Emas yang pernah dianggap sebagai ‘penyelamat’ bagi negara yang mengalami kegawatan ekonomi dijangka berhadapan kejatuhan teruk ekoran penurunan harga minyak selain kenaikan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS).
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniHarga emas pernah meningkat 70 peratus antara Disember 2008 hingga Jun 2011 berikutan tindakan bank pusat AS membeli hutang dan memegang kos pinjaman yang direkodkan pada kadar yang rendah.
Menurut laporan Bloomberg, harga emas bagaimanapun merosot sehingga 28 peratus pada tahun 2013, dalam tempoh hampir tiga dekad selepas terdapat kalangan pelabur yang mula hilang keyakinan terhadap nilai komoditi tersebut. AS pula meletakkan kadar faedah akan berada pada paras 1.125 peratus hujung tahun 2014 .
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaGraf Perubahan Harga Emas Semasa Untuk Tempoh 30 Hari
Pakar ekonomi dan Pengerusi Lembaga Gabenor Sistem Rizab Persekutuan negara itu, Janey Yellen berkata, kadar inflasi akan mencapai sasaran rizab persekutuan dan membolehkan bank pusat negara itu meningkatkan kos pinjaman.
Berdasarkan data terkumpul Bloomberg, pegangan pelabur dalam dana dagangan bursa disokong oleh harga emas pada minggu lalu dicatatkan paling rendah sejak 2009, manakala AS$7.68 bilion (RM26.88 bilion) telah dihapuskan daripada nilai dana pada tahun ini.
Menurutnya, masa depan New York dan pilihan dalam kepentingan terbuka jatuh 5.3 peratus tahun ini, sekali gus mencatat kerugian tahunan buat kali kedua dan kemerosotan paling lama sejak 2005.
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
Selepas melonjak kepada 4.4 peratus pada awal November 2014 setelah empat tahun berada dalam kadar rendah, purata harga emas dijangka berlegar sekitar AS$1,175 (RM4,112.50) pada suku 2015, lebih rendah berbanding AS$1,179.80 (RM4,129.30).
Sachs Group Inc. mengunjurkan harga emas jatuh sehingga AS$1,050 (RM3,675) pada Disember 2014 manakala Societe Generale SA menjangkakan komoditi itu berada di paras AS$950 (RM3,325) suku keempat 2015.
Berikutan itu, Ketua Pegawai Pelaburan Deltec International Group, Atul Lele melihat emas sebagai perlindungan nilai inflasi yang tidak perlu.
“Kami berpendapat, inflasi di AS mungkin akan meningkat tetapi tiada apa yang perlu dibimbangkan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pelaburan Bersama OakBrook Investments LLC, Peter Jankovskis berkata, kadar minyak yang dijangka naik tahun depan secara tidak langsung akan memperlihatkan emas mengalami tekanan memandangkan dolar terus bergerak lebih tinggi.
“Ketika ini, lupakan tentang inflasi sebaliknya kita bercakap tentang deflasi yang mana kejatuhan harga minyak akan menambah tekanan kepada deflasi,” ujarnya. ?
_________________________________________________________________________________________
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.
whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook
_________________________________________________________________________________________
Leave a Reply