Rizab Persekutuan AS umum pengurangan rangsangan secara beransur yang menandakan berakhirnya kitaran pengembangan kuantitatif
Baru-baru ini harga emas telah jatuh dengan ketara, meneruskan trend kemerosotan sejak tahun 2012. Selain itu, harga saham di peringkat global juga terjejas. Ini berlaku selepas Rizab Persekutuan AS (Fed) mengumumkan untuk beransur-ansur mengurangkan program pembelian bon, selagi keadaan ekonomi mengizinkan.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniLangkah ini bermakna Fed akan mula menamatkan Quantitative Easing (QE) yang telah dilaksanakan sejak bermulanya krisis subprima pada tahun 2009. Dasar tersebut dilaksanakan untuk memulihkan ekonomi Amerika.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaKesan positif daripada dasar ini ialah dengan membanjiri sistem dengan wang atau kecairan (liquidity), Fed merangsang pelaburan dan menjana pertumbuhan ekonomi. Kesan sampingan positif dasar seperti ini ialah kenaikan harga aset, termasuklah emas, saham dan hartanah. Malah kenaikan aset ini bukan sahaja berlaku di Amerika, tetapi juga di negara-negara Asia.
Dasar wang mengembang meningkatkan bekalan wang, dan peningkatan bekalan akan mengurangkan harga dolar. Emas adalah aset kegemaran ramai pelabur untuk melindungi daripada penurunan nilai mata wang. Malah emas juga adalah aset di mana pelabur mendapat perlindungan daripada kegawatan. Sebab itulah emas telah mencatatkan kenaikan ketara untuk temph yang begitu lama sejak alaf baru.
Dengan mengumumkan bahawa ia akan mula mengurangkan pembelian bon secara beransur-ansur, ini bermakna Fed sudah bercadang untuk ‘menormalkan’ semula dasarnya, walaupun tindakan tersebut akan dilakukan secara amat berhati-hati untuk mengelakkan diri daripada menganggu pasaran saham.
Ini juga bermakna bahawa Fed kini semakin yakin terhadap ekonomi Amerika. Bagi emas, faktor keyakinan terhadap ekonomi, berakhirnya rangsangan ekonomi dan kekuatan dolar AS telah menyebabkan tinjauan masa depan kurang baik.
Bagi saham, pelabur khuatir tentang kenaikan kadar faedah dan berakhirnya era wang mudah dan murah. Sebenarnya perkara yang dilakukan oleh Fed ialah hanya mengembalikan dasar ekonomi kepada normal tetapi bagi pelabur yang sudah biasa dengan dasar wang longgar, pengumuman ini mencetus sedikit kebimbangan.
Pelaburan di Malaysia
Di Malaysia, emas telah mengalami kejatuhan harga. Keadaan emas amat bergantung kepada faktor makro yang telah dijelaskan di atas, dan kelihatan tidak begitu positif. Jim Rogers, pelabur komoditi terkenal telah berkata bahawa beliau akan membeli apabila emas jatuh 50% daripada tahap puncaknya.
Manakala bagi saham pula, kenaikan ketara sejak empat tahun lepas terhenti. Pada pendapat saya pasaran akan mengalami kemerosotan dari masa ke masa dalam tempoh satu tahun akan datang, inilah masa bagi mereka yang terlepas peluang masuk ke pasaran sebelum pilihan raya untuk mengintai peluang membeli saham yang kukuh. Faktor lebih positif bagi saham ialah prestasinya bergantung kepada keuntungan syarikat dan tidak semata-mata kepada faktor makro ekonomi.
Hartanah ialah satu bidang yang perlu diberi perhatian teliti. Memandangkan harga emas telah jatuh dan saham pula rata-rata nampak fairly valued terutamanya sejak kejatuhan baru-baru ini, harga hartanah ialah satu-satunya aset yang masih tinggi. Selagi BNM mengekalkan BLR pada paras semasa, mungkin kesannya belum dirasai tetapi kenaikan nilai selanjutnya sukar dicapai. Risiko paling besar wujud dalam sektor bangunan dan ruang pejabat.
Secara keseluruhan, pelabur perlu bersedia menghadapi kelemahan pasaran untuk tempoh beberapa bulan sambil mereka menerima hakikat bahawa era wang mudah sudah berakhir dan tidak boleh mengharapkan lagi bantuan dasar wang mengembang dari Bank Pusat sedunia untuk merangsangkan harga aset, sama ada saham, emas atau hartanah.
: laburniaga.blogspot.com/2013/06/pengumuman-fed-dan-kejatuhan-harga-aset.html
Leave a Reply