Tag: arba

  • Tersontot Emas : Pelabur Rugi Pengelola Lari

    Tersontot Emas : Pelabur Rugi Pengelola Lari

    Isu tersontot masih belum lesu lagi di group jom emas ataupun jom emas dua, seperti diberitakan ada pengelola berjanji untuk menyelesaikan pembayaran bulan 7 nanti, sama-sama kita tunggu samada akan menjadi realiti ataupun mimpi, disini kami share sedikit tulisan Saiful Nang berkenaan isu sontotan emasss.

    emas tersontot pengelola

    PELABUR EMAS TERSONTOT – ORANG TAMAK SELALU RUGI MACAM PELABUR DENGAN PENGELOLA

    Salam semua, ada sebahagian anda yang melabur emas tersontot mencari penyontot-penyontot yang menyontot mereka. Penyontot mereka pula akan mencari penyontot besar yang memiliki beberapa empayar besar dalam perniagaan pelaburan emas gaya ponzi.

    2 dari 3 penyontot terbesar adalah pelanggan saya. Kecuali Tok Belagak sahaja yang tidak sempat jadi pelanggan. Mereka membeli barangan dari syarikat saya dengan tukaran emas tulen Pamp Suisse mengikut timbangannya. Kami yakin, emas itu tidak akan turun harga maka kami sehingga hari ini menerima pembayaran transaksi dengan RM juga menggunakan Pamp.

    Ada yang pernah melihat saya dalam mana-mana gambar bersama 2 dari 3 saudagar ini. Dan ada yang menyandarkan keyakinan mereka melabur dengan mereka ini kerana mereka ini pernah ambil gambar dengan saya. Sebagai pelabur, itu adalah penilaian yang sangat singkat.

    TIPS MENGENALI PELABURAN YANG PASTI TERSONTOT

    Dulu ada orang main duit jual lampu yang boleh memberikan mereka tenaga dan aura ultraman dan sebagainya. Harga di pasaran RM20 sahaja tapi bila jadi MLM harganya jadi RM700. Bukan MLM itu salah tetapi bila money-game itu berselindung di sebalik transaksi satu bahan yang tidak mahal. Orang cari orang cari orang cari orang sampailah sistem itu penuh dan tidak mampu membayar pulangan semula kepada level atas mereka.

    Itulah TERSONTOT.

    EMAS itu cuma jadi bahan pengantara sahaja, tapi gamenya sama. Mula-mula saya inspire dengan kekayaan mereka yang bermula dari 2 bentuk cincin te dalam 2 tahun sahaja sudah mampu mengumpul lebih dari 1 tan emas tulin sebagai pengimbal mereka. WOW! Saya terus terang saya pun goyang dan mula mendekati mereka ni tambahan mereka ni pelanggan syarikat saya (mereka beri saya emas bukan saya beri emas kpd mereka). Kagum juga dengan orang muda sudah berjaya sebegitu rupa.

    Hati jadi ghairah untuk mencipta lebih kekayaan yang ketika itu atas tujuan untuk menaikkan simpanan emas kami yang seciput itu untuk kami cukupkan sehingga 160kg ataupun sekitar RM20 Juta untuk pembinaan kompleks sekolah untuk anak-anak yatim dan asnaf di Lenggeng. Tak mengapa saya juga silap dalam sangkaan saya kepada mereka tetapi langkah seterusnya MESTI BETUL IAITU PASTIKAN PROSPEK KEUNTUNGAN MESTI BOLEH DIKIRA DAN DILIHAT MEKANISMANYA (ini asas pelaburan).

    Atas tanggungjawab, memang pelaburan mesti didahului dengan mengenali prospek. Saya menggunakan semua ruang whiteboard yang ada di pejabat untuk membuat pengiraan matematik. Berjumpa dengan pelabur yang aktif dan juga mendapatkan pendapat dari bekas-bekas pelabur yang sudah quit. Juga berjumpa dengan pelabur yang genuine. Saya tidak jumpa pengiraan yang rasional bagaimana permainan emas ETA dan sebagainya. Semua pendapat yang saya kutip saya rumuskan untuk membuat keputusan bahawa pelaburan ini tidak nampak logiknya.

    Keputusan yang diputuskan di dalam syuro kami ialah untuk tidak menyertai pelaburan ini.

    Allah nak tunjuk kita ini tamak atau tidak walaupun kita melakukan sesuatu yang Allah mahukan iaitu membantu anak yatim dan asnaf. Kira-kira 1 bulan selepas itu, satu persatu empayar pelaburan emas berpaksi ETA atau jualan tertangguh itu rebah dan pelabur mula bangkit membuat tuntutan. Pejabat-pejabat besar mereka kemudian ditinggal kosong dan orangnya sudah lari entah ke mana.

     

    KETAMAKAN UNTUK KAYA MUDAH Vs USAHA YANG BERTERUSAN.

    Bukan mudah untuk mencari duit. Kerugian dilapor berbillion dari wang pelabur yang terus hilang tanpa berita. Agen-agen terpaksa menanggung hutang dengan pelanggan setelah kepala pelabur terus menghilang.

    Di sinilah saya nak pesan, tiada kekayaan datang dengan mudah tanpa banyak usaha. Itu resmi dan ia tetap. Jika sesuatu itu menjanjikan sesuatu dengan banyak dan sangat mudah, cuba fikirkan keraguan dan buat pencarian sehingga anda benar-benar pasti ke mana pelaburan yang mahu anda salurkan itu. Sama juga ramai orang main bursa saham dan ramai orang main Forex kenapa pula ada yang untung berjuta-juta dan kenapa pula ada yang selalu masuk margin-call? Ini semua kerana ILMU yang perlu kita dalami sebelum kita berurusniaga.

    Berniaga mesti nampak hujung nampak pangkal. Jika tidak, elok jual goreng pisang cheese pun dah boleh jadi jutawan. Saya bersimpati dengan mereka yang tersontot itu dan saya boleh rasa bagaimana wang simpanan persaraan ibu bapa mereka digunakan sebagai pinjaman oleh anak-anak untuk melabur juga hilang. Bagaimana wang tabung pendidikan anak-anak Si Miskin juga disamun dengan senyap.

    Ini bukan kes pertama. Ia hanya bertukar nama dan bertukar barang dari dulu sampailah sekarang. Skim Cepat Kaya dari Pak Man Telo sampailah Skim Tok Belagak, KJO atau Kazanah Bangsa dan sebagainya semua itu hanya nama-nama yang ditukar mengikut zaman sahaja.

    Banyak lagi pelaburan emas di pasaran, mana nak tahu betul ataupun tipu? Mudah sahaja, yang betul-betul kalau kita BELI EMAS MESTI DAPAT EMAS dan bukannya KERTAS.

    Sakitnya SAMA
    Ruginya SAMA

    Kita dah patut belajar dari sejarah memang tiada manusia yang tiba-tiba kaya raya dengan cepat. Be realistic. If not realistic but happily ever after…itu namanya Fairy Tales.

    SAIFUL NANG

    link: https://www.facebook.com/snfanclub/posts/10153027887890958

  • Apabila Jerung Tamak, Bilis Yang Susah

    Apabila Jerung Tamak, Bilis Yang Susah

    jerung-emas

    APABILA Cikgu Halim akan bersara dari karier perguruan pada akhir 2014, beliau mempunyai banyak impian yang ingin dilaksanakan. Halim dan keluarganya tidak sabar menunggu hari persaraan tersebut kerana apabila tugasnya berbakti kepada anak bangsa tamat, Cikgu Halim ingin menghabiskan masa bersama keluarga dirumah dan tidak perlu lagi berfikir masalah yang menimbung di sekolah

    Sebelum bersara Halim telah merancang pelan persaraan yang selesa. Duit simpanannya akan digunakan untuk membayar semua hutang yang ada dan bakinya bernilai RM300, 000 akan dilaburkan didalam perniagaan atau pelaburan yang selamat. Halim berharap agar masa depan yang bakal dilaluinya akan cerah dan hasil pelaburan dan perniagaannya dapat menjamin masa depan yang lebih baik untuk anak-anaknya dengan pendidikan yang lebih sempurna.

    Semasa Halim sedang mencari skim-skim pelaburan yang selamat dan pulangan yang tinggi, Halim telah didatangi Haji Syed (bukan nama sebenar), seorang kenalan lamanya yang dulu hanya menjawat jawatan guru biasa sekolah kanak-kanak khas, tetapi kini seperti orang kaya baru dengan memakai kereta Porsche Cayenne, no pendaftaran dua digit dan motor berkuasa tinggi. Halim teruja melihat kemewahan Haji Syed dan bertanya tentang peluang pelaburan & perniagaan Haji Syed sehingga menjadi kaya begini dalam masa yang singkat.

    Halim telah diterangkan dengan skim pelaburan emas yang dijamin selamat, guarantee dan dijanjikan tunjuk ajar dengan pelbagai kotak skill pelaburan emas yang mampu memanipulasi emas untuk menjana kekayaan. Halim semakin berminat apabila mendengar keterangan Haji Syed dan yakin dengan pelaburan emas dan memulakan pelaburan emas yang asing pada dirinya dengan bermodalkan 100g sahaja.

    Pada bulan pertama pelaburan, halim mendapat keuntungan RM2500 dan dia mula teruja dan berkira-kira untuk menambah lebih banyak, dari sehari ke sehari Halim menambah jumlah pelaburannya sehingga 80% dari jumlah simpananya, tempoh masa 2-3 bulan pertama halim mendapat jauh lebih banyak dari gaji yang diperolehi selama ini di sekolah, Halim semakin aktif dalam pelaburan emas dan mula menarik kawan-kawan seangkatan yang lain dan mula mengelolakan jemaahnya sendiri dengan nasihat dari Haji Syed, Halim menerima wang dari pelabur baru jemaahnya dan masuk kedalam program haji syed sebagai wakilnya dengan berharap akan mendapat berganda lagi untung.

    Hidup Halim kini berubah dalam masa beberapa bulan sahaja, jumlah pelabur dibawahnya kini mencecah berjuta-juta, dulu hanya bawa kereta Honda kini Halim mampu swap dengan kereta BMW M6 idamannya, sehinggalah suatu hari.

    Secara tiba-tiba haji syed memaklumkan pelaburan mereka adalah haram dari segi syariat dan terpaksa dihentikan serta merta, duit-duit pelaburan terpaksa dicuci dahulu dan akan dibayar pada suatu tarikh yang dijanjikan, tanpa ilmu emas yang cukup, halim terkial-kial menjawab persoalan jemaahnya dalam situasi sekarang. Apabila tarikh yang dijanjikan tiba, Haji Syed menangguhkan lagi pembayaran modal pelabur dan meminta wakil-wakilnya mendahulukan wang mereka dengan janji untuk memberi pulangan lebih tinggi, Halim yang yakin dengan Haji syed membayar pendahuluan wang kepada pelabur dengan baki simpananya 20% tadi.

    Masa semakin berlalu, mesyuarat demi mesyuarat telah halim lalui tapi transaksi wang atau emas yang ditunggu tidak kunjung tiba, manakala jemaahnya semakin menekan Halim untuk mendapatkan modal mereka, kereta-kereta mewah dan rumah-rumah mewah terpaksa Halim let go dahulu demi mengelak dari namanya buruk oleh kawan-kawan untuk memberi bayaran kepada mereka.

    Kini wang simpanan Halim habis, ilmu emasnya nipis, skills kotak yang dipelajarinya tidak dapat berfungsi dengan modal kosong, manakala Haji Syed masih berkeras untuk memulangkan bayaran kepada wakilnya. Halim semakin tertekan dan mula menyelidik pelaburan Haji Syed didalam sektor hartanah, saham, rumah, agrikultur dan pelbagai lagi, Halim mendesak Haji Syed untuk menjual perniagaannya untuk membayar modal pelabur tetapi Haji Syed berkeras untuk meneruskan programnya dan akan memberikan pulangan kepada pelabur-pelaburnya sehingga tiba waktunya

    Cikgu Halim kini berlawan dengan masa, setiap hujung bulan pelabur akan mencari dan meminta modal mereka, dan setiap kali meminta bayaran kepada guru pelaburan emasnya, dia hanya mendapat kosong-kosong, kosong jawapan dan kosong respon serta pulang dengan poket kosong, Halim kini menunggu dan menunggu dengan hati tidak tenteram, bilakah Jerung akan memulangkan pelaburannya……..? atau wang nya telah menjadi bayang-bayang khayalan dalam tempoh hanya beberapa bulan…

     

  • Laporan Ringkas Harga Emas sepanjang 2014

    Laporan Ringkas Harga Emas sepanjang 2014

    gold_1_year_o_usd-1-12-2014

    Salam Akhir Tahun kepada pelanggan Hargaemas yang di dihormati,

    Pejam celik pejam celik, hari ini tahun 2014 sudah sampai ke penghujungnya, hanya sebulan lagi kita akan melangkah ke tahun 2015, semoga semua azam dan usaha anda sepanjang 2014 berhasil & berjaya

    Berkenaan dengan laporan harga emas sepanjang 2014, kenaikan harga tahun ini sangat-sangat tidak dapat dibanggakan kerana dalam tempoh masa setahun, harga emas telah turun kira ~RM1/gram dari Januari ke Disember. Tahun ini menyaksikan fluctuate emas menggila dan sangat sukar nak jangka, pernah berlaku tahun ini harga emas naik kira-kira RM7-10/gram dalam masa satu dua hari, keadaan yang tidak berlaku sejak beratus tahun dulu ketika zaman firaun lagi. dan emas juga pernah turun sebanyak ~RM14/gram dalam masa satu dua hari tahun ini juga. jadi ramai yang mungkin untung dan mungkin juga ramai yang tersontot tahun ini sahaja. (half-half je)

    Untuk rekod tuan-tuan, harga emas paling tinggi dicapai tahun ini adalah pada 17 March 2014 (MKS We Sell RM146.03/gram, 5520) dan paling rendah adalah pada 3 November 2014 (MKS We Sell RM123.54/gram, 4670), jadi perbezaan fluctuate harga tahun ini dari paling tinggi ke terendah, kira2 RM23/g dah cukup untuk mereka yang pandai membaca pasaran harga emas mengaut keuntungan.

    Banyak peristiwa emas berlaku tahun ini , bukan saja diluar negara tetapi, paling panas sebenarnya berlaku didalam negara sendiri, dikhabarkan (khabar angin) beribu-ribu pelabur emas tersontot didalam program emas pengelola oktober lalu, dijangka wang pelabur akan dipulangkan bulan ini ada ada juga pengelola akan pulangkan januari depan. ada yang perlu terbang ke Hong Kong untuk tuntut wang pelaburan, ada juga perlu beli barang kemas tempahan berdiskaun (beli tinggi bulan2 dapat rebet) untuk cover balik modal yang hilang, biasalah adat meniaga, kawe pun terkene sekali, jadi sama2 berdoa semoga dapat balik wang pelaburan kite

    Buat masa ini saya tiada ramalan lengkap harga emas untuk tahun depan, saya akan update pada email akan datang, tapi ini sedikit iklan.

    Bagi mereka yang ingin mempelajari perniagaan & pelaburan emas, pada 6 Disember 2014, bertempat di De Palma Hotel Shah Alam, sebuah kursus perniagaan & pelaburan emas akan diadakan pada jam 7pg – 8 malam, tempat adalah terhad dan sudah hampir penuh, jika berminat, layari dengan segera.

    Salam Disember dari Keyboard kawe
    Shahrul Emas www.hrg.ms
    012-2301015

  • Betul ke Pamp Suisse itu original?

    Betul ke Pamp Suisse itu original?

    pamp-suisse-original

    TIPS – Adakah emas ‘cast bar’ 100g PAMP yang anda beli tulen? Cara pantas untuk tahu adakah emas tersebut tulen ialah seperti berikut :-

    • 1. Timbang, dan pastikan beratnya tepat 100 gram
    • 2. Ukur, saiz sepatutnya 47mm panjang x 27mm lebar x 4.5mm tebal

    Berat dan ukuran (ketumpatan) setiap unsur adalah berbeza.

    Apabila tembaga digunakan jika beratnya 100gram saiznya akan lebih dua kali ganda besar dari emas, dan jika saiznya sama dengan emas beratnya akan kurang dari separuh berat emas sebenar.

    Ketumpatan emas = 19.3g/cm3, tembaga = 8.96g/cm3, TUNGSTEN = 19.25g/cm3

    Setakat ini belum ada penipuan ‘cast bar’ menggunakan tungsten di Malaysia. Jika ada kemungkinan sukar untuk ‘penipu’ menghasilkan ‘cast bar’ emas di dalamnya tungsten dengan berat yang tepat.

    Kaedah yang sama juga boleh digunakan untuk menguji emas ‘cast bar’ atau ‘minted’ yang lain. Yang penting mestilah tahu berat dan saiz emas tersebut yang betul.

    Pastikan anda snap gambar IC penjual, sekadar untuk simpan rekod urusniaga
    buka resit jual beli emas pamp suisse sebagai bukti urusniaga

  • Cara mengambil untung guna ETA ( Behind Scene ) Konservatif

    Cara mengambil untung guna ETA ( Behind Scene ) Konservatif

    emas-dari-lombong

    Ingat lagi ETA yang kawe cerita dulu, kalau tak ingat boleh baca disini, kat sini kawe share sikit cara konservatif untuk jana keuntungan dari ETA di sebalik tabir untuk emas 916 ..kalau sebelum ini emas 999, jadi hari ini emas 916 atau emas perhiasan..

    Maksud kawe kali ini, pengelola guna wang ETA sebagai modal untuk beli barang kemas 916 pada harga borong, kalau beli 10g, 30gram xkanlah dapat murah kan, nak ada modal RM165k pun bukan semua orang ada, so terpaksalah buka ETA untuk pinjam modal sekejap dan nnti akan pulang balik

    Macam mana nak buat duit melalui kaedah konservatif emas 916 ni tanpa skill 4 kotak, lipat melipat dan sontot menyontot ke singapura sebagainya.. mesti ada cara kan jerung2 duduk ajar semua tu, kat sini kawe buat contoh satu

    contohnya, Shamsul (bukan nama sebenar, tiada kaitan dengan sapa2) buka eta 1kg harga hari ini (MKS pamp suisse ) RM125/gram, jadi ETA7 adalah RM120/gram ( tolak 5) standard rate ETA

    jadi total wang terkumpul Shamsul RM120,000 dari kuota 1kg, shamsul pun pergi ambil emas 916 dari kilang contohnya mutu 0.935 tanpa upah shamsul dapat 1069gram emas 916

    (shamsul ni mestilah ada modal sikit, xkan semua pakai modal pelanggan, jemmlah mcm tu, jadi duit yang dpt tu campur duit sendiri sikit bolehlah beli dr MKS ke RHB ke bar 999.9 1kg

    contoh perkiraan:

    Modal beli bar 1kg RM125,000 , tukar ke barang kemas 916 dapat 1069gram

    Harga modal emas 916 sekarang RM116.87 , tanpa upah (harga mks x 0.935)

    Jadi selepas dapat barang-barang  kemas itu, shamsul pun jual kepada pasaran dengan mutu 0.988 + upah RM4/gram

    jadi harga shamsul jual sekarang RM125/gram x 0.988 + RM4/gram = RM127.50/gram,

    dengan teknik blasting, seminar, spam, atau mulut2 ke mulut shamsul dapat habiskan produk emas itu dalam masa seminggu, jadi berapa keuntungan shamsul dapat dengan cara konservatif ini

    Contoh Perkiraan:

    Jumlah gram= 1076gram, harga jual = RM127.50/gram, harga modal RM116.87/gram

    Total shamsul dapat selepas jual semua emas = (127.50/g x 1076gram = RM137,190.00 untuk satu pusingan seminggu

    Jadi cash ada ditangan shamsul sekarang RM137,150

    So berapa kena bayar balik kepada peserta ETA yang nak pamp 100g (contoh harga MKS masih lagi 125/gram) jadi untuk 10 pamp kena belanja RM125,000

    Untungnya?

    Cash ditangan RM137,190 – modal beli balik pamp RM125,000 = RM12,190.00, jadi agak2 shamsul untung tak? ini baru eta7, belum kira eta14, eta21, eta30

    Tapi ini baru teknik koservatif, belum lipat-melipat, arrahnu, masuk kotak keluar kotak, bai al wafa, agent, kuda terbang, rania, wakalah…ada nasib baik.. dpt jual harga fgjam beberapa gram dan sebagainya, mungkin berganda untung..

    ps: Gambar diatas adalah dari video belakang tabir penghasilan jongkong emas 5-10 kilo yang dikeluarkan dari lombong emas Kibali (lombong emas terbesar di afrika)  yang bernilai RM2.34 bilion setahun. bila dah lipat banyak kali buat eta, bolehla beli lombong pula, lombong2 emas di Malaysia yang ada pun, bukan milik kita,