Persediaan Membeli, Melabur dan Menyimpan Emas

emas

Sebelum terjun kedalam pasaran emas, waimah bertujuan untuk menyimpan atau melabur mangaut keuntungan atau membuat aktiviti jual beli, anda dinasihatkan membuat persediaan asas mengenai emas dan faktor-faktor yang mempengaruhi pasaran emas. Semua maklumat asas perlulah anda fahami sebelum membuat transaksi yang pertama.

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini

Selepas itu anda bolehlah membuat penyelidikan yang lebih terperinci dan meluas mengenai ilmu emas agar anda terus berada dalam persaingan pasaran emas yang semakin pelbagai.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Berikut adalah panduan asas bersedia untuk menjadi pemain emas, menurut pandangan kami:-

1. Rukun Islam berkaitan Emas

Sekiranya anda beragama Islam maka asas pertama ini menjadi rukun dan wajib anda fahami berkaitan jual beli dan simpanan emas. Bila diaplikasikan rukun ini dalam transaksi maka anda mendapat ganjaran pahala begitu pula sebaliknya. Ganjaran pahala ini tidak boleh disamakan dengan untung meniaga emas, walaupun anda rugi sedikit atau harga emas turun, anda tetap dapat pahala. Hebat bukan…! Oleh itu sentiasalah jaga rukun asas yang pertama ini dalam setiap transaksi emas anda.

Jual beli emas didalam Islam wajib dilakukan “on-the-spot”, ataupun tunai. Emas mesti dihantar kepada pembeli dengan segera selepas bayaran dilakukan tanpa tangguhan waktu. Menangguh penghantaran adalah haram. Membuat hutang atau bayaran tertangguh juga diharamkan.

Menyimpan emas pula akan dikenakan zakat mengikut nisab dan haul yang tertentu. Sila rujuk mereka yang berilmu berkaitan zakat emas agar transaksi kita mendapat keberkatan dariNya.

2. Punyai Disiplin Diri

Melibatkan diri dalam pasaran emas perlu disiplin diri yang tinggi. Pasaran emas adalah homogenous diseluruh dunia. Semua orang berhadapan dengan situasi pasaran dan harga yang sama walau dimana anda berada didunia ini. Pertama sekali anda perlu kreatif dan sabar dengan setiap transaksi emas sepanjang masa. Jangan pula putus asa bila berhadapan dengan masalah. Tidak pula menindas, menipu harga, manipulasi kualiti emas atau terlibat dengan skim pelaburan yang meragukan.

Kedua, perlu ada perancangan untuk menyimpan wang yang akan digunakan untuk membeli emas. Konsistensi menyimpan dan membeli dan melabur berterusan akan melebarkan potfolio anda. Perancangan yang baik datang dari disiplin diri yang baik. Oleh itu set kan minda anda dengan tetap dan menjurus kepada urusan yang telus dan konsisten

Ketiga, menyimpan emas ada tujuan sendiri begitu juga dengan melabur dalam emas. Setiap individu mempunyai tujuan yang berbeza dan tersendiri. Oleh itu sentiasalah berada dalam landasan yang anda telah aturkan sejak dari mula. Bertukar arah tujuan akan menyebabkan potfolio anda kucar kacir.

Keempat, jangan terpengaruh dengan peniaga emas yang anda tidak kenali. Sentiasa kembali kepada asas penjagaan disiplin anda sebagai pemain emas yang tegas dengan pendirian yang anda pupuk melalui pembelajaran dan nasihat dari orang yang anda percayai.

3. Punya Ilmu Emas

Anda mesti tahu asas emas iaitu harga, pasaran, kualiti, pengeluar, pemborong dan kenali rakan-rakan dalam lingkungan anda yang berniaga emas. Untung dan rugi adalah adat dalam perniagaan, tetapi didalam jangkapanjang emas tetap menguntungkan.

Dengan ilmu yang ada anda akan berada dalam situasi sentiasa untung, bagaimana? Persoalan anda akan terjawab apabila anda punyai ilmu asas emas.

Jangan ada sikap mencuba atau “test market”, kerana anda pasti kecundang. Masuk pasaran emas dengan ilmu dan panduan dari sahabat dan guru yang berilmu.

Anda dinasihatkan sertai kelas dan seminar mengenai emas atau membeli buku rujukan emas. Sedikit berbelanja keatas seminar dan buku akan menghasilkan pulangan yang optimum, dan mengelakkan dari penipuan dan skim cepat kaya.

4. Persepsi turun naik harga

Harga menjadi topik panas, walhal ada banyak faktor lain yang sama pentingnya. Turun naik harga adalah trend biasa semua komodoti diseluruh dunia. Ramai beranggapan beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi. Memang betul teori ini, tetapi malangnya tiada siapa tahu bila harga akan turun dan bila masa akan naik. Malah tiada siapa berupaya untuk manipulasi harga kerana emas ditentukan oleh pasaran dunia!

Untuk mengetahui harga rendah atau tinggi, anda perlulah membuat belian yang pertama, kemudian anda akan mempunyai “benchmark” harga anda sendiri. Anda akan “dipaksa” untuk memantau harga semasa dan melatih diri untuk memahami pasaran emas dengan lebih teratur.

Didalam seminar anda akan diajar mengenai harga dan pasaran serta diberi panduan masa terbaik untuk membeli dan menjual emas. Analisa akan lebih sedikit teknikal tetapi kebiasaannya pensyarah akan menjelaskan secara mudah difahami.

Pemain emas yang berilmu akan sentiasa gembira kerana apabila harga turun mereka berpeluang membeli emas sebanyak dan semampu mungkin. Apabila harga naik pun mereka gembira kerana nilai kekayaan yang ada telah bertambah, kalau nak jualpun ada margin untung.

5. Membeli barang kemas utk pelaburan

Barang kemas adalah untuk perhiasan bukan untuk pelaburan. Noktah.!

Barang kemas mempunyai susutnilai yang tinggi iaitu sehingga 25% serta mempunyai rekabentuk yang tidak ramai menyukainya kecuali anda, sebab itu anda membelinya.

Kesilapan bermula sebab anda tiada ilmu emas, oleh itu anda terpengaruh dengan promosi sehingga sanggup berhutang untuk membeli barang kemas tujuan untuk pelaburan.

6. Pengurusan kewangan

Anda dinasihatkan membuat pengurusan kewangan bulanan anda dengan kemas, termasuklah duit simpanan untuk tujuan tertentu, duit kecemasan dan duit untuk perbelanjaan harian, bulanan dan tahunan. Amalan ini adalah biasa bagi kebanyakan anda yang makan gaji.

Apabila pengurusan kewangan anda kemas maka urusan jual beli emas secara otomatik akan kemas juga. Apabila anda semakin kreatif, simpanan emas anda akan menjadi instrumen yang sentiasa membantu anda sepanjang masa. Peranan Arrahnu dan program jual beli emas akan membantu menaikkan taraf hidup anda tanpa menjejaskan nilai kekayaan emas yang anda miliki.

Sentiasa terus belajar ilmu emas agar anda lebih gembira dengan pertambahan pahala dan nilai kekayaan anda.

7. Sikap tamak dan salah guna rujukan kedai emas, jual beli emas di bank dan eksploitasi sistem arrahnu.

Sekali lagi ramai yang terjebak dengan promosi kedai emas ataupun bank yang menawarkan iklan dan promosi jualan yang amat menarik sekali. Kebanyakan dari mereka hanya mementingkan jualan mereka sahaja tanpa mengambil kira faedah yang anda boleh perolehi dimasa hadapan.

Berhati-hati dengan skim pelaburan yang menyerupai skim cepat kaya kerana sikap tamak anda akan menyebabkan anda semakin muflis. Terdapat juga mereka yang mengeksploitasi sistem arrahnu untuk kepentingan jualan emas mereka sahaja tetapi akhirnya membiarkan anda menanggung beban hutang berpanjangan.

Emosi anda perlu dikawal untuk mengelakkan sifat tamak ini. Sekali lagi diingatkan hanya ilmu dan disiplin akan menyelamatkan anda dari kesusahan akibat transaksi emas.

Akhir kalam, berbelanjalah sedikit untuk mendapatkan ilmu emas dengan menyertai seminar, bengkel dan kelas atau membeli buku rujukan berkaitan emas. Jadilah penyimpan dan pelabur yang semakin bijak kerana transaksi yang disertai dengan niat akan mendapat ganjaran pahala. Ganjaran inilah yang hakiki, teramat besar dan tiada bandingan dengan keuntungan dan kekayaan emas anda.

sumber – www.myarrahnu.com

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi .
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen .

perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas + facebook 
COD cheras / ke tempat anda .
_________________________________________________________________________________________

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN SENARAI SUPPLIER KILANG
Learn More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>