NEW YORK: Model telefon pintar iPhone yang disaluti emas 24 karat dan dihiasi berlian tulen ditawarkan pada harga £2.3 juta atau kira-kira RM13 juta.
Gajet termahal di dunia ini dihasilkan syarikat pengeluar barangan mewah di Amerika Syarikat (AS), Goldgenie yang bekerjasama dengan pengeluar iPhone, Apple Inc. bagi menghasilkan telefon pintar itu.
Goldgenie turut menawarkan beberapa pilihan bagi memenuhi kehendak pelanggan seperti rekaan telefon disaluti emas, platinum atau emas merah dan bertatahkan berlian serta batu permata lain.
Pelanggan yang ingin memiliki koleksi iPhone mewah itu akan diberikan tawaran oleh Goldgenie pada harga bermula dari £9,700 atau kira-kira RM54,000.
“Ia adalah telefon paling eksklusif buat masa ini dan nilainya dianggarkan menyamai harga sebuah pulau kecil,” kata pengasas Goldgenie, Laban Roomes.
Beberapa selebriti dunia termasuk pelari pecut, Usain Bolt, bekas bintang bola sepak, David Beckham dan penyanyi rap terkenal, P Diddy adalah antara pelanggan tetap syarikat barangan mewah itu.
Tahun lalu, syarikat sama bekerjasama dengan pereka popular, Alexander Amosu untuk menghasilkan sebuah telefon pintar iPhone 6 yang dihiasi sejumlah 6,127 butir berlian yang menjadi milik seorang individu tidak dikenali pada harga £1.7 juta (RM9.3 juta).
www.mstar.com.my
_________________________________________________________________________________________
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.
whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas
_________________________________________________________________________________________