BEIJING, Mei – Penurunan ketara harga emas pada April lalu membawa kepada peningkatan permintaan di China yang mencecah rekod tinggi 60.3 bilion yuan (US$9.8 bilion) pada suku pertama 2013.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniChina Gold Association berkata jualan emas di negara itu meningkat 26 peratus tahun ke tahun bagi paras rekod tinggi baharu.
Semasa tempoh tiga bulan pertama tahun ini, 320.54 tan metrik emas dijual di China berbanding sejumlah 832.18 tan metrik yang dijual sepanjang tahun lepas, demikian lapor gerbang berita kewangan dan perniagaan China, Caixin Online.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaPermintaan emas di China catat tempoh kemuncaknya semasa Chinese Spring Festival pada Februari, dengan barang kemas, bar dan syiling menyumbang 95 peratus daripada jumlah jualan.
“Penggunaan syiling berada di kedudukan teratas, dengan jualan meningkat 137 peratus berbanding suku pertama tahun lepas,” kata persatuan itu.-BERNAMA
Leave a Reply