KUALA LUMPUR Feb. – Unjuran untuk pasaran emas pada 2015 positif, dengan harga logam berharga itu dijangka mencecah AS$1,500 seauns tahun ini, kata Public Gold Group.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniPengasas dan Pengerusi Eksekutif syarikat dagangan emas itu, Datuk Wira Louis Ng berkata, persekitaran ekonomi yang tidak menentu akan membantu melonjakan harga emas ke paras yang lebih tinggi tahun ini, apabila permintaan beralih kepada logam berharga itu yang dianggap sebagai aset perlindungan yang selamat.
“Kebelakangan ini, Eropah sudah melaksanakan pengurangan kuantitatif melibatkan 60 bilion euro sebulan, dan ia tidak terhad. Mereka hanya akan berhenti apabila inflasi mencecah dua peratus.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda“Program ini dijangkakan berlarutan sehingga dua atau tiga tahun, dengan lebih banyak wang akan dicetak yang merupakan faktor yang baik untuk emas secara fizikal,” katanya kepada pemberita di luar seminar tahunan emas Public Gold di sini semalam.
Seminar sehari itu membincangkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Prinsip Syariah ke atas emas fizikal.
Keluaran dalam negara kasar Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada lewat Jumaat juga akan membantu meningkatkan harga emas berikutan unjuran Rizab Persekutuan akan melaksanakan lebih banyak program pengurangan kuantitatif,” kata Ng.
Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat melaporkan ekonomi negara itu tumbuh pada 2.6 peratus setahun pada suku keempat 2014, susut berbanding peningkatan 5.0 peratus pada suku ketiga.
“Sudah pasti kadar faedah tidak akan dinaikkan disebabkan petunjuk ekonomi tidak menunjukkan tanda yang baik,” katanya.
Beliau berkata, pelaksanaan GST mulai 1 April tahun ini tidak akan menjejaskan pelaburan untuk logam berharga (IPM), termasuk emas memandangkan ia dikecualikan daripada regim percukaian baharu itu.
“Dagangan emas menarik minat baharu sebagai instrumen untuk mengumpul kekayaan. Jongkong emas yang dijual untuk pelaburan di Malaysia dianggarkan sekitar RM6 bilion setakat ini,” katanya.
IPM barangan bukan fesyen, digunakan sebagai instrumen simpanan kekayaan peribadi untuk peningkatan modal. – BERNAMA
_________________________________________________________________________________________
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.
whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook
_________________________________________________________________________________________