Pembekuan Aset Syarikat Pelaburan Emas Dilanjutkan

Penyontot pelaburan emas dihadapkan ke mahkamah, Pembekuan aset “penyontot emas” dilanjutkan sehingga Julai

EMAS KB BEG ATAS DUIT

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi melanjutan pembekuan aset berjumlah RM 186 juta kepunyaan tujuh individu, termasuk seorang Datuk Seri dan empat firma terlibat dalam dagangan perniagaan emas.

Pembekuan ke atas aset tersebut, yang telah bermula pada 29 Mei oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Rozana Ali Yusoff, kini dilanjutkan sehingga pembicaraan seterusnya pada 14 Julai.

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda

Sembilan individu dan dua syarikat telah memfailkan saman bulan lepas terhadap defendan kerana didakwa gagal untuk membayar jumlah pulangan pelaburan yang dijanjikan RM 186.6 juta daripada hasil pelaburan RM 121.7 juta. Berikutan injunksi tersebut, defendan, termasuk Datuk Seri Dr Mohd Azhidi Laili dan syarikatnya KB International Bhd, telah dihalang daripada memindahkan atau mengeluarkan aset, termasuk “Pamp Suisse” gold Bar, dari mana-mana bank dan institusi kewangan.

Plaintif mendakwa bahawa mereka pada mulanya menerima pulangan yang dijanjikan daripada pelaburan mereka tetapi telah berhenti menerima pembayaran sejak Disember tahun lepas. Plaintif diwakili oleh Annou Xavier, Datuk Kenny Ng dan Lim Fang Say, manakala defendan diwakili oleh Md Yunos Shariff, Rafinie Ramli dan Ahmad Zaid Ahmad Zubir.

EMAS KAZANAH BANGSA EMAS KHAZANAH BANGUNAN KAZANAH  Bangunan 1 KAZANAH MAJLIS RAMAI KB KILO EMAS2U

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN SENARAI SUPPLIER KILANG
Learn More

Comments

6 responses to “Pembekuan Aset Syarikat Pelaburan Emas Dilanjutkan”

  1. Bulan Terang Avatar

    kazana bangsat …..

  2. Shahrul Anuar Avatar

    aku xhalalkn 1 sen pn….

  3. Zuraimell Kuzekz Avatar

    lakhanat pnya azahidi! merangkak lah kau akhirat nti cri blk og yg dah kau dajalkan

  4. Zuraimell Kuzekz Avatar

    lakhanat pnya azahidi! merangkak lah kau akhirat nti cri blk og yg dah kau dajalkan

  5. nani Avatar
    nani

    apa perkembangan KB sekarang??????dan perbicaraan??????

  6. naz Avatar
    naz

    merangkak la ko cari aku nanti…
    pada usia muda aku kene hampir 70k… syabas ….aku x akan pernah menghalalkan duit aku…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *