Pos Arrahnu Sdn Bhd dijangka akan membuka pusat sehenti emas bermula Disember ini, dimana mereka bukan sahaja menerima gadaian emas arrahnu malah bakal menjadi pusat menjual & membeli emas dibawah satu bumbung.
Jika sebelum ini Pos Arrahnu cuma menyediakan servis gadaian arrahnu, penubuhan pusat sehenti diatas bermaksud Pejabat Pos kini boleh membeli dan menjual emas, selain khidmat mencuci, menilai dan peti simpan deposit.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniDengan kekuatan modal Arrahnu Pos walaupun baru setahun beroperasi, sangat tidak menjadi masalah kepada mereka untuk menjadi peneraju pasaran emas, malah mungkin dapat memonopoli perkhidmatan emas sepenuhnya. Setakat Sept 2014, dilaporkan Arrahnu pos telah mengeluarkan modal pinjaman sebanyak 283juta, dan dijangka 500 juta untuk tempoh masa 2 tahun akan datang
Abdul Razak Mohd Kadir yang merupakan legasi Habib Jewel & Arrahnu Express (dimiliki Habib Jewel) berjaya membawa Pos Arrahnu terlalu laju dihadapan dan bakal memonopoli jual beli emas dalam negara. Jika kewujudan Pasaraya Hypermarket seperti Tesco , Ikea menutup ruang perniagaan peruncit kecilan, tidak pasti dengan kedatangan big player ini akan memberi tempias kepada peniaga emas kecil-sederhana (IKS)
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaArtikel dari MyGazzette
Pos Ar Rahnu Sdn. Bhd. dijangkakan mampu menjadi peneraju pasaran pajak gadai Islam dalam tempoh lima tahun akan datang disokong oleh perkhidmatan yang lebih baik serta mudah berbanding pesaing-pesaingnya.
Ketika ini, syarikat yang baharu berusia setahun lebih itu sudah mempunyai 75 cawangan di pejabat-pejabat pos di seluruh negara dan berada pada kedudukan kelima di belakang pesaing-pesaingnya yang sudah lama bertapak di dalam industri tersebut.
Naib Presiden Kanan Pos Ar Rahnu, Abd. Razak Mohd. Kadir berkata, syarikat tersebut mampu menguasai pasaran dengan lebih meluas tanpa bergantung kepada pertambahan cawangan, sebaliknya penawaran kadar pinjaman sehingga 75 peratus daripada kadar marhun, upah simpan yang rendah iaitu 75 sen bagi setiap gram sebulan, perlindungan insurans 100 peratus kepada barang gadaian serta tiada yuran atau caj tersembunyi menyebabkan lebih ramai pelanggan beralih kepada syarikat tersebut.
“Peningkatan pasaran tidak semestinya harus melalui pertambahan cawangan kerana ketika ini kami beroperasi di pejabat-pejabat pos terpilih dan untuk menambah cawangan, kita perlu sedar ada beberapa ciri yang perlu diambil kira dan tidak semua pejabat-pejabat pos tersebut sesuai untuk dijadikan kedai Ar Rahnu @ Pos.
“Ciri-ciri keselamatan sesebuah pejabat pos adalah perkara paling penting kerana ini melibatkan barangan berharga selain daripada lokasi pejabat pos di mana Ar Rahnu @ Pos lebih berminat kepada kawasan yang mempunyai penduduk Melayu dan India yang ramai kerana sasaran pasaran lebih besar di situ,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini.
Abd. Razak yang mempunyai pengalaman luas di dalam bidang emas dan barangan kemas itu berkata, bagi mengukuhkan kedudukan, Ar Rahnu @ Pos turut menawarkan perkhidmatan lain selain pajak gadai antaranya perkhidmatan mencuci emas, peti keselamatan deposit serta membuat pernilaian terhadap logam berharga itu.
Pos Ar Rahnu katanya, akan membuka pusat sehenti yang berkaitan dengan emas dan barangan kemas pada Disember ini bagi memudahkan pelanggan untuk bukan sahaja melakukan pajak gadai malah turut membeli dan menjual logam berharga itu di bawah satu bumbung.
“Dengan kakitangan yang berpengalaman dalam bidang emas dan perhiasan, beliau yakin pusat sehenti itu dapat memikat hati pelanggan sekali gus mengukuhkan penguasaan pasaran syarikat tersebut.
“Jenama Pos Malaysia sendiri sudah cukup kuat untuk ‘menjual’ perkhidmatan Ar Rahnu yang kami tawarkan dan semenangnya sudah menjadi trend di dunia sekarang apabila syarikat pos tidak lagi hanya bergantung kepada pendapatan berasaskan mel.
“Maka saya rasa dengan pengembangan perniagaan Ar Rahnu yang kami jalankan ketika ini serta perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan emas dan perhiasan yang lebih baik daripada pesaing, saya yakin kami mampu mencapai kejayaan dalam masa yang lebih singkat,” katanya sambil menambah semua kakitangan di Ar Rahnu @ Pos mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga tahun di dalam bidang emas dan perhiasan.
Ini membolehkan mereka melakukan pernilaian emas dengan lebih cepat selain mampu mengelakkan daripada ditipu oleh pelanggan yang tidak bertanggung jawab.
Tambah beliau, kepakaran petugas-petugas Ar Rahnu @ Pos membolehkan mereka menerima barangan kemas yang ditatahi permata berharga yang pada kebiasaannya tidak diterima oleh syarikat-syarikat Ar Rahnu yang lain.
Menurut Abd. Razak, kesedaran tinggi orang ramai terhadap pinjaman mudah menerusi cagaran emas secara Islam ini memberi prospek yang baik kepada perniagaan Ar Rahnu.
Leave a Reply