KUALA LUMPUR: Seorang pengurus syarikat jual beli logam berharga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini semalam terhadap empat pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan berhubung urusan jual beli 47.5 kilogram emas membabitkan lebih RM5.3 juta, awal bulan ini.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniMohd Khairul Firdaus Mohd Rejab, 29, didakwa memperdayakan Nurul Syazalina Md Isa, 29, untuk mempercayai bahawa dia boleh menyerahkan 47.5kg emas sedangkan dia tidak mempunyai emas itu sehingga mendorong wanita berkenaan menyerahkan wang tunai berjumlah RM5,352,950 kepadanya.
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat bernombor B-12A-G, Jalan Selaman 1, Dataran Palma, Ampang Jaya di sini pada jam 5 petang, 3 hingga 5 Dis lepas.
Bagi kesemua pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz menawarkan jaminan RM535,000 dengan seorang penjamin atas alasan amaun itu adalah munasabah memandangkan ia hanya 10 peratus daripada jumlah kerugian.
Peguam Abd Muiz Samsuri yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM100,000 memandangkan anak guamnya menanggung isteri yang tidak bekerja dan tiga anak yang masih bersekolah.
Hakim Unaizah Mohd membenarkan tertuduh diikat jamin RM300,000 dengan dua penjamin bagi kesemua pertuduhan serta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan menetapkan 5 Feb untuk sebutan.
Di mahkamah sama, seorang penganggur mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyerang seorang anggota polis menggunakan parang, bulan lepas.
Noorzyzy Shah Abdul Rahman, 32, didakwa menyerang Sarjan Rohaizad Jaafar, 46, dari Bahagian D9 (Siasatan Khas), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, menggunakan parang yang boleh mengakibatkan kematian.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan tapak pasar malam, Lorong Sarawak, Taman Melawati, Ampang pada 1.50 tengah hari 25 Nov lepas mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Nurakmal Farhan tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu adalah serius.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 29 Jan untuk sebutan. — Bernama
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
Leave a Reply