BATU GAJAH – Kerana mempercayai seorang wanita yang mahu menjual surat gadai emas, seorang pembeli emas terpaksa berputih mata apabila kehilangan wang tunai RM10,400 di Tronoh, Jumaat lalu.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniKetua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shahanon Anuar Abd Latif memaklumkan, wang berkenaan telah dilarikan wanita terbabit dalam kejadian pada jam 1.30 petang.
Menurutnya, pengadu yang berusia 27 tahun didatangi wanita terbabit di premis perniagaannya dan telah bersetuju membeli emas berkenaan, lalu membawa wanita itu ke sebuah kedai pajak gadai.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda“Pengadu telah menyerahkan wang berkenaan kepada suspek untuk tebus emas gadaian di kedai pajak berkenaan.
“Tindakan itu mengundang padah apabila suspek melarikan wang berkenaan dengan menaiki motosikal ditunggang seorang lelaki yang telah menunggu di lorong kedai pajak,” katanya.
Shahanon Anuar berkata, pengadu cuba mengejar suspek ketika itu, namun gagal keranan keretanya terlanggar sebuah van.
Menurutnya, susulan kegagalan itu, pengadu telah membuat laporan polis berhubung kejadian.
“Dalam kejadian itu, pengadu telah diberikan surat pajak gadai dan kad pengenalan beralamat Kampung Parit Betak, Benut, Johor.
“Suspek merupakan seorang wanita berusia 30 tahun, berbadan kurus dan berkulit hitam manis,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Tambah beliau, hasil siasatan mendapati kad pengenalan yang ada pada pengadu bukan milik suspek, manakala hasil semakan mendapati ia tiada dalam rekod jenayah.
“Kita juga berusaha mengesan suspek lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamah LC135 berwarna hitam, bertopi keledar dan jaket hitam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai dan peniaga yang membeli surat gadaian diminta berhati-hati jika didatangi individu sebagaimana dalam kes ini,” katanya.
Beliau turut meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini untuk menghubungi polisdi talian 05-3629222 bagi menyalurkan maklumat. -SinarHarian