AYER KEROH – Seorang anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan menipu seorang lelaki berhubung pelaburan saham yang tidak wujud membabitkan sejumlah hampir RM12,000.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniTertuduh, Muhammad Abu Handzalah Mohd Pandi, 28, dari Segamat, Johor membuat pengakuan selepas mengangguk faham tiga pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.
Berdasarkan ketiga-tiga pertuduhan, Muhammad yang didakwa menawarkan pelaburan saham emas tidak wujud telah memperdayakan Noor Affandi Abdul Mohssin, 41, untuk menyerahkan wang tunai berjumlah RM11,800.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaDia yang menerima wang RM1,700, RM1,700 dan RM8,400 secara berasingan didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Desa Taming Sari 1, Sungai Udang, dekat sini, pada Januari, Februari dan Mac lalu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ahsraf Abd Hamid ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM6,000 bagi setiap pertuduhan,
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya wang jaminan tersebut dikurangkan dengan alasan bekerja dia yang sebagai anggota tentera dan masih berkhidmat perlu menanggung dua anak.
“Selain salah seorang anak baru lahir, saya dan pengadu sudah berbincang dan pengadu bersedia untuk menarik kes ini dan kami akan menyelesaikan di luar mahkamah,” katanya.
Selepas mendengar rayuan tersebut, Mohd Firdaus kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,500 bagi ketiga-tiga pertuduhan dan beliau turut menetapkan kes disebut semula pada 2 Oktober depan.
Leave a Reply