Ampang: Penaja emas Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012, Habib Jewels Sdn Bhd, memperkenalkan set barang kemas bernilai RM150,000 yang bakal menjadi milik Bintang Paling Popular di bilik pamerannya di sini, semalam.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniPenyanyi dan pelakon, Elly Mazlein, dipilih menggayakan set perhiasan berkenaan yang merangkumi subang, rantai, cincin dan gelang tangan.
Selain Elly, dua selebriti lain yang turut memperagakan barang kemas Habib semalam ialah Anzalna Nasir dan Aishah Sinclair.
Barang kemas yang direka khas itu diperbuat daripada gabungan moganite, berlian dan batu permata, serta dicipta mengikut reka bentuk unik dan tersendiri.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaJika sebelum ini Habib menghadiahkan kerongsang untuk pemenang kategori itu, namun kali ini mereka menggantikannya dengan gelang tangan potongan kelopak bunga.
Perkenal barang kemas
Majlis memperkenalkan hadiah utama itu dihadiri Pengarah Urusan Habib, Datuk Meer Sadik Habib dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2012 merangkap Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir.
Selain hadiah utama, majlis petang itu turut memperkenalkan barangan kemas yang bakal digayakan pengacara, penyampai trofi, artis persembahan serta selebriti terpilih.
Pada malam kemuncak nanti, pengacaranya, Fara Fauzana, bakal menggayakan cincin bernilai RM10 juta, yang juga aksesori paling mahal pada acara yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, 7 April ini.