dengan pajakan kecil-kecilan. Pernah menjadi cerita, kaunter arrahnu hampir lengang setiap hari dan ini yang bakal terjadi kepada Ar-Rahnu Pos akan datang, kecuali emas-emas padu diterima kembali, diingatkan lagi, ada beberapa arrahnu kembali menaikkan jumlah pinjaman untuk menarik kembali pemajak.

    Kenapa peniaga emas menggunakan perkhidmatan Ar-Rahnu?

    Peniaga emas menggunakan arrahnu sebagai medium mudah untuk pinjaman dengan caj yang rendah (hanya 0.75% sahaja dari nilai marhun), ramai peniaga memanipulasikan perkhidmatan ini untuk menyimpan emas sementara sebelum dijual balik kepada program-program emas yang terancang, antaranya ETA yang menawarkan pulangan 2 kali ganda, kenaikan harga emas pada awal oktober ini sebenarnya banyak memberi keuntungan kepada peniaga apabila harga emas naik RM6-8/gram untuk upah simpan arrahnu (kalau dikira cuma 1.10/gram sebulan).

    Kenapa arrahnu menolak pajakan bar?

    Arrahnu menolak pajakan bar mungkin kerana arahan Bank Negara atau mungkin wujud tangan-tangan lain yang melihat teknik manipulasi ini merugikan perniagaan mereka, sebelum ini, biasanya adalah arahan Bank Negara.

    Berapa ramai yang tersontot? Adakah rugi teruk?

    Istilah tersontot kini semakin popular dalam pelaburan / atau jual beli emas sejak semalam, difahamkan ramai pembeli bakal tidak mendapat pulangan tinggi kerana modal mereka telah disontot oleh syarikat luar yang sebelum ini telah beberapa kali memberi pulangan tinggi, sama seperti kes geneva, setelah memberi pulangan demi pulangan syarikat pelaburan ini akan angkat kaki setelah mengumpul sejumlah besar modal pelabur, meninggalkan mereka yang mempunyai nama terkapai-kapai membayar keuntungan pelabur, bagaimanapun kerugian kali ini tidak seteruk geneva, cuma pembeli lost 20-30% sahaja, dan difahamkan pihak yang mengelolakan program tersebut akan menggantikan balik kerugian pelabur, cuma keuntungan “angan-angan” pembeli untuk return 2 kali ganda tidak dapat direalisasikan kali ini.

    Bank negara mungkin sedang pening menyiasat pemanipulasian kali ini yang lebih advance jadi biarkan mereka terus bergelumang dalam misteri

    Shahrul emas www.hrg.ms
    0122301015