“Beli barang kemas, nanti senang nak pajak”, antara nasihat yang masyhur kita dengar. Dan nasihat tu memang betul sebab ar-rahnu di bawah pengurusan bank hanya terima barang kemas sahaja (sejak tahun 2011), tapi nasihat umum begitu sebenarnya telah memerangkap ramai pelabur. Pelaburan emas pada asasnya TAK PERLU PAJAK. Yang kedua, memajak emas perlu ada strategi yang betul dan kira-kira yang teliti.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniKalau tak tahu bila masa terbaik untuk pajak, macam mana buat kira-kira untung rugi dengan ar-rahnu, dan tak ada strategi yang betul, memang confirm ia memerangkap pelabur emas ke dalam belengu hutang ar-rahnu.
Kenapa ramai pelabur terperangkap? Perkara paling penting yang mereka lupa, spread (susut nilai) barang kemas biasanya sekitar 25% (sangat tinggi)!
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaKerugian #1 – Susut Nilai Tinggi (25%)
Siapa beli barang kemas hanya semata-mata nak memudahkan pajak, dia kerugian 25% on the spot! Kalau anda jual emas tu di kedai emas, mereka akan tolak spread (susut nilai) sebanyak 25%. Maksudnya, kalau anda tak pajak pun emas tu, anda perlu tunggu at least harga emas naik sebanyak 25% baru boleh BALIK MODAL. Jangan cerita pasal untung lagi sebab jarang sekali harga emas melepasi 25% dalam tempoh setahun. At least 2 – 3 tahun baru balik modal. (Rujuk artikel “Perbandingan Spread (Susut Nilai) Emas di Malaysia” untuk fahami pengiraan susut nilai, dan fahami 4 kerugian membeli barang kemas di artikel “Barang Kemas vs Emas Pelaburan, Mana Lebih Untung?”.).
Selain susut nilai barang kemas yang tinggi, ada dua (2) lagi risiko kerugian iaitu:
- Caj upah simpan / caj pajakan yang mahal; dan
- Harga emas yang tak naik, bahkan lebih rendah daripada harga anda beli.
Kerugian #2 – Caj Upah Simpan (13.8% Setahun)
Ramai orang fikir, caj ar-rahnu cuma 0.75% – 1.00% sahaja sebulan, tapi sebenarnya mereka silap sebab caj itu dikira atas NILAI MARHUN (nilai emas), bukan atas NILAI PINJAMAN. Bila nak kira kos untuk ‘investment’, kita kena kira kos atas “nilai pinjaman”.
Caj pajakan Ar-Rahnu Agrobank.
Berdasarkan kira-kira yang saya buat, kos sebenar pajakan ar-rahnu ialah sekitar 1.15% – 1.54% sebulan (atau 13.8% – 18.5% setahun) daripada JUMLAH PINJAMAN yang diberikan. Memang banyak, hampir sama dengan kadar interest kad kredit!
[Illustrasi : Kos pajakan 6 bulan ialah 6.9% (1.15% x 6 bulan)]
Kalau ambil kira susut nilai 25% + kos pajakan 6.9%, bermakna anda perlu tunggu harga emas naik 31.9% baru anda BALIK MODAL! Itu belum ambil kira caj pajakan yang lebih mahal i.e. sehingga 1.54% sebulan.
Kerugian #3 – Harga Emas Bergerak Mendatar
Tempoh asas pajakan adalah 6 bulan. Sesetengah ar-rahnu bagi lagi tempoh lanjutan 3 bulan – 6 bulan. Katakanlah anda pajak emas bernilai RM10,000, tapi lepas 6 bulan, nilai semasa emas masih lagi RM10,000 kerana harga bergerak MENDATAR, maka di sinilah anda akan mula nampak masalah sebab emas tu perlu ditebus sedangkan;
- Anda kena tanggung kos pajakan 6.9%;
- Kalau jual emas (surat pajak) tu, anda rugi lagi 25%!
Jumlah kerugian 31.9%!
Kalau modal anda RM10,000, senang-senang rugi sekitar RM3,190! Kalau harga emas turun 10% daripada harga anda beli, maka kerugian mudah ialah 41.9% (31.9% + 10%) bersamaan RM4,190. Dan anda boleh agak apa akibatnya. Emas yang anda ada kononnya nak melabur, akan berakhir dengan emas tu lebur dilelong ar-rahnu!
Lepas September 2011 (garisan merah), ramai pemajak tegar mula berduka cita… Teknik Manipulasi Ar-Rahnu perlu disemak semula kalau nak dilakukan pada hari ini. |
5 Nasihat Untuk Pemajak Barang Kemas