Putrajaya: Jawatankuasa Bertindak Pelabur Bestino memohon jasa baik kerajaan bagi membantu mangsa penipuan skim pelaburan emas itu mendapatkan kembali RM411 juta yang dilaburkan.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniJurucakapnya, K Kunasekaran, berkata mereka sudah bersabar lebih tiga tahun supaya Bestino Golden House Sdn Bhd dan Bestino Group Bhd (Bestino) mengotakan janji memulangkan wang pelaburan tetapi masih kecewa.
“Justeru, kami minta campur tangan kerajaan untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin kerana tidak puas hati dan tidak lagi mempercayai syarikat pelaburan itu sering memberikan pelbagai alasan.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda“Kami sudah menyerahkan segala dokumen yang diminta Datuk Ravin Ponniah (Pegawai Khas kepada Perdana Menteri) dan berharap satu lagi perjumpaan dapat diadakan dalam bulan ini.
“Seboleh-bolehnya kami berharap isu ini dapat diselesaikan segera,” katanya kepada pemberita di pekarangan bangunan Pejabat Perdana Menteri di sini semalam, selepas bertemu Ravin.
Kunasekaran berkata, sekurang-kurangnya 10 peratus daripada 6,764 mangsa skim pelaburan itu diminta menyerahkan sijil pegangan saham masing-masing bagi membantu siasatan, tetapi pihaknya sudah mengumpul dan menyerahkan 15 peratus daripada sijil pelaburan berkenaan. bH.
Leave a Reply