KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniPenyamun kuil musnah tiga patung dewa !
17 Mei 2012
SHAH ALAM: Dipercayai lebih RM15,000 barangan kemas dan kepingan emas yang diletakkan di bawah tiga patung dewa di Kuil Sri Muthumariamman, di Jalan Nong Chik, dekat sini, dilarikan penjenayah dalam kejadian awal pagi semalam.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaPenjenayah yang turut memusnahkan tiga patung dewa berkenaan dipercayai melakukan perbuatan itu dengan memotong pagar bahagian belakang kuil dan disedari sami kuil terbabit, S Bathmanathan, 41, jam 5 pagi ketika beliau mahu bersembahyang.
Bathmanathan ketika ditemui berkata, beliau terkejut apabila memasuki kuil itu dan mendapati semua patung dewa di dalam dewan sembahyang kuil itu dimusnahkan.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa kuil, N Letchumanan, 61, berkata, penjenayah dipercayai hanya mahu melarikan kepingan emas yang disimpan di bawah patung dewa berkenaan, tetapi tindakan memusnahkan semua patung itu amat menyedihkan pihaknya.
Menurutnya, setakat ini kuil berkenaan kerugian RM15,000 apabila semua kepingan emas dan barangan kemas yang dihadiahkan penganut Hindu turut dilarikan.
Katanya, laporan kejadian itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan oleh pengerusi jawatankuasa kuil, V Veeramany jam 9 pagi.
Sepasukan polis memasuki kuil itu jam 10 pagi untuk menyiasat manakala Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan Bendahari Umno bahagian Kota Raja, Datuk Rosli Mohd Amin pula antara pemimpin setempat yang melawat.
Leave a Reply