Oleh Sri Ayu Kartika Amri
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniKuala Lumpur: Persekutuan Persatuan Perniagaan Emas dan Permata Malaysia menjangkakan suku pertama 2015 adalah masa terbaik untuk membeli barang kemas terutamanya emas.
Presidennya, Ermin D M Siow berkata, masyarakat Malaysia menyukai emas dan disebabkan itu permintaan terhadap emas sentiasa ada dan tidak pernah putus sama ada harganya naik atau menurun.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaKatanya, dijangka pasaran emas akan perlahan beberapa bulan selepas pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada April ini.
“Konsumer perlu mengambil peluang yang ada untuk membeli barang kemas dan emas terutama suku pertama 2015 kerana harga yang rendah dan juga sebelum GST dilaksanakan.
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
“Namun, kerajaan mengecualikan GST untuk jongkong emas pelaburan yang diluluskan oleh London Bullion Market Association (LBMA),” katanya.
Menurutnya, waktu sekarang juga sebenarnya adalah masa terbaik untuk pelaburan emas berikutan harga emas mentah antarabangsa yang lebih rendah tahun ini.
“Harga emas mentah dijangka akan kekal antara USD1,200 hingga USD1,300 seaun tahun ini. Oleh itu, ini peluang yang sangat baik untuk orang ramai mempelbagaikan pelaburan mereka sama ada membeli emas dalam bentuk barang kemas atau pun jongkong,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Habib Jewels Sdn Bhd (Habib), Datuk Meer Habib berkata, pihaknya menyasarkan suku pertama tahun ini sangat positif untuk pasaran barang kemas.
Beliau berkata, selepas pelaksanaan GST, harga barang kemas akan naik sedikit, namun ia tidak begitu memberi impak begitu besar.
“Oleh itu, kami menyarankan kepada orang ramai untuk membeli barang kemas yang mereka inginkan sebelum GST, tetapi sebagai pemain industri ini, kami akan cuba sedaya upaya menyerap kenaikan harga terhadap pengguna supaya tidak terlalu membebankan mereka.
“Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu risau kerana biarpun selepas GST, pasaran barang kemas Malaysia masih berada pada harga yang sangat kompetitif berbanding negara lain,” katanya.
Meer berkata, Malaysia menjadi lokasi tarikan pencinta barang kemas dari seluruh pelosok dunia dan ramai daripada mereka melancong ke negara ini semata-mata untuk mendapatkan koleksi barang kemas buatan tempatan bukan sahaja kerana harga, tetapi termasuk kualiti serta reka bentuknya.
sumber – www.hmetro.com.my
_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi .
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen .
COD cheras / ke tempat anda .
whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas + facebook
_________________________________________________________________________________________
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
_________________________________________________________________________________________